Thursday, December 18, 2008

Perkara Lucu dan Pelik..Tapi mungkin BENAR

Sekadar renungan untuk kita yang kekadang alpa dan lupa dengan kesenangan dan kemewahan dunia...

******KISAH REALITI UMAT ISLAM & ORANG MELAYU SEKARANG*******

Duit RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tapi begitu kecil bila kita bawa ke SUPERMARKET.

45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk PERTANDINGAN BOLA SEPAK.


Betapa lamanya 2 jam berada di MASJID, tapi betapa cepatnya 2 jam berlalu saat kita MENONTON WAYANG DI PANGGUNG.




Susah sungguh merangkai kata untuk dipanjatkan saat berdoa atau solat, tapi bertapa mudahnya cari bahan bersembang bila bertemu / berchatting dgn kawan-kawan / pakwe / makwe.

Betapa seruan dan teriakan yang berpanjangan waktu pertandingan pasukan bola jadi kegemaran kita, tapi bertapa bosannya bila imam solat Tarawih Bulan Ramadhan bacaannya lama dan panjang.


Susah sangat baca AL-QURAN 1 JUZ SAJA, tapi majalah hiburan dan novel berst-seller 100 halaman pun habis dilahap.

Orang -orang berebut paling depan untuk menonton bola atau konsert, dan berebut cari SAF paling belakang bila SEMBAHYANG JUMAAT supaya boleh cepat keluar.

Kita perlu undangan seawal 3 > 4 minggu sebelumnya untuk majlis ILMUAN supaya boleh dimasukkan di agenda kita, Tapi untuk acara lain seperti menonton wayang, annual dinner atau high tea jadual kita boleh di ubah sekelip mata.

Susahnya orang mengajak menyebarkan dakwah, Tapi mudahnya orang menyertai dan menyebar gossip atau fitnah.

Kita begitu percaya pada yang dikatakan e-mail layang di interner, Tapi sering mempertanyakan apa yang dikatakan KITAB SUCI AL-QURAN.

Semua orang inginkan masuk syurga tanpa harus beriman, berpikir, berbicara atau pun melakukan apa-apa amal ibadat.

Kita boleh mengirimkan ribuan jokes dan surat berantai lewat e-mail, tapi bila mengirim yang berkaitan dengan ibadah sering mesti berpikir dua kali.
**Mungkin ada betulnya...tapi entahlah, setiap apa yang kita lakukan ada sebab dan alasannya..

Senyum Seketika

Tulis Surat

Seorang misi di sebuah hospital sakit jiwa melihat salah seorang pesakitnya sedang menulis surat.

" Kau menulis surat untuk siapa? " tanya misi itu.

" Saya menulis surat untuk diri saya sendiri, " jawab si pesakit jiwa tenang..

" Jadi.. apa yang kau tulis? " tanyanya lagi.

" Mana saya tau? " jawab si pesakit. " Saya kan hanya akan menerimanya pagi esok...!!"
___________________________________________________________________

Saya Tak Bersalah

Seorang tentera laut yang baru saja bertugas beberapa hari di sebuah kapal selam, telah dipecat dari jawatannya atas tuduhan menenggelamkan kapal selam bersama tentera laut yang lain...

Ketika ditemuramah wartawan, dia mengaku tidak bersalah. "Waktu kejadian kapal selam itu tenggelam, saya baru habis bertugas, dan sedang bersiap untuk tidur.", "lalu apa yang anda lakukan sebelum tidur?" tanya wartawan.

"Ya seperti kebiasaan di kampung... saya akan buka jendela sebelum tidur.... Abis basah...!! ", jawabnya dengan tenang
___________________________________________________________________

Belum Sampai Ajal

Seorang lelaki sedang meninjau pedalaman Amazon tiba² saja dikepung sekelompok primitif yang kehausan darah.

"Oo... Tuhan matilah aku..." jeritnya. Tiba² dari langit muncul kilauan cahaya.. dan terdengar suara bergema : "Tidak anakku... ajalmu masih belum tiba. Ambillah batu dekat kakimu itu dan pukul kepala pemimpin mereka yang berdiri didepanmu itu".

Si pengembara itupun mengambil batu dan menyerang pemimpin primitif itu, dan memukul batu itu ke kepala pemimpin sekuat tenaganya... lalu pemimpin itu mati.. Dia berdiri diatas mayat pemimpin... Ketika itu 100 orang primitif yang mengepungnya sangat marah kerana melihat pemimpinnya terbunuh. Kilauan dari langit itu muncul sekali lagi dengan suara bergema : "Nah... sekarang... baru ajalmu tiba anakku..."

Gagak, Bapak dan Anak

Pada suatu petang seorang tua bersama anak mudanya yang baru menamatkan pendidikan tinggi duduk berbual-bual di halaman sambil memerhatikan suasana di sekitar mereka.Tiba-tiba seekor burung gagak hinggap di ranting pokok berhampiran. Si ayah lalu menuding jaring ke arah gagak sambil bertanya, "Nak, apakah bendanya itu?" "Burung gagak", jawab si anak.Si ayah mengangguk-angguk, namun sejurus kemudian sekali lagi mengulangi soalan yang sama.Si anak menyangkakan ayahnya kurang mendengar jawapannya tadi lalu menjawab dengan sedikit kuat, "Itu burung gagak ayah!"Tetapi sejurus kemudian si ayah bertanya lagi soalan yang sama.


Si anak merasa agak keliru dan sedikit runsing dengan soalan yang sama diulang-ulang, lalu menjawab dengan lebih kuat, "BURUNG GAGAK!!"Si ayah terdiam seketika. Namun tidak lama kemudian sekali lagi mengajukan soalan yang serupa hingga membuatkan si anak hilang sabar dan menjawab dengan nada yang hendak tak hendak melayan si ayah, "Gagak la ayah.......".Tetapi agak mengejutkan si anak, apabila si ayah sekali lagi membuka mulut hanya untuk bertanyakan soalan yang sama. Dan kali ini si anak benar-benar hilang sabar dan menjadi marah."Ayah!!! saya tak tahu samada ayah faham atau tidak. Tapi sudah lima kali ayah bertanya soalan tersebut dan saya sudah pun memberikan jawapannya.


Apalagi yang ayah mahu saya katakan???? Itu burung gagak, burung gagak la.....", kata si anak dengan nada yang begitu marah.Si ayah terus bangun menuju ke dalam rumah meninggalkan si anak yang terpinga-pinga. Sebentar kemudian si ayah keluar semula dengan sesuatu di tangannya. Dia menghulurkan benda itu kepada anaknya yang masih geram dan tertanya-tanya. Ianya sebuah diari lama."Cuba kau baca apa yang pernah ayah tulis di dalam diari itu", pinta si ayah.

Si anak akur dan membaca perenggan yang berikut.......... "Hari ini aku di halaman melayan karenah anakku yang genap berumur lima tahun. Tiba-tiba seekor gagak hinggap di pohon berhampiran. Anakku terus menunjuk ke arah gagak dan bertanya, "Ayah, apa tu?". Dan aku menjawab, "Burung gagak".Walau bagaimana pun, anak ku terus bertanya soalan yang serupa dan setiap kali aku menjawab dengan jawaban yang sama. Sehingga 25 kali anakku bertanya demikian, dan demi cinta dan sayangkannya aku terus menjawab untuk memenuhi perasaan ingin tahunya.

Aku berharap ianya menjadi suatu pendidikan yang berharga."Setelah selesai membaca perenggan tersebut si anak mengangkat muka memandang wajah si ayah yang kelihatan sayu. Si ayah dengan perlahan bersuara, " Hari ini ayah baru bertanya kau soalan yang sama sebanyak lima kali, dan kau telah hilang sabar serta marah.

"MORAL OF THE STORY:"JAGALAH HATI KEDUA IBUBAPA. JANGAN SESEKALI MENGHAMPAKAN HARAPAN MEREKA"

10 Amalan Terbalik...

Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-

1. Amalan kenduri aruah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik, kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumah tangga kurang bahagia.

Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaran agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar.

Sunday, December 07, 2008

Salam Eidul Adha

Roti Jala...ditebar oleh isteriku,... dia tebar kat dapur...aku kena dodoikan
si Hajar dan Muazz...hmm, pe nak buat,
kalau depa tak tidur, takleh buat kerja...
Ketupat...juadah istimewa di hari lebaran...ketupat ni, Ummi yang buat.
Inti serunding...makan ketupat sebelum tumbangkan lembu.

Muazz dan Najihah (sepupu) sibuk melayan 'Upin dan Ipin'
yang dah banyak kali diulang...

Tapai a.k.a tapey penambah seri Hari Raya ni plak Angah aku
yang buat...banyak tul. Tapi untuk mertua dia gak kat Tanah Merah...


Hah... Dadih ni aku yang godek ...desert utk Hari Raya

Dikesempatan yang ada...kami ucapkan
SALAM EIDUL ADHA
kepada semua blogger dan rakan2 seperjuangan yang pernah sama-sama
berjuang...tak kira di mana berada.
Jemput datang ke rumah...
Berkorban adalah suatu Pengorbanan
Kalu terkorban dalam perjuangan
Itu juga Pengorbanan seorang Pejuang...

Saturday, December 06, 2008

Kuala Terengganu By Election...

Hari penamaan calon bagi pilihanraya kecil Kuala Terengganu ditetapkan pada 6 Januari ini dan pengundian pula pada 17 Januari, dengan 11 hari berkempen, demikian diumumkan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).

"Penetapan tarikh ini dilakukan dengan mengambil kira dan meneliti pandangan pelbagai pihak, termasuk ramalan Jabatan Kajicuaca yang mengatakan Terengganu akan berdepan dengan keadaan cuaca yang tidak menentu dalam masa terdekat," kata Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

"17 Januari ialah tarikh yang sangat sesuai kerana ia memberi peluang kepada semua pihak yang terlibat untuk melakukan persediaan rapi, khususnya parti-parti yang akan bertanding dalam menentukan calon yang sesuai."

Tambahnya, daftar pemilih yang digunakan kali ini diperakui dan disahkan semula semalam dan diwartakan hari ini.

kuala terengganu parliament seat by election 2008 051208Ia mengandungi 80,229 pemilih berdaftar, termasuk 1,035 pemilih pos, kata Wan Ahmad.

Beliau juga mengumumkan Datuk Bandar Kuala Terengganu, Datuk Razali Kassim dilantik sebagai pegawai pengurus pilihanraya, bersama enam penolong pegawai pengurus.

SPR membenarkan kehadiran wakil NGO pemantau pilihanraya Mafrel untuk meneruskan pemerhatian dengan syarat yang ditetapkan suruhanjaya itu.

Beliau berkata pemantau hanya dibenarkan berada di pusat mengundi pada hari pengundian dan mereka sama sekali dilarang memasuki saluran pengundian dengan hujah undang-undang tidak membenarkan sesiapa sahaja masuk ke dalam saluran pengundian kecuali petugas pilihan raya, ejen calon, pengundi, anggota SPR dan mereka yang dibenarkan oleh sahaja.

"Kita masih membenarkan Mafrel membuat pemantauan seperti pada pilihanraya umum ke-12, (8 Mac) dan pilihanraya kecil Permatang Pauh, (26 Ogos) tapi syarat tu ketat kerana kita tak mahu kelancaran urusan perjalanan pilihanraya diganggu," tegas Wan Ahmad.

Sewaktu soal jawab, beliau berkata dakwat tidak mudah padam di jari pengundi, seperti yang pernah dijanjikan akan diamalkan oleh SPR, tidak akan dilaksanakan dalam pilihanraya ini.

Pilihanraya kecil itu diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Razali Ismail, yang juga timbalan menteri pelajaran, Jumaat lepas.

Wakil rakyat BN itu menewaskan Naib Presiden PAS Mohamad Sabu dengan majoriti tipis, 628 undi.

Wan Ahmad menambah, tarikh writ dan notis pilihanraya kecil itu dikeluarkan pada 7 dan 21 Disember ini.

sumber: malaysiakini.com

Wednesday, December 03, 2008

DILEMA...Allahumma Yassir lana...

Posting aku kali ini agak beda sedikit. Hari ini, aku sedikit bimbang. Ntah kenapa. Gusar, cemas dan keliru. Bimbang memikirkan keadaan isteriku yang kerapkali batuk yang sesekali menyesakkan dadanya. Aku juga cemas, bila mengingatkan setiap kali isteriku hamil, ada ketumbuhan 'fibroid' yang akan 'muncul' bersama zigot yang terbentuk. Sakitnya, bukan kepalang...aku sendiri tak tertanggung!!!

Keliru

Isteriku mengingatkanku..."abang, hari ni keputusan DPLI keluar...semak yer"...

Bukankah dia sedar dan sudah tahu, calon yang hamil, sukar untuk mendaftarkan diri sebagai penuntut DPLI mahupun KPLI. Tapi, semanagt ingin tahu isteriku begitu membuak-buak.

Setelah selesai menyemak via online,...

"Alhamdulillah...abang, Mah dapat masuk UM...bestnya...tapi camane yer..." terhenti seketika.

Mukanya kurenung. Nampak sedikit kekecewaan. Aku faham, isteriku begitu teruja untuk bekerja, bukan hanya sebagai satu kepuasan kepada dirinya, atau juga untuk membantu ekonomi keluarga (tolong aku la tuh), tetapi yang paling penting dia begitu teruja untuk menghulurkan sendiri kepingan wang kepada ayahnda dan bonda di kampung buat balasan tanggungan hidup selama ini... itu tujuan utamanya.

Namun, ada halangan yang akan membantutkan harapannya. Adakah perlu disorokkan kandungan semasa mendaftarkan diri??? Wajarkah melakukan pemeriksaan dan x-ray yang mungkin akan membahayakan kandungan???

Aku makin keliru... bagiku, anak adalah ANUGERAH dan AMANAH, malah juga HARTA dan REZEKI yang cukup bermakna... Pada masa yang sama, kerja yang ditunggu-tunggu selama ini oleh isteriku juga adalah IMPIAN dan TUAH yang bukan mudah digapai...


Termenung aku seketika, lantas menasihatkan isteriku agar menerima REZEKI yang mana terbaik untuk kami. Sebagai suami, aku masih mampu menanggung keluarga, kerana itulah kewajipanku... Isteriku juga akur dan REDHA dengan kehendakNya dan bersyukur atas segala yang ditetapkan...kerana itulah yang TERBAIK buat kami...

Allah Maha Adil...Maha Pengasih dan Maha Penyayang...setiap apa yang dikurniakan kepada kita pasti ada hikmah disebaliknya...tak semua yang kita inginkan, mudah untuk digapai dan dikecap...pasti kan ada mehnah dan dugaan...

Monday, December 01, 2008

Hujan oh hujan...

Time hujan ni, ta tau nak gi jalan mana-mana. Duk umah je la ngan anak-anak..
Muazz pun boring. Tgk la tuh, pakai baju cantik ingat nak gi jalan-jalan... lepak je kat umah nenek...

Hajar lagi best. Tak peduli pun hujan ke...panas ke... hidup cuma sekali... kita enjoy!!!
Hari ni baru je leh jalan. Umu dia dah setahun 3 bulan...kalu ikutkan dah boleh berjangkit dari dinding ke dinding...ukur keliling rumah... kiranya macam ukur perimeter la...

Tapi mlm tadi baru berani lepas tangan...seronok tak terkata dia tadi... huhuh

Hajar akan teruskan usaha... jgn putus asa. Bila Hajar dah pandai jalan, takde la Ummi penat nak dukung Hajar...tak pun, Abi nek kena gendong...huhuhu

Tengok la anak-anakku, kalu esok cuaca baik...kita gi jalan-jalan.
Kalu tak..duk umah tolong nenek kemas umah ye...

Popular Posts