Tuesday, October 28, 2008

Kem Mukhayyam Bahasa Arab Negeri Selangor 2008

Alhamdulillah, selesai sudah tanggungjawab sebagai Fasilitator KMBA Peringkat Negeri Selangor bagi Tahun 2008. Kem ini sebenarnya melibatkan hampir 300 orang murid seluruh Selangor yang telah dibahagikan kepada dua kumpulan. Kumpulan 1 telah diadakan di Tanjung Bidara Resort, Melaka, manakala Kumpulan 2 di Glory Beach Resort, Port Dikson.

Kem ini melibatkan kumpulan sasaran murid yang lemah menguasai Bahasa Arab dalam program j-QAF. Antara gred D dan E. Untuk menimbulkan minat dan semangat mereka supaya terus meminati Bahasa Arab...

Antara aktiviti yang dijalankan
Taklimat Awal kepada pesertaSesi bersiar-siar di tepi pantai

Antara fasilitator yang bertugas...Keluarga Bahagia

Ustazah Yusila bersama kumpulannya..(kumpulan terbaik)


Sesi Ice Breaking...

Sesi Post Moterm bersama Ustaz Ramli, Ketua Urusetia

Ustaz Hamidi bersama kumpulan 5

Semua fasiltator bergambar di pintu masuk JPNS Jambu Bol sebelum menaiki bas

Para peserta khusyuk mendengar penerangan

Semoga Program yang dilaksanakan ini akan sedikit sebanyak menyuntik semangat kepada semua peserta agar berusaha dengan lebih bersungguh-sungguh untuk berjaya. Tiada kejayaan yang mampu dicapai tanpa USAHA dan TEKAD...
Sesungguhnya KMBA 2008 ini juga telah berjaya menyatukan hati ukhuwwah semua fasilitator yang akhirnya telah membuahkan...sebuah KELUARGA BAHAGIA...
Rasa penat...hilang tanpa disedari. Kepuasan bersama murid-murid yang memerlukan panduan dan tunjuk ajar menjadi hadaf utama. Semoga ALLAH memberkati usaha murni ini.

Tuesday, October 14, 2008

Kem Bestari Solat Siri Akhir 2008

Alhamdulillah, KBS terakhir untuk tahun ini telah berjaya dilaksanakan pada hari Sabtu yang lepas (10hb Oktober). Walaupun kedatangan murid tak begitu memberangsangkan, (mungkin masih ramai yang pergi beraya), namun aku cukup puas (alhamdulillah) sebab pendekatan yang aku bawak hari ni cukup terkesan kepada murid.

Biasanya aku akan menggunakan nada yang agak tinggi untuk meminta murid beratur, berkumpul dan mcm2 aktiviti lagi. Murid yang ramai, maklumlah, sukar jugak untuk dikawal. Namun KBS kali ini, approach yang aku guna, berbeza. Aku cuba mengawal suara, layan murid ngan lembut. Sebabnya aku plan nak buat slot motivasi atau tashji' sebelum murid balik.

So, jam 11.30 pagi aku kumpul murid dalam makmal komputer sekolah. Aku mula dengan tayangan Upin dan Ipin versi Raya. Mood raya la katakan...

Lepas tu aku mula citer pasal tanggungjawab orang Islam tunaikan perintah Allah, kuasa Allah, bersegera menunaikan solat, azab meninggalkan solat. Semuanya aku selitkan dengan tayangan video yg aku copy dari sahabat dan download dari internet.

Lepas tu, aku citer pasal menghormati ibu bapa. Aku citer pasal pengorbanan ibu ayah, kesusahan ditanggung ibu melahirkan mereka, kisah anak derhaka dan aku akhiri dengan tayangan video ANAK SOLEH. Rupa-rupanya, ramai dari murid yang menangis teresak2 sepanjang menonton tayangan tuh. Ada gak ustazah2 yg dok belakang pun sama2 menangis. Aku pun cuba membawa mereka mengenangkan kembali kesalahan dan kesilapan yang telah dilakukan terhadap ibu dan bapa...

Ada yang masih teresak daripada makan tengahari sampai la kat surau. Kat surau, senang je kali ni nak kontrol. Dah tak payah jerit2, semua duduk dalam saf tanpa disuruh dan diarah. Mungkin daripada tayangan tadi, masih ada rasa keinsafan...

Akhir sekali, lepas je selesai berdoa, aku minta semua murid berikrar untuk diri sendiri. Sebak aku menuturkan ikrar sambil diikuti oleh murid. Rasanya, KBS kali ni yang paling best aku handle.

Moralnya, murid ni masih boleh dibentuk, kalau kena dengan cara dan gayanya... moga keinsafan yang lahir, akan berkekalan...walau untuk seketika...Ameen...

Thursday, October 09, 2008

Sekitar Gambar Hari Raya 1429H

Salam Eid, mohon maaf zahir dan batin daripada kami semua kepada semua yang mengenali diri . Kiranya ada terkasar bahasa, terguris perasaan dan segala-gala yang ter...
Kullu Am Wa Antum Bikhoir

Bergambar di pagi raya bersama bonda, isteri dan anaknda tercinta

Manisnya anak dara ni...single lagi tau!!!

Muazz dan Hajar...beraya sakan tahun ni yer...

Tahun ni kami 'terpilih' secara tak sengaja warna hijau..kebetulan ramai adik beradik guna tema yang sama...wah..pelbagai tone hijau yang kitorang pakai... ternyata, warna hijau memang sejuk dan cool.... hijau..hijau

Kembali ke sekolah

Bismillahir Rahmanir Rahim

Alhamdulillah, dah selamat sampai dari kelantan. Perjalanan yang begitu memenatkan badan. Bayangkan la..keluar dari rumah jam 7.30 pagi, sampai di Gombak jam 8.00 malam. Rehat dua jam di rumah kakak ipar kejap, pastu jam 9.45 mlm teruskan perjalanan ke Klang. Waduh, memang penat takleh nak cakap. Tapi apa nak buat, lumrah time perayaan nih.

Perjalanan kiranya jammed seawal di Pulai Chondong, Kuala Krai sampailah ke Machang. Sampai je kat Sungai Koyan, tukar arah. Tak masuk Kuala Lipis sebab jalan tak berapa lancar. Walaupun jauh gak ler nak sampai ke Raub, tapi jalan clear. Masuk je kat Tol Karak, jalan makin menggila. Sabar je lah...

Tinggal bab tu,...masuk bab lain. Kiranya minggu ni dan minggu depan tak dapat gi sekolah lagi. Makna kata tak masuk kelas. Terlibat dengan kursus pemantapan dan mukhayyam bahasa arab. Dah bincang ngan penyelia petang, nak sediakan lembaran kerja untuk murid yang aku ngajar Bahasa Arab....

Kalau tak buat camtu, kompom ketinggalan. Nak kena cover banyak perkara bila dah bertugas kat luar. Susah nak cakap...antara tanggungjawab di sekolah dan tugas dengan JPS. Hmm...
Macamana yer...ada pulak dengar suara guru-guru yang cakap...
"Asyik keluar jer..." "Kelas tinggal..."... Nasib... terima je lah...
Ada komen...cadangan...nasihat????

Friday, October 03, 2008

Majlis Hari Raya Bersama Anak-anak Kelantan di Perantauan...

Bismillahir Rahmanir Rahim

Alhamdulillah, malam ni 2 Syawal berpeluang hadir ke Majlis Hari Raya Kerajaan Negeri Kelantan bersama Anak-anak Kelantan di Perantauan. Tiap-tiap tahun pergi. Rasanya dah enam tujuh kali. Kali ni buat kat PUTIK, Pengkalan Chepa. Mulanya rasa cam penat, anak2 (Muazz dan Hajar) pun batuk selesema. Tapi rasa cam rugi je kalu tak pergi. Pertama nak dengar amanat dari Tuan Guru Menteri Besar (tashji'), kedua dapat jumpa sahabat2 yang dah lama tak bersua. So, ajak biras (Fadli) pergi gak.
Jumpa ngan Wajdi...dah jadi orang kanan Penerangan Kerajaan Negeri. Tahniah. Hasrat nak jumpa kawan-kawan lain macam Najman, Faisal, Abe Syahrizal, Fuad Ikhwan, Pokku dan ramai lagi tak kesampaian. Takpe la, mungkin sibuk dengan urusan keluarga. Musim raya la katakan.

Sampai kat sana, dengar dikir barat dulu, pastu bila Tuan Guru datang baru tetamu yang hadir dijamu dengan juadah hari raya. Agak kurang sesuai pulak bila semua tetamu menyerbu juadah sampai ada yg bertolak2 (kata Fadli la...) Tak macam tahun lepas, sapa yg datang awal, makan dulu,..yang kemudian makan kemudian,...amik makanan kat luar dewan, dah abih makan masuk dewan..rasanya lebih praktikal daripada kumpul semua tetamu datang penuh dewan baru makan...bukan merungut, sekadar koreksi (muhasabah...)

Yang tak bestnya, dah dua tahun takde sesi dialog bersama Menteri Besar dan Exco. Ingatkan tahun ni ada dialog...takde jugak. Kebetulan jumpa ngan sahabat (Nazri Shamsuddin) yang pulang beraya rumah mertua di Pengkalan Chepa. Dia semangat nak dgr dialog. Tapi mungkin dia hampa...sabar je lah. Mungkin ada sebab kenapa dialog tak diteruskan...tapi kalu ada kan best...

Yang bestnya pulak, budak2. Dapat duit raya tuuuu...habih je Tuan Guru berucap, ramai betul yg berbaris nak dapatkan duit raya. Mula2 tu umur nawah 12, ada sampul lebih..upgrade ke umur 18, pastu bawah 21, pastu yang last sesapa yang tak kawin lagi..hmm..saya tak termasuk dalam semua kategori tuh...tgk jer lah.

Apa apa hal pun, majlis malam ni tetap best la. Dapat bertentang mata dengan penggerak jentera kerajaan negeri yang bertungkus lumus membangunkan negeriku yang tercinta... bestnya kalau dapat balik kerja kat Kelantan...

Thursday, October 02, 2008

Jom...Balik Kampung

Alhamdulillah..tahun ni masih lagi diberi ruang dan peluang untuk menyambut hari lebaran. Mulanya rasa susah hati jugak nak balik ngan kereta. Bimbang dengan keadaan trafic yang kemungkinan besar akan JEM giler... apa nak buat, semua nak balik beraya. Perantau dari Kelantan memang ramai yg mencari rezeki di Lembah Klang dan Kuala Lumpur nih...

Mula cuti 27hb hari Sabtu, cadangnya nak terus balik hari Sabtu lepas Subuh, kononnya nak ngelakkan jem yg mungkin akan teruk kalau bertolak lewat. Namun ada panggilan tugas yang tak dapat dielakkan. Kena lah pergi ke hotel pagi tu untuk sedikit perbincangan dan simple meeting ngan JPS. Dah jadi tanggungjawab..so, bawak la isteri dan anak-anak serta ummiku (kebetulan tinggal bersama selama dua minggu di klang) untuk berbuka puasa dan bersahur di hotel di klang. Nasib baik la ummi dan isteri memahami tugasku, tidak mendesak untuk pulang awal ke kampung...Alhamdulillah.

Tugasku di hotel selesai pagi Ahad 28hb. Aku bertolak dari hotel jam 9.30 pagi menuju ke kampung halaman di Kok Lanas, Kelantan. Dalam minda ni selalu bagitau jalan mungkin akan jem sebab aku bertolak lewat, tidak seperti kebiasannya aku akan bertolak awal pagi jam 3 atau 4. Namun aku pasrah. Aku tidaklah mengejar masa, jalan dan tunggang dengan selamat.

Sampai di Genting Sempah, anak sulungku Muazz muntah, tanda2 kurang sihat. Dia demam. Mungkin sejuk masa duk dalam hotel malam tadi. Aku tak berhenti segera, namun mencari stesyen minyak Petronas sebelum exit ke Bentong. Kat sana aku settlekan Muazz, mandikan dan bersihkan kereta. Rehat sekejap dan beri Hajar (my baby girl) makan. Mujurlah dia makan jugak...(hajar ni mcm mogok makan jer sebelum ni...) nak ringan tubuh agaknya.. dah umur 13 bulan tapi masih lum boleh jalan lagi...

Jam 12.30 aku teruskan perjalanan...singgah di Masjid Sanglang untuk solat Zuhur.. rasa mengantuk mmg tak dapat nak cakap. Tapi aku cuba kuatkan semangat. Sampai kat sana, aku solat jamak taqdim dulu, barulah bagi peluang kat ummi dan isteri utk solat. Aku cuba nak rehat dalam kereta bersama anak2 yang sedang tidur. Tapi bila aku nak lelapkan mata, Hajar bangun, tak dapatlah aku nak tidur..Hajar tepuk2 muka aku, suruh layan dia agaknya.

Setakat sampai di Bentong, Raub, Kuala Lipis, Merapoh...jalan tidak sesibuk mana. Macam balik biasa jer..tak seperti 2 tahun lepas..bersesak-sesak. Sampailah di Gua Musang, isteri mempelawa untuk berenti sebentar..dia nampak aku letih. Namun aku teruskan jugak..(degil nih..) sebab masa tu dah pukul 4.30pm...takut lewat untuk berbuka kat rumah. biasanya dari gua musang ke kok lanas mengambil masa 2 jam setengah. Jadi aku teruskan je perjalanan memandangkan jalan lancar tanpa kesibukan yang dibimbangkan...

Tepat jam 7pm, kami sampai di Kok Lanas...Alhamdulillah...sempat berbuka puasa dengan Along sefamili, Angah sefamili, Achik dan Dik Ha... wah..meriah tu...

setakat itu dulu, sambung lagi nanti...

Popular Posts