Tuesday, July 28, 2009

Bersabarlah bila kita diuji

"Ya... duk kat hospital. Mungkin lama lagi sebab hari Khamis baru boleh buat CT Scan. Tak elok sebenarnya mengadu susah kepada sesama makhluk, seolah-olah kita tak redho dengan ketentuan Ilahi. Kalau ada cinta-Nya dihati, pasti ujian berat pun terasa manis. Kawe jauh lagi dari tahap tu... HasbiyaLlahu Wa Ni'mal wakeel..."

"Ilham kena masa umur 50 hari. Sekarang dah 73 hari. Dia tak demam, tapi penyakit dia infantile spasm (sejenis sawan, tanpa tanda-tanda). Dalam banyak kes, punca penyakit unknown. Ilham pun sama, doktor masih mencari punca penyakit. Kalau tengok body dan berat, dia nampak ok dan sihat"

"...Sedih jugak, tapi dah nama hidup di dunia, kena sabar atas ujian. Orang lain lagi susah. Inna liLlahi wa inna ilaihi raaji'un...

=====

Itu lah sebahagian balasan SMS daripada sahabat saya, Mohd Arif yang sudah agak lama tidak ketemu. Berita tentang anaknya dimasukkan ke hospital pun, saya dapat tahu daripada emel MailingList alumni saya.

Anak keduanya, Ilham baru berusia 73 hari. Mula dihantar ke hospital ketika umurnya baru 50 hari. Saya, tahu... sahabat saya ni memang seorang yang kuat dan tabah. Membaca SMSnya sahaja telah membuatkan saya yakin, beliau mampu menghadapi ujian Allah ini dengan tabah. Pergantungannya kepada Allah cukup tinggi. Beliau begitu yakin, setiap makhluk di dunia pasti diuji.

Saya juga mendapat khabar yang tidak baik daripada Fared. Anak sahabat saya yang baru berusia beberapa bulan turut dimasukkan ke hospital. Terpaksa melakukan pembedahan untuk mengeluarkan darah beku. Mengikut maklumat yang saya terima, anaknya kini sedang mendapat rawatan susulan seperti fisioterapi, pediatrik dan neuro. Semoga Asfani dan Hidayati akan tabah juga. Baca cerita di sini.

Terdahulu, selepas kami menjalankan gathering di Putrajaya, anak kecil Fadzli dan Wahyuna (tuan rumah gathering) telah dimasukkan ke hospital. Akibat demam berlarutan. Kini Hannan sedang menerima antibiotik bagi memberi kekuatan pada dirinya.

Mungkin ini hanya sebahagian cerita dan berita yang saya tahu. Ada lagi yang tidak sampai ke telinga saya. Bila cerita ni tersebar, hanya doa dari para sahabat lain...amat diharapkan. Semoga si kecil yang diuji akan segera sembuh dan pulih. Semoga si ayah dan si ibu tidak kering air mata, mengenang nasib si kecil yang masih belum betah menerima sakit sebegitu.

Saya cuba menyelami hati dan perasaan sahabat-sahabat saya ini. Bagaimana mereka mengharungi kisah hidup apabila anak yang masih kecil merengek, menangis kerana kesakitan. Mungkin sekarang, mereka diuji... nasib kita, belum kita ketahuinya lagi. Kerana jika kita mengaku kita beriman, kita pasti akan diuji.

Firman Allah dalam Surah 'Ankabut, ayat 2-3 yang bermaksud:

Patutkah manusia menyangka Bahawa mereka akan dibiarkan Dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan Demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang Yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian Yang demikian), nyata apa Yang diketahui Allah tentang orang-orang Yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa Yang diketahuiNya tentang orang-orang Yang berdusta.

Semoga ujian Allah ke atas Arif, Asfani dan Fadzli serta keluarga akan menjadi iktibar buat semua dan akan menambahkan lagi pergantungan kepada Allah. Hanya Allah yang Maha Mengetahui setiap apa yang berlaku ke atas kita.

Sahabat... bersabarlah dengan ujian yang ada...

Monday, July 27, 2009

Selamat berhijrah...

Cadangnya semalam, kami sekeluarga hanya ingin berehat di rumah. Setelah agak kepenatan seharian berjalan-jalan pada hari Sabtu.

Namun, SMS yang diterima menganjak keputusan itu. SMS yang mengajak saya ke rumahnya, untuk mengambil 'barang' yang dilelong selain tujuan berziarah. Nampaknya pagi semalam kami ke Sentul pula. Ziarah senior saya yang akan berhijrah, ke Dubai.

Itulah rezeki namanya. Rezeki berhijrah ke tempat orang. Namun ia tak datang melayang, tak juga kunjung bergolek. Perlu ada ikhtiar untuk semua itu.

Pertemuan ini sebenarnya tak terancang, namun tergerak hati ini untuk bertemu muka dengan senior yang mungkin akan terpisah, buat beberapa tahun.

Senior yang saya maksudkan, Ustaz Nazri Chik. Umum agak mengenali beliau. Agak lantang dalam gelanggang politik serta seorang 'pegawai' yang berjaya di sebuah bank di sini. Mula kenal dengan beliau, sejak di UM. Sekitar tahun 1999 hinggalah sekarang. Hampir 10 tahun lamanya.

Kami pernah duduk serumah (rumah sewa), masak bersama, makan bertalam, usrah, persatuan, jemaah dan sebagainya.

Bila ditanya kenapa ingin berhijrah, jawabnya... ingin menyiapkan PhD! Lupa pula bertanya tajuk tesisnya. Kesibukan dengan tuntutan kerja hakiki dan jemaah, menyebabkan kesuntukan masa untuk menyiapkannya. Selain daripada ingin melunakkan lidah dengan Lughatul Quran, Bahasa Arab...

Ironinya, bahasa yang digunakan di sana, hampir 80 peratus Bahasa Inggeris. Sehinggakan katanya, agak pelik sekiranya rakyat tempatan di sana tidak mahir berbahasa asing itu. Aneh, bukan?

Mungkin pertemuan semalam adalah Liqa' wada' antara saya dengan beliau? Beliau dan keluarga akan berhijrah pada Oktober nanti. Doa saya agar beliau akan berjaya hidup di sana dan berjaya menyiapkan PhDnya nanti.

Azamnya, membakar semangat saya! Untuk menyambung pelajaran. Dah ramai sahabat yang berbuat begitu. Yusri, Zubaidi, Badli dan ramai lagi. Saya rasa dah tiba masanya giliran saya. InsyaAllah, semoga Allah memberi saya jalan dan kekuatan.

Buat Ustaz Nazri dan Dr. Maisarah... selamat berhijrah! Semoga berjaya. Terima kasih atas hadiah mainan buat si kecil Muazz dan Hajar yang teruja dengan barang mainan tersebut. Juga terima kasih kerana menerima diskaun yang ditawarkan. Semoga SHARP itu akan menjadi kenangan buat kami. :)

pstt: Kalau sesapa nak beli Toyota Vios miliknya... sila ke webnya. :)

Saturday, July 25, 2009

Merayau di Pesta Buku Selangor


Pulang dari sekolah tengah hari tadi, saya mengajak isteri keluar mengambil angin 'segar'. Kami menuju ke PKNS Shah Alam. Semalam sudah bermula Pesta Buku Negeri Selangor 2009. Pasti meriah, agak saya!

Kami sampai pukul 12.30 tengah hari. Nampaknya tidak begitu ramai pengunjungnya. Tidak seperti semasa Pesta Buku Antarabangsa KL 2 bulan lalu. Kami tidak berada dalam lautan manusia. Senang sahaja mengharungi jalan dari booth ke booth bersama 3 anak. 2 dipimpin, seorang dikelek.

Terserempak dengan seorang sahabat. Ustaz Nazib. Datang berseorangan tanpa ditemani isteri dan anak-anak. Sempat bercerita tentang satu bisnes. Saya perlu baca dan fahami dulu. Terima kasih atas kiriman emel... nanti aku bagitau hang naa...

Ralit membelek buku sambil memerhati gelagat anak-anak, disapa seorang lelaki. Katanya dia kenal saya. Saya pulak yang cuak. Tak kenal dia. Tak ingat langsung. Katanya, dia memang perasan muka saya. Tapi tak ingat di mana...

Ahh.. sudah,... akhirnya... dia berlalu dengan seribu persoalan bermain dalam benak saya... Siapa dia, ya? Jumpa kat mana? Apa pun , saya berterima kasih kerana ditegur... :)

Buku yang dibeli, banyaknya untuk si abang dan kakak. Biar mereka 'membaca'. Biar bersepah buku di ruang tamu, asal mereka mengenal dan tahu apa yang dilihat.

Ternyata, Muazz dan Hajar juga teruja dengan buku-buku baru mereka!

Pukul 2 petang kami bergerak keluar. Singgah di Masjid Negeri Shah Alam untuk solat Asar dan beriadah bersama. Aktiviti kegemaran Muazz dan Hajar... berlari mengelilingi dataran masjid.

Yang pasti anak-anak gembira apabila dibawa keluar hari ini. Inilah aktiviti yang paling dinanti pada hujung minggu. Saya terkilan kerana tidak memenuhi janji pada mereka pagi tadi. Saya berjanji akan pulang sekejap ke rumah untuk mengambil mereka... sama-sama mendengar ceramah Israk Mikraj di sekolah saya. Saya berjanji semalam. Muazz ingat janji itu. Setiap janji Abi dan Ummi akan di ungkit si kecil itu.

Bila terjadi insiden tak digemari di sekolah pagi itu, niat untuk kembali ke rumah mengambil mereka terbatal. Saya maklumkan pada isteri. Muazz meraung apabila baju melayu yang siap tersarung terpaksa dibuka umminya... "nak gi sekolah abi... nak gi sekolah abi..."

Namun saya berterima kasih pada isteri kerana berjaya memujuk si kecil. Yang pasti sekembali saya ke rumah tengah hari tadi, Muazz menagih janji saya... untuk ke sekolah... Ahh.. maafkan Abi, ya Muazz...

Tapi... hari ni, kita telah keluar bersiar-siar... Muazz dan Hajar dapat buku pulak tu... :)


Salah Faham jee..

Salam...

Masing-masing menunggu. Usai solat hajat dan bacaan Yasin, sesi ceramah Israk dan Mikraj. Saya diminta oleh KP untuk menunggu penceramah di dataran sekolah.

Ya, penceramah tersohor... pasti ramai yang teruja. Seisi sekolah sangat menanti kehadiran penceramah tersebut.

Saya cuba menghubungi penceramah yang masih belum kelihatan walaupun jam menunjukkan jam pukul 9 pagi. Saya bimbang kalau-kalau ada masalah yang timbul.

Saya cuba menghubungi beliau melalui telefon bimbit, nombor yang saya ambil dari rakan saya, Frizdan.

Saya agak terkejut, apabila setelah saya berjaya menembusi talian, beliau bertanya semula kepada saya:

"Jadi ke ni Ustaz? Takde orang yang confirmkan pun..."

"Ye ker...? Hmm... saya dimaklumkan, dah ada yang confirmkan...abis tu macamana ni ustaz?"

Saya yakin, ramai yang kecewa. Orang yang dinanti... tak dapat datang... hanya kerana salah faham...

Yang pasti, kami semua (Panitia Agama Islam) terus dipersalahkan atas kecuaian ini...

Saya hanya membisu. Rakan saya yang ditaklifkan menghubungi Ustaz tadi pun, diam. Rasa bersalah mula menyelubungi dirinya. Saya, sebagai rakan, hanya mendengar luahan dan keluhan, serta rasa sesal yang berbuah lebat.

Orang yang paling dipersalahkan dalam hal ini, tak lain tak bukan, KP kami. Kesian saya tengok dia. Dalam keadaan yang sedang sarat, menanti hari sahaja... pelbagai kata-kata yang kurang enak didengar, terpancul keluar dari mulut-mulut yang tidak berlesen. Hampir-hampir beliau menitikkan air mata. Saya lihat matanya merah... Dah banyak yang beliau lakukan. Walaupun seksa dengan keadaannya, beliau masih gagah ke hulu dan ke hilir.

Namun bila jadi macam nih, kena juga atas kepala.

Sabar je lah kak... Akak dah jalankan tugas dengan baik... akak juga dah ingatkan agar dihubungi peceramah semalam, namun tiada tindakan daripada insan yang tertaklif.

Ahirnya majlis diteruskan dengan Ceramah Motivasi yang sebenarnya dijadualkan selepas Ceramah Israk Mikraj. Kami juga meminta Ustaz yang dijemput mengendalikan ceramah motivasi itu menyelitkan sama dalam ceramahnya intipati berkisar Israk dan Mikraj. Terima kasih Ustaz Sayuti... jasamu dikenang!!!

Pengajaran daripada isu ini:
  1. Perlu dibuat mesyuarat setiap kali ingin mengadakan aktiviti sekolah yang melibatkan orang luar. Ibu bapa yang datang juga ada yang terkilan... apa nak buat
  2. Setiap AJK yang diamanahkan tugas, perlu 'alert' dengan taklifan masing-masing.
  3. Perlu ada 'back-up' dan 'stand-by' daripada mana-mana Ustaz sekolah sendiri untuk mengisi ruang ada
  4. Jangan mudah menuding jari... mencari salah dan mengungkit perkara yang sama. Yang silap, sama-sama diperbetulkan.
  5. Hayati kisah dan iktibar disebalik sirah Israk dan Mikraj Nabi Muhammad... itu yang kita mahukan sebenarnya, kan?
  6. Sama-sama bermuhasabah atas kelemahan diri sendiri.
Kepada semua yang terlibat dalam majlis hari ini, JazakaLlahu Khairal Jaza'... Hanya ALLAH yang dapat membalas jasamu.

Kepada Ustaz A, kami juga mohon maaf atas salah faham yang timbul, InsyaAllah jika ada masa, kami akan jemput.

Tuesday, July 21, 2009

Indahnya Hidup Bersyariat

Salam...

Semalam, usai dari mesyuarat saya terpandang dua buah kotak berisi buku dalam bonet kereta seorang rakan, Ustaz Hazri. Saya pernah melihat dan membaca buku itu, namun belum berkesempatan memilikinya.

Namun, peluang yang ada, saya rebut. Saya segera mendapatkan buku tersebut daripada Ustaz Hazri. Terima kasih atas harga istimewa yang diberikan... JazakaLlahu Khairal Jaza'...

Bukunya cukup menarik. Bagi saya, sangat sesuai untuk semua orang, tak kira yang alim, atau baru nak mengenal. Isinya cukup ringkas dan padat. Sesuai untuk bacaan umum. Olahannya juga mudah difahami.

Yang menarik, semua helaian buku berkulit tebal ini adalah licin dan cantik. Ilustrasinya juga menarik, grafiknya juga hebat. Walaupun tiada huraian yang berjela, namun boleh dijadikan rujukan dan bahan bacaan. Untuk tambahan, boleh dirujuk kitab Muktabar lain.


Isi buku INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT ini merupakan panduan untuk diri sendiri (fardu ain), seisi keluarga, masyarakat dan umat sejagat (fardu kifayah). Ia merangkumi syariat ketika kelahiran, fardu ain kanak-kanak, penekaan pendidikan remaja, hukum-hakam muamalat (jual beli), munahakat (nikah kahwin dan rumah tangga) serta amalan zikir, doa dan adab. Semua ilmu bersumberkan al-Quran dan hadis sahih.

Bak kata sahabat saya Ustaz Nazib:

Buku ini memuatkan modul Fardhu Ain diri, keluarga dan masyarakat sepanjang hayat. Buku yang diterbitkan oleh Telaga Biru Sdn. Bhd ini dihasilkan daripada kolaborasi mantap Al-Fadzil Ustaz Dato' Ismail Kamus dan Ustaz Mohd Azrul Azlen Ab. Hamid (Pensyarah Pusat Matrikulasi UIAM).

Katanya lagi...

Dengan berbelanja RM55.00 untuk buku ini saya berpendapat ia sangat-sangat berbaloi dan anda pasti tidak akan menyesal setelah memilikinya. Buku ini amat sesuai untuk rujukan institusi pendidikan di semua peringkat serta boleh dijadikan bahan tazkirah dalam laman blog anda. Saya bukan ape, cuma nak tolong promosi benda-benda yang bagus!

Saya jawab...

Saya pun begitu juga... : )

Monday, July 20, 2009

Info Mahrajan Negeri Selangor

Salam...

Hari ni, saya hadir satu mesyuarat bersama Penolong Pengarah Kanan Bidang Operasi j-QAF. Saya bertanya sendiri tentang tarikh Mahrajan j-QAF Negeri Selangor.

Menurut beliau, Mahrajan j-QAF akan dilaksanakan pertengahan Ogos. Sebelum Ramadhan. Namun sekiranya peruntukan yang dipohon masih belum diterima, berkemungkinan tarikh tersebut akan dianjak lagi.

Rasanya masih ada daerah yang masih belum mengadakan Mahrajan Peringkat Daerah. Yang saya tahu, Sepang dah selesai. Ustaz Yahuza yang maklumkan. Sekolahnya akan mewakili daerah Sepang dalam pertandingan Kalam Jamaie... Mabruk ustaz!

Jadi, pesanan daripada Ustaz Wan Yusof, kepada sekolah yang masih belum 'dipanggil' oleh PPD, teruskan dengan latihan. Mahrajan Negeri akan pasti dilaksanakan! InsyaAllah.

Ustaz Zubaidi boleh lah teruskan semula latihan ya. Pastinya saingan tahun ni akan sengit. Ramai yang berbakat. Teruskan usaha... Dengar cerita, tahun ni SK Meru 2 jadi tuan rumah Mahrajan j-QAF Daerah Klang, wallahu 'alam.

Friday, July 17, 2009

Mahrajan j-QAF Negeri Selangor: Perubahan tarikh

Salam...

Saya cuba mendapatkan kepastian. Penantian tarikh, amat memenatkan. Sesi latihan juga tertangguh. Sebab belum tahu bila tarikhnya.

Jadi, saya hubungi Pegawai j-QAF Kuala Selangor, Ustaz Ramli selaku tuan rumah Mahrajan j-QAF Negeri Selangor 2009.

Menurut ustaz Ramli, tarikh Mahrajan ditunda pada bulan Ogos, tapi tidak dinyatakan tarikhnya dengan tepat. Mungkin masih dalam peringkat perbincangan. Mungkin juga kerana pertembungan program lain atau kesuntukan masa, tarikh asal dianjakkan.

Sama ada 1 Ogos, 8 Ogos atau 15 Ogos? Yang pasti sebelum hadirnya Ramadhan, kan?

Mungkin selepas ni, akan dapat surat arahan dari PPD pulak. Buat sekolah yang sudah pasti ke peringkat negeri, bersedia lah. Buat yang masih berlumba-lumba merebut tempat, berusaha lah dari sekarang!

TAHNIAH buat kontinjen negeri yang berjaya dalam Festival Nasyid MTQ Peringkat Kebangsaan di Kuantan yang baru sahaja selesai pagi tadi. Maklumat yang saya perolehi daripada Ustaz Anis a.k.a AbuHazieq, keputusannya seperti berikut:

Kategori Sekolah Rendah:

JOHAN: Negeri Pahang
NAIB JOHAN: Negeri Sembilan (AL-Mumtaz... tahniah ustatkimi)
KETIGA: Perak

Kategori Sekolah Menegah:

JOHAN: Johor
NAIB JOHAN: Kuala Lumpur
KETIGA: Pahang

Tahniah dan syabas kepada kontinjen yang berjaya! Segala penat lelah, pasti terbalas...


Thursday, July 16, 2009

Tahniah atas kelahirannya...

Pagi ini saya mendapat satu berita gembira. Kakak saya telah selamat melahirkan seorang mujahid yang didambakan. Alhamdulillah, shukur kehadrat Ilahi.

Kini, kami seri. 3-3. Juga seri seorang putera dan dua puteri. Pastinya Najihah dan Wafa' teruja dan gembira untuk mencium adiknya nanti.

Tahniah buat abang iparku, ustaz Lutpi Ibrahim atas kurniaan besar ini. Walaupun sibuk dengan urusan tugasnya, baru sahaja kembali dari Manek Urai... saat yang manis ini pastinya dinanti-nantikan.


Bergambar bersama Kandaku, Ustaz Lutpi, Angah, Najihah dan Wafa' serta ummi tercinta

Tahniah juga buat sahabat saya Zukhairi di Puncak Alam. Kini sedang bercuti dek kerana penangan serangan H1N1 di sekolahnya. Baru sahaja sekolah di buka, beliau sambung bercuti lagi. Tahniah kerana dikurniakan seorang lagi mujahid. Semoga ibu (Umi) dan anaknya sihat.

InsyaAllah, ada masa kami datang melawat!

Teruja juga membaca entri di blog saifulislam. Mabruk juga buat Ustaz Hasrizal dan Ummu Saif atas kehadiran Muizzuddin. Teringat kisah menyambut kelahiran Muazz, Hajar dan Asma' bila membaca entri tersebut. Mabruk ya ustaz!

Kini menanti saat manis buat Hisham dan Najibah pula... pastinya mendebarkan, kan?

Semoga Allah permudahkannya...

Inilah saat manis dan gembira bila menerima amanah yang cukup besar dari ALLAH. Semoga kita mampu melatih dan mendidik insan kecil ini dengan terbaik, ke arah menTauhidkan Allah dan mengamalkan suruhanNya, meninggalkan laranganNya... Ameen

Monday, July 13, 2009

Laskar Pelangi: Cerita hebat

Menonton Laskar Pelangi cukup menghiburkan. Menarik jalan ceritanya. Garapan plot yang tidak membosankan.

Terima kasih buat Hisham, kerana sudi mengepos CD Laskar Pelangi kepada saya minggu lepas. Walaupun agak sibuk dengan rutin harian, di samping tugasan di rumah melayan anak-anak, saya cuba meluangkan sedikit masa menonton kisah menarik ini.

Sinopsisnya lebih kurang begini...

SD Muhammadiyyah yang hanya mempunyai 9 orang murid akan ditutup jika gagal menerima seorang lagi murid. Kecekalan Bu Mus dan Pak Harfan memastikan SD Muhammadiyah tetap berdiri megah, begitu hebat!

Haron, seorang murid 'istimewa' telah berjaya menyelamatkan sekolah tersebut daripada dilenyapkan.

Saya suka dan kagum dengan watak Ikal, Lintang dan Mahar. Sepuluh murid yang digelar Laskar Pelangi oleh Bu Mus juga mempunyai kisah dan keistimewaan yang tersendiri. Masing-masing berlatarbelakangkan keluarga susah. Walaupun tanpa sepatu, tetap bersemangat ke sekolah!

Saya paling kagum dengan semangat Lintang. Ayahnya nelayan. Ibu telah tiada. Pesan ayahnya, tidak mahu Lintang mengikut jejaknya, menjadi nelayan!. Keperitan hidup, bukan alasan untuk berjaya. Setiap hari terpaksa melalui belukar yang dihuni Sang Buaya. Wajah Lintang tenang. Lintang cekap mengira. Hanya mencongak! Otaknya bagai kalkulator... pantas mendapat hasil, tatkala teman yang lain masih lagi menghitung menggunakan keratan lidi.

Lintang gagal meneruskan pengajiannya ke peringkat tertinggi hanya kerana ayahnya meninggal dunia, karam dilautan. Lintang akur dengan ketentuan Ilahi. Sedih... hanya sijil kejayaan tergantung didinding rumahnya.



Ada kisah lucu, sedih, dan ceria. Bagi saya, ada pengajarannya. Bukan niat untuk mengagungkan karya luar, namun garapan ceritanya menyentuh jiwa saya. Akhirannya begitu menarik.

Saya bercadang nak pertontonkan Laskar Pelangi ni pada anak murid saya. Sebagai 'modul' motivasi diri. Kemiskinan, bukan alasan untuk kita tidak berjaya. Kesungguhan dan kerajinan, kunci segalanya.

Kepada Hisham dan Najibah kerana sudi berkongsi DVD ni. Semoga dipermudahkan oleh Allah menyambut kelahiran cahaya mata pertama tak lama lagi...

Work Smart

Tengah hari tadi saya mengadap Guru Besar bagi merungkai beberapa masalah yang timbul. Hasrat saya agar perjalanan program j-QAF sentiasa dipantau oleh pentadbir agar dapat dikenalpasti masalah dalaman dan luaran serta diambil segera jalan penyelesaiannya.

Selaku penyelaras, saya bertanggungjawab ke atas apa yang berlaku. Saya perlu sentiasa meng'update' perjalanan program j-QAF di sini. Kekadang kita mungkin alpa dan leka... bertangguh kerja menyebabkan bebanan kerja semakin menimbun.

Saya menyarankan dan meminta semua rakan guru j-QAF saya menyediakan Laporan 6 Bulan Pertama bagi setiap Unit. Setiap unit ada penyelarasnya.

Penyelaras Al-Quran, Penyelaras Tasmik, Penyelaras Pemulihan Jawi, Penyelaras KBS, Penyelaras Bahasa Arab, Inventori, Bahan Bantu, Info, Data Murid dan beberapa unit lagi.

Setiap penyelaras hanya perlu menyatakan perjalanan dan pelaksanaan unit bermula Januari hingga Jun, menerangkan masalah yang wujud serta cadangan penyelesaian, juga perancangan unit untuk Bulan Julai hingga November 2009.

Setiap unit perlu menyerahkan Laporan Unit selewat-lewatnya 1 Ogos 2009 untuk diserahkan kepada pentadbir sekolah.

Tujuan saya agar setiap unit peka dengan peranan dan tanggungjawab masing-masing. Kerja kena 'smart' agar hasilnya juga 'smart'...

Semoga kita lakukan yang terbaik...

Ingat motto kita... "j-QAF Tanpa Gagal"

Sunday, July 12, 2009

Tahun depan... bagaimana?

Sebenarnya, dah rasa penat. Namun gatal pulak tangan ni nak menaip.

Perasaan saya mula bertanya dan tertanya-tanya... hala tuju dan matlamat saya dalam dunia pendidikan ni. Sejak bergelar warga GPI j-QAF, saya rasa masih banyak yang belum saya lakukan. Usia kian menganjak. Tahun ni, dah masuk tahun ke 5 saya bermukim di sini.

Bertemankan sahabat-sabahat yang begitu sempurna. Walaupun makin ramai yang telah meninggalkan daerah ini, namun masih ada yang setia menanti. Saya? Mungkinkah akan kekal atau cuba merantau mencari angin di tempat lain? Fikirlah sendiri. Sendiri mau ingat...

Sejak bertemu sahabat-2 di PPD dua minggu lepas, dapat juga perkhabaran orang-2 kuat Klang dah tukar daerah lain. Apa nak buat, masing2 ada alasan tersendiri.

Bila duduk semeja, banyak perkara yang dibincang. Masa itulah, semua timbul. Idea tercetus. Cuba dikembangkan agar dapat dilaksanakan. Kekangan tugas, itu lumrah! Semua orang merasai 'nikmatnya'... Siapa cepat, dia ke hadapan... Siapa lambat, dia ketinggalan!

Cuma tinggal setahun lebih sahaja lagi program j-QAF akan dinilai, sama ada berjaya atau sebaliknya. Persoalan yang mungkin timbul:

  • Masih adakah murid yang belum celik JAWI?
  • Masih adakah murid yang belum boleh dirikan SOLAT dengan baik?
  • Masih adakah murid yang masih belum mengenal dan membaca Iqra'?
  • Berapa ramai murid yang telah mampu membaca Al-Quran dengan baik?
  • Berapa ramai murid yang telah khatam Al-Quran?
Persoalan ini mungkin berlegar-legar. Terawang-awang bagi yang tiada perancangan, atau juga perancangan yang tiada pelaksanaan. Atau mungkin juga pelaksanaan tanpa perancangan yang teliti! Buatlah hipotesis sendiri...

Teringat pula teguran daripada GB semasa mesyuarat padi tadi... Kalau kita bertangguh, kerja pasti tak jadi! Jangan disimpan kerja bertimbun, nanti kita sendiri yang merana! Sikit-sikit,.. lama-lama jadi... (jadi apa???) tak jadi kerja la jawabnya...

Ramai mata menumpu. Banyak mulut bercakap. Hanya telinga kami yang mendengar. Tak mengapa, kita dengar... kita buat. Kalau takde orang cakap, takde orang tengok, takde orang menyibuk, maknanya... kita ni tak dipedulikan.

Apa yang perlu kita buat... DO THE BEST! Bukannya sekadar nak mengejar title, tapi menggondol kepuasan! Ya... kepuasan yang tidak mampu dibeli di JUSCO atau MYdeen... Biarkan orang memerhatikan kita, asalkan kita buat apa yang sepatutnya!

Tak mungkin saya mampu lakukan sendiri di sini tanpa komitmen dan bantu tangan serta kaki daripada rakan seperjuangan. Mustahil!

Murid j-QAF sudah mencecah 1,031 +-. Buku Rekod Bacaan Al-Quran WAJIB di isi. Tidak sempat, bukanlah alasan lagi. Bukan hanya di isi waktu untuk pemantauan, atau semasa Hari Terbuka kian tiba. Itu bukti kita buat kerja... sebab itu kerja kita.

Bagaimana pula dengan rekod-rekod yang lain? PKSR Bahasa Arab, Rekod Pemulihan Jawi, Laporan KBS? Rekod Tasmik? Adakah terisi dengan baik dan kemas? Bimbang... risau... mula meruntun jiwa... InsyaAllah, kita buat elok-elok ya...

Moga-moga kecerian Bilik j-QAF (Baitul Hikmah) yang sama-sama saya dan rakan-rakan lain usahakan tengah hari tadi akan menjadi peransang dan momentum kepada kami untuk melakukan 'sesuatu' agar tugas kami ini akan dipandang mulia dan tinggi... bukan untuk dihargai.

Tahun 2009 hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi. Kini sudah masuk fasa kedua, Enam Bulan Kedua. Masa kian suntuk!

Kesibukan dan kekerapan keluar dari sekolah, menggalas tugas dan tanggungjawab PPD mahupun JPS sesekali menggugat kesabaran. Tugasan di sekolah takut terabai. Sekolah ini perlu diutamakan juga. Kerap keluar, pasti mengganggu tumpuan saya di sini.

Hanya kerja yang tersusun dan berperancangan akan mengelakkan semua itu terjadi. InsyaAllah... semoga Allah membantu saya dan rakan-rakan di sini...

Sama-sama koreksi dan muhasabah diri... Tahun depan, 2010 ... bagaimana hasilnya???

Saturday, July 11, 2009

Tawaran Kerja Baru... ya, saya terima!!!

Salam...

Pagi tadi hadir mesyuarat guru kali ketiga. Banyak yang dibentangkan. Mula-mula melangkah masuk ke Makmal Komputer, agak pesimis... luntur semangat. Sehingga ditegur seorang rakan ketika duduk di kantin...

"Jauhnya termenung... pergi la sarapan dulu..."

Langkahnya bukan seperti dulu, sewaktu mula-mula bergelar pendidik...

Mesyuarat sebagai medan untuk cambahkan idea, bukannya tempat maki hamun, sumpah seranah! Bentak seorang rakan.

Ya, memang betul.

Dengar je ada mesyuarat... pasti macam-macam yang dirasa. Jadi sesi taklimat je. One-man show.

Namun, keluar dari mesyuarat tadi, perasaan tu hilang. Tak banyak kena 'tengking', cuma nasihat dan teguran. Sesekali terkena batang hidung. Alhamdulillah... yang kurang akan ditambah, yang silap akan diperbetulkan.

Dalam mesyuarat tadi, dapat tugas baru. Tugas yang baru diwujudkan. Jadi Ketua Pengarang merangkap Editor dan Penerbit buletin sekolah. Sebenarnya saya dah terbitkan buletin sekolah pada Tahun 2006 dan 2007. Mulanya hanya sekadar suka-suka. Tak sangka ada yang suka pulak...

Namun tahun lepas tiada sebarang arahan dikeluarkan. Jadi saya pun, diam diri je lah!!!

Pagi tadi, saya dilantik secara rasmi mengetuai Unit Dokumentasi sekolah. Saya dibantu oleh 3 orang 'wartawan' dan seorang yang bertugas bahagian edaran, cetakan dan pemasaran. Kalau sesiapa yang ingin menolak tawaran, sila buat surat rasmi penolakan...pesan GB.

Saya terima dengan hati yang redha. Tak guna melawan. Kerana minat, saya terima. Saya minat menulis, minat reka design (walau tak cantik manapun) dan minat berkhayal. Pentadbir kata, sejak buletin yang saya garap tahun 2006 diterbitkan, PIBG menanti-nanti keluaran seterusnya... ye ker?

Apa yang saya lihat depan mata saya sendiri, banyak helaian buletin yang bertaburan dalam kelas, mungkin tidak sampai ke tangan ibu bapa. Ada yang berkesudahan menjadi jet pejuang di dalam medan kelas. Sedih juga.

Saya tidak tidur malam menyiapkannya dahulu. Sebab saya di'kejar' dan di'buru' untuk segera menyiapkannya. Diburu 'dateline' dan dikejar GB! Tapi bila dah siap dicetak... lain pulak jadinya.

Sudahnya, saya minta agar GB pastikan keluaran Jun/2009 akan datang... tidak disia-siakan. Walaupun edarannya PERCUMA atau MAJJAANAN... namun, itu juga perlu dihargai. Kerana ada mutiara ilmu yang turut disisipkan.

Maka, bermula la tugas baru saya sebagai Ketua Pengarang... nantikan Buletin Edisi Khas 2009.


Sunday, July 05, 2009

Mandi Hadas...

Salam...

"Kalau kita nak ajar bab fiqh ni, jangan malu-malu... kita perlu cerita semuanya agar semua yang mendengar akan paham dan jelas... kalau kita sorok-sorok, atau malu-malu nak bagitau... mungkin lain akan jadinya..." nasihat seorang Ustaz suatu masa dulu.

Memang betul. Bila kita nak ajar bab fiqh, terutama Bab Mandi Hadas, akan terbit perasaan malu atau sukar nak cerita pada anak-anak kecil. Apatahlagi di hadapan murid berumur 9 tahun.

Bab Mandi Hadas merupakan tajuk Ibadah tahun 3. Nak tak nak, kita kena ajar. Beritahu apa yang sebetulnya.

Bila nak sentuh tentang sebab mandi hadas, iaitu Haid, Nifas, Wiladah, keluar air mani, bersetubuh dan mati... ada dikalangan Ustazah yang agak segan nak cerita. Murid-murid pun malu-malu nak dengar.

Saya masuk berdua, dengan ustazah... bila nak terangkan bab Haid, Nifas dan Wiladah... ustazah tu terangkan dulu... tapi bila sampai bab keluar air mani, bersetubuh dan mati kecuali shahid, ustazah tu pass kat saya...

"Ustaz sambung yer..." sambil mula bergerak ke belakang kelas, memantau murid.

Niat kita, untuk murid jelas dan faham. Mana yang baik dan mana yang tidak. Bagaimana untuk menjaga kebersihan diri, kesucian hati dan kehormatan maruah diri.

Bila ditanya apa beza air mani dengan air kencing...

Ada yang menjawab (tanpa diaju kepadanya)...

"Warna putih, lekit-lekit... tak cair, kan ustaz?" jawabnya penuh berkeyakinan.

"Macamana awak tahu?" saya cuba bertanya.

"Ada abang, kawan saya la... dia yang bagitau," tersipu-sipu.

Respon murid tadi menunjukkan (pada hemat saya), budak sekarang semakin terdedah dengan soal-soal 18SX nih. Mereka lebih arif dari kita, mungkin. Berbunga rasa bimbang kalau-kalau pendedahan awal ini akan memudaratkan diri mereka, Na'uzubillahi Min Zaalik

Penerangan guru perlu berhemah dan berhikmah. Agar perbincangan tidak menjurus kepada perkara yang tidak sepatutnya.

Belajar Fiqh ni memang menyeronokkan.

Teringat dulu, semasa di Form 3, bila belajar Bab 'Mandi Wajib' ni... mula la kawan-kawan yang agak nakal ni nyakat ustazah yang mengajar. Ustazah H masa tu masih bujang, jadi bila terangkan bab bersetubuh... naik merah muka dia. Apatahlagi bila 'diserang hendap' dengan soalan-soalan yang bertubi-tubi daripada kami...

Oleh sebab dalam kitab tu terlalu detail... so, nak tak nak ustazah H kena jelaskan juga walaupun saya tahu, dia tak nak cerita.

Last-last... hari tu, dia keluar kelas sebelum waktu tamat. Tak tahan dengan soalan-soalan pelik. Kesian dia. Hampir seminggu tak masuk kelas. Malu, geram dan malas nak layan. Memang classmate saya masa tu agak nakal sikit...

Bila masuk Cikgu F, (perempuan gak) yang mengajar Sains... ajar pulak Bab Pembiakan Manusia. Tajuk favourite la tuh. Study maut lagi bab tuh. Bila ditayangkan carta tubuh dan organ pembiakan, maka bermula lah cerita yang lain...

Ada yang tergelak-gelak, malu-malu dan yang nakal... apa lagi, mula dengan pertanyaan dan teori yang macam-macam yang akhirnya, carta diturunkan, Cikgu F terus skip tajuk tu... kami belajar Bab Pembiakan Tumbuhan dan Haiwan je... padan muka kami...

Pada saya... antara guru lelaki dan perempuan, guru lelaki lebih terbuka dan berkeyakinan. Tetapi kalau kena dengan cara lawaknya, satu kelas pasti akan gamat.

Tapi, susah sebenarnya nak terangkan hal ini kepada murid kecil ini. Namun, nak ke tak nak... kena terangkan juga. Itu tugas kita...

Jadi, terangkan dengan penuh hikmah... selamat mengajar
Antara respon murid:

"Tak payah kawin la macam ni... menyusahkan jer"...

Thursday, July 02, 2009

Gerenti Baikk Punyaaa...

Salam...

Alhamdulillah, selesai sudah urusan Data e-Pelaporan j-QAF bulan Jun. Semua data mentah dan PPDJUN sudah diserahkan kepada JU bertanggungjawab. Oleh kerana semua data sudah siap di EKSPORT dan IMPORT, saya membantu rakan-rakan yang memerlukan bantuan.

Ramai yang bermasalah untuk EKSPORT dan IMPORT data, khususnya yang menggunakan Windows Vista, kerana tidak untick Turn On or Off pada User Account.

Saya sempat meneliti beberapa data yang sudah siap di hantar. Ada sesetengah sekolah yang tidak mengisi data Al-Quran dengan tepat. Maksud saya, ada murid yang telah khatam, namun tidak dinyatakan sedemikian. Terutama kohort 2005. Hal ini akan menjejaskan bilangan keseluruahan murid khatam bagi daerah Klang.

Selepas di maklumkan kesannya, data tersebut terus dikemaskini. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.

Saya sempat bertanyakan tarikh Mahrajan a.k.a Ihtifal j-QAF peringkat daerah Klang kepada Pegawai j-QAF, Ustaz Ghazali.

Menurutnya, beliau masih belum menerima sebarang arahan dan juga budget daripada JPS. Jadi, tiada peruntukan yang diberikan. Ihtifal pun tak dapat la nak dijalankan lagi.

Maklumat yang saya terima daripada Pegawai j-QAF Kuala Selangor, Ust Ramli, berkemungkinan Mahrajan Peringkat Negeri Selangor dijadualkan pada 24-25 Julai 2009. Mungkin ada perubahan tarikh la tu, agaknya. Saya pun tak pasti.

Jadi, bersedia je la ye GPI j-QAF Klang... bila tarikhnya, belum pasti! Tunggu je la surat dari PPD. Tapi dah boleh rasanya nak buat teks atau latih 'koho-koho'... Ustaz Zubaidi SK Tmn Klang Utama pun dah siap siaga tuh. Juara menunggu tu... :)

Semasa mesyuarat, saya duduk semeja dengan Aridi, Harith dan Razaman. Sambil-sambil siapkan data, kami bersembang hilangkan tekanan. Huhu...

Tekanan???

Kesian Harith, ada data yang kosong! Masih belum terisi... katanya, itu data yang sepatutnya diisi oleh guru yang dipertanggungjawabkan. Alih-alih bagi data yang belum terusik. Siapa tak mengamuk, ye tak? Dah la hari ni semua data perlu diserahkan... hal ni tak sepatutnya terjadi. Kalau sama-sama ambil tanggungjawab dan peranan masing-masing. Jadilah seperti WonderPets...

Semasa makan pagi, sempat berbual dengan rakan-rakan yang lama tak ketemu. Antaranya Ustazah Z. Katanya dah hampir 2 bulan bercuti separuh gaji kerana menjaga anak yang sakit. Jangkitan paru-paru. 2 bulan di PPUM. Rutinnya, ulang alik dari sekolah ke hospital. Walaupun kesibukan itu, sempat lagi menyiapkan data.

"Ceria je dia kan, walaupun anak tengah sakit, happy jer..." saya bersuara pada Ustaz S.

"Nampak je ceria tu... Luar kita nampak ceria, tapi kat dalam hati... siapa yang tahu, ye tak?," balas Ustaz S.

Semoga anaknya cepat sembuh, InsyaAllah.

Kisah Ustazah Z tadi, lebih kurang macam cerita di bawah ni...


Usai dari mesyuarat, saya terus pulang ke rumah. Singgah di tepi jalan, untuk membeli buah durian. Teringin la pulak nak makan.

"Yang ni baka baik bang... Gerenti baik punya, manis, lemak... D24. Durian kahwin, gerenti baik punya... jangan risau la..." cerita abang durian.

"Ye ke baik? Mana tahu? Isi kat dalam, siapa yang tahu?" tanya saya sambil mencium buah durian D24 tu.

"Gerenti baik punya... Betul..." sampuk seorang lagi abang durian.

"Ye lah tu..."

Akhirnya saya beli 2 biji durian D24 dan sebiji durian kampung...

Sampai je di rumah, saya kopek durian tadi. Saya tersenyum... ada isi yang keras, orang kelate panggil "durian keghe". Dalam sebiji buah D24 tadi, hanya beberapa ulas je yang elok. Yang lain keras...

"Tu la... lain kali jangan cakap besar, kita tahu kat luar je elok, isi kat dalam siapa yang tahu?," saya merungut sendiri.

Apa salahnya kata, "InsyaAllah..."


Kenangan sewaktu zaman remaja di rumah sewa bersama Azral dan Apit
Dua biji, RM25... pergh..
.


Krie tersenyum mengopek durian, kami share duit.
Saya ngan Krie, RM10 sorang, Apit dan Azral share RM2.50 sorang...
Cukup la RM25... best kan?



Moralnya: Don't judge the Durian by it's skin and smell... Kulit yang keras dan cantik, dan bau yang harum dan manis belum tentu mempunyai isi yang lemak dan manis... So, berhati-hati lah... nak makan sedap, makan je kat kedai tepi jalan tu jer. Isi tak bagus boleh tukar lain, tak gitu? Hehehe


P/s: Pagi tadi, ada khabar gumbira daripada adik saya dari Johor Bharu. Katanya keputusan imtihan KPLI j-QAF Ambilan 2008 dah kuar. Alhamdulillah, najah dengan Cemerlang. Masa praktikum pun dapat rentasan cemerlang... Tahniah Dik Ha. Sekarang masih di IPTI, JB mengikuti KISSM. Bertugas di SK Taman Cempaka, JB. Semoga cemerlang juga la dalam exam KISSM nanti yer. Cemerlang juga dalam syakhsiyah dan peribadi seorang muslimah dan ustazah, moga dicontohi dan diteladani. Mabruk!!!


Popular Posts