Monday, January 26, 2009

Bila Sudah Sebati Dalam Diri...

Assalamualaikum...

Hari ini, dek kerana tiada apa yang dilakukan di rumah, aku diajak isteri untuk mengunjungi Festival Ekonomi Islam 2009 (i-Fest '09) bertempat di Pusat Pameran Mid Valley. Aku tidak suka menyeksa diri dengan keadaan jalan yang pastinya akan jammed... jadi aku mencadangkan isteriku agar menaiki komuter yang tidak berapa jauh daripada rumah kami. Wah... naik komuter bersama dua orang putera dan puteriku yang tengah lasak... bayangkanlah

Kami bertolak dari rumah lebih kurang jam 3.15 petang dan sampai di Mid Valley jam 4.30 petang. Hampir satu jam lebih perjalanan. Ditambah dengan kesesakan di stesyen KL Sentral menyebabkan kami terpaksa berhimpit dan dihimpit antara satu sama lain... mujurlah jarak Mid Valley dan KL Sentral tidak jauh...



Sesampai di Mid Valley, kami dapati orang terlalu ramai. Surau pun penuh. Aku suka dan bangga dengan keadaan ini. Walaupun sibuk dengan urusan kerja dan sebagainya, tugas dan tanggungjawab tidak dilupa.

Oleh kerana kami masih belum lunch lagi, dan asar pun belum masuk waktunya lagi, so kami mengambil keputusan untuk mencari food court terlebih dahulu. Chicken Rice Shop menjadi tempat persinggahan. Kami usai dari sana jam 5.15 petang dan terus ke menuju ke surau untuk solat asar...


Aku dapati orang kita, masih sukar untuk memboikot barangan Yahudi, Amerika dan Israel. Antara yang jelas, KFC dan McDonald penuh sesak dengan orang Melayu kita. Sehinggakan tiada meja kosong. Bagiku, bila semua itu sudah sebati dalam diri... susah untuk beralih selera. Masih sanggup melihat kekejaman yang menimpa rakyat Islam Palestin hanya kerana sumbangan kita dalam ekonomi Amerika, Yahudi dan Israel...

Semoga Allah memberi kekuatan dalam diri seluruh rakyat Palestin bagi memperjuangkan negara mereka, jua memberi kekuatan dalam diri kita semua... bersatu teguh memboikot barangan yang sewajibnya kita BOIKOT...

Saturday, January 24, 2009

Team Building SK Telok Menegon

Assalamualaikum...

Hari ni hari cuti...Hari Sabtu, ramai yang ambil kesempatan untuk balik kampung sempena cuti Tahun Baru Cina sehingga hari Selasa... namun ada sesetengah sekolah yang menyambung cuti sehingga Isnin depan (seminggu tu..lamanya). Tapi kena ganti la pada hari Sabtu.

Hari ni, sekolah aku menganjurkan Team Building untuk semua guru dan kakitangan sekolah. Pada mulanya ramai dikalangan guru yang protes memandangkan sehingga hari ni, setiap Sabtu kami terpaksa hadir ke sekolah bermula seawal minggu pertama lagi.

Namun bila difikirkan kesan dan kepentingannya, aku gagahkan diri untuk ke Dewan Majlis Sungai Kandis. Ramai guru yang hadir. Alhamdulillah. Walaupun begitu ada juga yang tidak berkesempatan untuk teruskan aktiviti sehingga petang memandangkan ada komitmen lain yang tidak dapat dielakkan.

Apa yang menarik, sepanjang aktiviti Team Building ini diadakan, banyak input yang kami dapat. Setiap aktiviti yang dijalankan, diulas dan diberi refleksi serta dikaitkan dengan cara kita mengendalikan tugas, berdepan dengan murid dan yang paling penting, tugas dan tanggungjawab seorang guru yang memikul amanah yang amat berat.

Dikesempatan yang lain, saya akan update pengisia, modul, aktiviti dan gambar sepanjang kami berprogram. Badan penat, otak tak larat...

Monday, January 19, 2009

Teruskan JIHAD kita

Assalamualaikum...

Selepas 24 hari diganggu kehidupan mereka (sebenarnya dah lama dah), penghuni dan rakyat Palestin yang masih terselamat telah kembali ke kediaman masing2, kediaman yang sudah tidak ada tempat untuk dihuni. Yang tinggal hanyalah timbunan batu dan debu. Kesengsaraan dan keperitan hidup, perlu ditempuh. Lebih teruk keadaannya jika nak dibandingkan dengan bala yang menimpa negara kita hujung tahun lalu, kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa... kerana masih terdapat barang dan harta benda yang masih dapat diselamatkan.

Semalam juga, Perdana Menteri Israel dengan angkuhnya memohon maaf atas keterlanjuran tenteranya menceroboh Gaza. Begitu senang melafazkan ungkapan maaf setelah hampir ribuan rakyat Palestin menjadi mangsa.

Dan, sumbangan kita sebagai saudara seIslam, teruskan memboikot barangan Yahudi, Israel dan Amerika yang sudah pasti akan melumpuhkan ekonomi mereka. Yang penting, kita perlu bekerjasama.

Walaupun dahulu, anak saya pasti meminta dibelikan KFC dan McD, tetapi kini, dia pun sudah tahu apa itu boikot...apa yang dia tahu, dulu boleh makan, sekarang dah tidak lagi. Memang susah nak hilangkan rasa gian, tapi sanggupkah kita makan daging ayam KFC atau daging Prosperity McD tu..seolah2 kita meratah daging kanak2 dan rakyat Palestin... SubhanaLlah... Marilah kita membantu kearah melumpuhkan ekonomi Amerika, Yahudi dan Israel...

Friday, January 16, 2009

Boikot???...Seriuskah kita???

Salam buat semua,

Disaat kita melaungkan boikot barangan yang membawa keuntungan kepada Amerika, Yahudi Laknatullah dan Israel, kita masih lagi menjamah dan menggunakan barangan tersebut. adakah kerana kita sudah sebati dengan semua itu hingga tidak mampu bertukar atau mencari alternatif lain???

Disaat kita menghulurkan bantuan kepada sahabat seagama kita di Palestin, kerajaan dan NGO tidak putus-putus mengutip sumbangan utk disalurkan. Namun pada masa yang sama, iklan di tv, radio dan surat khabar masih mengagungkan barangan tersebut...

Seriuskah kita memboikot??? Tepuk dada tanya hati dan iman...

Tuesday, January 13, 2009

Hadirmu...begitu bermakna

Assalamualaikum

Hidup berumahtangga sesungguhnya memerlukan kesabaran yang kuat selain persefahaman dalam segala hal. Mahligai yang dibina bukan untuk seketika cuma, bahkan untuk ke akhir hayat. Tidak guna berhabis harta melangsungkan hari bahagia, kalau tidak mementingkan soal kebahagiaan, tolak ansur, kesabaran yang perlu diadun sebati dalam hidup ini.

Ulangtahun perkahwinan aku dan isteri bakal menjangkau usia ke-4 bulan April tahun ini. Selama 4 tahun hidup bersama, banyak kisah suka dan duka yang kami lalui dan rasai bersama. Aku mengambil resepi hidup abang-abang dan sahabat yang terdahulu merasainya... SABAR dan TOLAK ANSUR rahsia keteguhan rumahtangga.

Alhamdulillah, kami sedang menanti kelahiran si kecil yang ketiga buat kami. Semoga bulan JUN yang akan menjelma akan lebih berseri dengan kelahiran si kecil yang turut dinanti oleh abang dan kakaknya...Hadirmu begitu bermakna.

Esok..14 Jan 2009 adalah ulangtahun isteriku yang ke-29. Semoga Allah memberkati hidupmu. Terima kasih kerana sudi berkongsi hidup bersama... Moga kebahagiaan milik kita bersama, abadi selamanya. "Happy Birthday my Wife..." Hadirmu dalam hidupku, begitu bermakna...

Monday, January 12, 2009

Azam baru...1430... 2009

Asslamualaikum...

Dah lama takde entry since bulan Disember. Agak sibuk dengan tuntutan tugas sebagai suami, ayah, anak dan guru. Kena bereskan apa yang perlu, itu pun banyak lagi yang belum terlaksana. Antara AMANAH, TANGGUNGJAWAB dan KEHENDAK. Kena utamakan mana yang penting. Aulawiyyat...

Hari ni merupakan minggu kedua sesi persekolahan. Banyak tugasan yang perlu diperbaharui dan dilaksanakan. Sebagai penyelaras j-QAF di sekolah, minggu-minggu awal ini agak menguji kesabaran dan keimanan... yelah, kena siapkan semua perancangan, kertas kerja KBS 2009, taqwim j-QAF, dan semua yang berkaitan dengan perancangan dan pelaksanaan tahun 2009.

Kebetulan pulak orang kanan saya (ustazah j-QAF gak)... ustazah Asiah terpaksa ambil cuti tanpa gaji..selepas menghabiskan cuti rehatnya (7 hari tu lerr) gara-gara untuk berkorban menjaga ayahnya yang sakit dan uzur di kampung..Pasir Puteh. Pengorbanan yang suci dan mulia seorang anak... hmmm. So, bila orang kanan takde, orang kiri, depan, atas dan bawah masih ada dan sedia untuk membantu...

Sabtu pertama sekolah pun dah kena buat program. Program Tahsin Al-Quran untuk murid Tahun 5 dan 6. Bukan semua, tapi dua kelas terbaik sahaja. Tujuannya untuk memperbaiki dan memperelokkan lagi mutu bacaan al-Quran mereka. Saya yang kena handle... sediakan modul, kertas kerja, dan fotokopi bahan yang berkaitan. GPK dah bising, tapi bukan kat saya. (walaupun dia target saya le tu)... dia bising kat Ketua Panitia... takpe la. As long as saya buat apa yang sepatutnya...saya redha dan bersyukur. A'la kulli hal, saya berpuashati dengan perjalanan program (saya namakan sebagai PROTAQ) tu... dengan kehadiran hampir 100 orang, dengan komitmen 8 orang GPI dan GPI j-QAF... semuanya berjalan lancar.

Minggu pertama juga agak sibuk... sebagai seorang guru, kena siapkan Buku Rekod Mengajar dan Sukatan Pelajaran... jenuh jugak men'download' sukatan daripada laman sesawang yang ada. Cuma agak terkilan sedikit... HSP Bahasa Arab takleh nak download dari web yang ada. Ada masalah sikit... tapi mungkin sedikit hari lagi, ok lah tu, InsyaAllah...

Selain tu, minggu pertama (khamis 8 Jan) saya hantar zaujah ke Klinik Desa untuk first checkup her pregnancy. Doktor kata kandungan dah masuk 4bulan setengah (almost 18 weeks). Katanya lagi, due most probably on June, 9th. Wallhu A'lam. Jumaat 9hb Jan pulak bawak zaujah pergi scan kat Klinik Ibu Mengandung (yelah... takkan ayah pulak yang mengandung, kan?). Lepas scan, alhamdulillah doktor kata semuanya ok,cuma rahim zaujah aku agak ke bawah...kena naikkan. Nanti lah, bawak ke bidan, tengok macamana... Muazz dan Hajar pun dah pandai usap perut Umminya dan sayang 'baby'. Alhamdulillah...

So, apa azam saya Tahun 2009 dan 1430H nih???

1. Jadi anak yang soleh buat Bonda tercinta
2. Jadi ayah yang terbaik untuk anak-anak
3. Jadi suami yang soleh dan terbaik untuk isteri
4. Jadi abang dan adik yang sayangkan adik beradik yang lain
5. Jadi guru yang dedikasi, bertanggungjawab dan pikul amanah dengan jujur.
6. Jadi Hamba yang sentiasa SYUKUR dan IKHLAS menjalankan ibadah kepada Allah.
7. Memperkemaskan amalan FARDU dan meningkatkan (merajinkan diri) amalan SUNAT

Semoga semuanya akan tertunai...itu janji dan azam saya...

Popular Posts