Thursday, October 29, 2009

Kita di mana???

Source: allgreenislamic.blopspot.com

Salam...

Saya tertarik apabila menjengah sebentar ke laman Ustaz Nazri Chik sebentar tadi...

Menarik cerita yang diketengahkan... moga ia menjadi teladan dan pedoman biat kita semua.

Source: www.allgreenislamic.blopspot.com

Saya mendapat kisah berikut daripada email teman-teman di ikram. Amat baik untuk diteladani.

KISAH 1

Ketika belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia , Salleh (bukan nama sebenar) telah bertemu jodoh dengan isterinya Siti Rahmah (bukan nama sebenar). Salleh mengambil jurusan kejuruteraan manakala Siti Rahmah Mengambil bidang perakaunan. Sekarang mereka telah 15 tahun berkahwin Dan Dikurniakan Allah dengan 7 orang anak. Beberapa bulan yang lepas saya Berkunjung ke rumah Salleh di Kajang. Kebetulan pada pagi Ahad itu selepas Solat Subuh di Masjid Kajang saya bertemu dengan Salleh. Dia terus mengajak Saya ke rumahnya. Dia menyewa rumah teres setingkat tidak jauh dengan Masjid.

Saya mengenalinya sejak hampir 10 tahun yang lalu. Pagi itu tidak sedar Kami telah berbual-bual hampir lima jam. Saya ingin berkongsi tentang Keluarga Salleh ini yang pada saya satu contoh keluarga yang mendapat keberkatan Allah.

1. Salleh bekerja makan gaji Dan pendapatan bersihnya sebulan kurang dari RM3000.
2. Isterinya adalah anak sulung, walaupun berkelulusan ijazah namun menjadi Suri rumah sepenuh masa atas kehendak Salleh. Sebagai penghargaan kerana Isterinya sanggup tidak bekerja, Salleh memberikan RM300 sebulan kepada Ibu-bapa mertuanya setiap bulan.
3. Di samping itu Salleh juga memberi kepada ibunya di kampung RM200 Sebulan. Bapa Salleh telah meninggal dunia.
4. Dia memiliki Toyota Unser dengan ansuran RM500 sebulan
5. Dia membayar rumah sewa RM400 sebulan.
6. Di rumahnya serba lengkap dengan perabot (TV, Peti Sejuk, Mesin Basuh, Set Sofa) serta teratur Dan kemas
7. Pelik tetapi benar, bil elektrik di rumahnya kurang dari RM20 sebulan. Sedangkan jirannya tidak pernah kurang dari RM60. TNB dah buat pemeriksaan Bahawa meter di rumahnya tidak rosak. Begitu juga dengan bil air kurang Dari RM10 sebulan..
8. Empat orang anaknya dihantar ke sekolah agama integrasi.
9. Bayangkan dia boleh hidup dengan Selesa walaupun gajinya kecil jika di Nisbahkan dengan keluarganya yang agak besar.

Sejak berkawan dengannya Ada beberapa perkara yang saya lihat jadi amalan Dia yang patut di contohi;

1. Solat Duha menjadi amalan hariannya walaupun ketika pergi outstation
2. Solat Istikharah menjadi suatu amalan walaupun nak membeli benda yang Kecil seperti nak membeli mesin basuh.
3. Sering membaca Surah Al-Waqiah
4. Tidak terlibat langsung dengan sistem Riba . Dia menggunakan Kredit Kad Bank Islam.. Pinjaman kereta pun menggunakan sistem pinjaman Islam.
5. Buat baik kepada Ibu bapa Dan Ibu Bapa mertuanya …
6. Suka menolong orang Dan memberi derma
7. Semua anak-anaknya mempunyai akhlak yang baik Dan jarang kena sebarang Penyakit.
8. Dia dah empat tahun menggunakan Toyota Unser, sekali pun tidak pernah Rosak atau menyusahkan nya.
9. Segala masalah yang dihadapi dapat diselesaikan dengan mudah Dan cepat.

KISAH 2

Ketika saya bujang dahulu saya sering menziarahi kawan saya, Norizam (bukan Nama sebenar) yang tinggal di Masai Johor. Pada Hari Ahad itu saya sampai Di rumah Norizam selepas waktu Asar. Norizam memperkenalkan Abang dia, Rashid (bukan nama sebenar) yang baru sampai dari Kuala Lumpur . Rashid Berkunjung ke rumah Norizam kerana untuk menghadiri temuduga pada pagi Isnin di Johor Baru.

Kawan saya Norizam ini, dalam beberapa hal dia tidak berpuas hati dengan Abangnya. Kadang kala saya tidak suka mendengar dia merungut tentang Abangnya. Petang itu Norizam merungut lagi iaitu abangnya datang untuk Temuduga kerja sebagai Pengurus Besar (General Manager). Gaji Rashid Sekarang ialah RM10,000 sebulan. Katanya tidak mencukupi. Dia akan minta gaji sebanyak RM14,000 sebulan untuk tempat baru ini.

Saya pun berasa hairan gaji RM10,000 sebulan tidak mencukupi sedangkan Hanya mempunyai dua orang anak sahaja. Beberapa tahun kemudian baru saya Tahu kenapa gaji abangnya RM10,000 tidak mencukupi.. Ini Ada kaitan dengan Tiada keberkatan hidup.

Perkara-perkara yang pada pandangan saya menyebabkan Rashid jadi susah ialah seperti berikut;

1. Banyak sangat terlibat dengan sistem Riba . Pinjaman Kereta, Kad Kredit, Pinjaman Rumah, Akaun Simpanan semuanya Sistem Konvensional (Riba)
2. Menggunakan banyak kad kredit konvensional kemudian bayar pokok sahaja. Bermakna memakan riba yang berterusan.
3. Sering bertukar kereta sebab kereta selalu bermasalah walaupun kereta baru (Masalah kena curi Dan kemalangan jalan raya)
4. Sering bertengkar dengan isteri.
5. Isteri sering masuk hospital kerana penyakit misteri.
6. Anak perempuan sulungnya yang di tingkatan tiga kena tangkap basah.
7. Suka menengking jika Ada orang mintak derma.
8. Soal sembahyang lima waktu dipandang sebelah Mata sahaja.

Kedua-dua kisah ini adalah sesuatu yang lumrah berlaku di sekeliling Kita. Kadang kala Kita tidak sedar langsung atau tidak menghiraukan langsung Untuk mencari keberkatan hidup.

KISAH 3

Saya hanya nak sampaikan sebuah cerita yang saya dapat, yang membuatkan hati saya amat tersentuh. Cerita ini saya dapati selepas menghadiri sebuah usrah umum di tempat saya baru-baru ini. Ustazah yang menceritakan ini sekarang mengajar di KISAS.

Ceritanya begini…

Suatu hari, seorang ustazah travel, Dia singgah di rumah seorang sahabatnya yang mana pasangan suami isteri Tersebut adalah guru biasa. Sisuami seorang guru penolong kanan. Beliau tiba di rumah sahabatnya ini sekitar tengahari tapi belum zohor. Kedua-dua suami isteri ini masih di sekolah. Walau bagaimanapun beberapa orang dari 8 orang anak mereka yang ke semuanya lelaki yang mana yang paling tua dalam tingkatan satu & yang paling muda masih bayi sudah pun pulang dari sekolah. Waktu zohor masuk, abang yang tua mengajak semua adik-adiknya yang baru pulang untuk solat berjemaah dengan dia sendiri sebagai imam.

Sewaktu dalam rakaat kedua, salah seorang adiknya yang berumur lingkungan 8 tahun pulang. Tanpa bertangguh tatkala melihat jemaah yang sedang solat, dia mengambil wudhu’ dan solat bersama jemaah, ia ikut ruku’ apabila imam ruku’. Dia ikut sujud apabila imam sujud. Dan selesai imam memberi salam,dia bangun menyelesaikan satu rakaat solatnya yang tertinggal. Subhanallah. .. adik yang berumur 8 tahun ini sudah pandai masbuk… ustazah yang melihat terkejut dan kami yang mendengar mengucap memuji ALLAH. Bayangkan betapa taatnya anak-anak yang masih kecil ini menunaikan perintah ALLAH tanpa pengawasan kedua orang tua mereka atau mana-mana orang dewasa dan tanpa disuruh-suruh. Cerita tak berakhir di situ.

Ustazah bermalam di rumah sahabatnya itu. Apabila subuh, ustazah menyangka dialah yang paling awal bangun kerana dia bangun selesai sahaja azan subuh berkumandang kalau saya tak lupa. Takjubnya dia apabila ke bilik air dilihatnya anak-anak kecil sedang sibuk ambil wudhu’. Bayangkan 7 orang budak lelaki dengan yang paling tua berumur 13 tahun dan yang ke tujuh ntah berapa tahun sibuk mengambil wudhu’ di bilik air di waktu subuh paling awal. Si ayah menunggu anak-anaknya di tikar sembahyang dengan sabar sambil berzikir.

Mereka solat jemaah sekeluarga (termasuk ustazah). Sewaktu hendak mula solat,si ibu meletakkan anak bongsunya yang masih bayi (yang sedang jaga) di sisinya. Ajaibnya anak ini tidak menangis mengganggu jemaah sepanjang mereka solat. Dan sekali lagi cerita tak berakhir di situ.

Ustazah tersebut ingatkan hendak sambung tidur kerana penat travel semalamnya tak surut lagi. Alangkah terkejutnya dia apabila hendak melipat sejadah, si ayah berpusing menghadap jemaah sambil berkata, “Anak-anak.. . hari ni ayah nak beri kuliah mengenai solat dan puasa… “. Dan 8 orang anak termasuk si ibu dengan tekun mendengar kuliah subuh yang disampaikan.

Subhanallah. … bila ditanya kepada si ibu mengapa didikan sedemikian diberi kepada anak-anaknya? Dia menjawab bahawa itu persediaan dia dan suaminya sebelum mati. Mereka berharap agar anak-anak lelakinya yang 8 orang itu dapat membacakan sekurang-kurangnya fatihah untuk mereka jika ditakdirkan mereka pergi dulu.. Lagipun anak-anak mereka semuanya lelaki… Pasangan suami isteri ini tak sanggup melihat anak-anak mereka terabai tanpa pedoman… cuba kita tanya diri kita sendiri…

* Berapa ramai keluarga Islam hari ini yang dapat mengamalkan solat jemaah dalam keluarga ???
* berapa ramai anak-anak Islam berumur 8 tahun yang pandai solat masbuk???
* Berapa ramai anak-anak berumur 13 tahun yang pandai mengimami solat memimpin adik-adik mereka ???
* Berapa ramai ibubapa yang berjaya mendidik anak-anak mereka sedemikian rupa yang taat melaksanakan perintah ALLAH tanpa suruhan dan pengawasan mereka yang lebih dewasa ???

Subhanallah. .. Alhamdulillah. .. moga apa yang saya sampaikan ini menjadi pedoman dan iktibar buat kita semua…

  • Berapa ramai keluarga Islam hari ini yang dapat mengamalkan solat jemaah dalam keluarga ???
  • berapa ramai anak-anak Islam berumur 8 tahun yang pandai solat masbuk???
  • Berapa ramai anak-anak berumur 13 tahun yang pandai mengimami solat memimpin adik-adik mereka ???
  • Berapa ramai ibubapa yang berjaya mendidik anak-anak mereka sedemikian rupa yang taat melaksanakan perintah ALLAH tanpa suruhan dan pengawasan mereka yang lebih dewasa ???

Subhanallah. .. Alhamdulillah. .. moga apa yang saya sampaikan ini menjadi pedoman dan iktibar buat kita semua…

Wednesday, October 28, 2009

Guru j-QAF Kohort 2005, kekal di SK

Salam...

Sejak kebelakangan ni, agak sibuk dan masa terbatas untuk kemaskini blog. Hanya sempat membaca entry pada blogger aktif melalui kaedah lompat lompat...

Cuma hari ni, mungkin persoalan yang bermain dibenak guru-guru j-QAF terjawab apabila Ustaz Zubaidi menyatakan, Guru j-QAF Kohort 2005 Kekal di SK.

Beliau dan beberapa JU Selangor terlibat dengan Mesyuarat Pemurnian Bahan2 Pelaksanaan jQAF Sekolah Menengah di Hotel Empress, Sepang. Butiran lanjut, boleh la menjengah ke blog beliau.

Dengan berita itu juga, secara rasminya saya memberhentikan poll berkaitan isu yang tersebut. Namun, terima kasih saya ucapkan kepada pengunjung yang sudi membuat undian... walaupun hasilnya tak seperti yang kita semua jangkakan...

Namun, berdasarkan undian, jelas menunjukkan 48% daripada 82 pengunjung masih berminat untuk kekal di SK berbanding 25 orang yang ingin ke SM jika ditawarkan.

Apa jua keputusan pihak KPM berkaitan isu ini, apa yang diharapkan agar murid yang sama2 mengikuti program j-QAF akan mampu membuat kita tersenyum dengan pelbagai kebolehan dan kemahiran khususnya dalam bidang Al-Quran dan Bahasa Arab, selain mampu mendirikan solat dengan baik, walau di mana mereka berada...

Kepada GPI di SM sekarang, tahniah kerana akan dinaikkan ke Gred DG44. Sama-sama kita laksanakan tugas dan tanggungjawab ini sebaiknya...

Saya masih menanti entry daripada Ustaz Zubaidi... yang meninggalkan seribu persoalan dan tanda tanya... jawab cepat yer... tak lalu nak makan pulak nanti. :)

Monday, October 19, 2009

Hari ini, 19 Oktober...

Salam...

Hari ni, 19 Oktober... hadir juga. Maka bertambahlah usia. Menjengah juga ke angka 30. Siapa sangka, siapa menduga... itulah kehidupan. Antara sedar atau dibuai lena...

Hari ini, banyak ucapan... kiriman SMS dan emel, mesej via FaceBook pun ada... terima kasih atas ingatan sahabat semua...

Seawal jam 3.50 pagi, kiriman SMS dari adik bongsu di Mesir... disusuli kiriman SMS dari Along dari Bangi, kemudian adik Ha dari Johor.

Awal pagi nak ke PPD Petaling Perdana, ucapan istimewa dari isteri tercinta... terima kasih, zaujati...

Paling istimewa, panggilan dari Ummi tersayang... 30 minit sebelum saya membentangkan slot. Ucapan selamat hari lahir dan doa dari ummi... amat saya hargai... terima kasih ummi.

Ucapan daripada sahabat dan kenalan sama ada melalui FB dan emel, juga saya hargai... terima kasih.

Hari ini, di Petaling Perdana, selama dua hari. Kemudian hari ni dimaklumkan oleh KJU (Ketua Jurulatih Utama), saya diminta ke PPD Hulu Langat. Maknanya, tambah 2 hari lagi. Kursus Pemantapan Guru j-QAF Ambilan 2008.

Masih ada 2 pakej. Jadual Peperiksaan Akhir Tahun sudah siap diriso, tapi belum diedarkan. Bermula 29 Oktober hingga 3 November 2009. Saya perlu menghabiskan sukatan, khususnya dalam subjek Bahasa Arab, Tahun 3. InsyaAllah... mudah-mudahan Allah permudahkan.

Saturday, October 10, 2009

Zoom A... Apa yang menarik?

Salam...

LADAP hari ni, bercerita tentang penggunaan Zoom A, berkaitan pembelajaran interaktif. Bagus. Program yang menarik. Antara subjek yang disediakan BM, BI, Sains dan Maths. Rasanya guru matapelajaran tersebut, tersenyum... dapat program baik punye, boleh digunakan sebagai bahan bantu dalam p n p.

Saya... dan guru2 Pendidikan Islam... tersenyum juga, tapi agak tawar. Harap2nya, lepas ni ada la software yang menarik dan bagus macam ni untuk kami pula.

Kepada yang berminat untuk mengetahui apa yang ada... rajin2 la ke web Zoom A...

Selamat menjelajah ke alam pembelajaran interaktif...

Friday, October 09, 2009

Kita 1 Keluarga...

Salam...

Saya menukar mode seketika- daripada serius kepada santai.

Entah kenapa, beberapa hari ini saya banyak menyendiri. Banyak berfikir. Hal sendiri, peribadi, keluarga, anak-anak, ummi, sekolah dan sebagainya.

Cara saya, sukar untuk bercerita. Hanya memendam. Ironinya, saya suka mendengar masalah orang. Dan cuba meleraikan simpulan yang membelenggu.

Semoga perasaan kacau ini beransur pergi. Bukan kerana penat bersama rakan lain menguruskan kursus, bukan juga penat melayan karenah anak-anak. Mungkin itu lumrah hidup. Saya perlu muhabasah diri... agar diri ini lebih dan makin dekat dengan Pencipta.

Hanya itu rasanya kunci untuk meleraikan kekusutan...

...

TAHNIAH DIK HA

Saya dan adik saya (dik ha) antara yang pintar semasa zaman sekolah. Namun saya lebih daripadanya, itu akur ummi.

Kami sering berlumba, agar jadi yang terbaik. Bukan untuk berbangga, namun agar kejayaan itu kan membuat ummi dan abah tersenyum puas dan bangga.

Semalam, saya dapat kiriman SMS. Kata dik ha, dia dah terpilih sebagai Pelatih Cemerlang untuk Kursus KPLI SR j-QAF di Institut Perguruan Temenggong Ibrahim, Johor Bharu. Bukan 1 anugerah, tapi 2 anugerah... tahniah. Ateh tumpang bangga dan gembira. Yang pasti katanya, Anugerah Praktikum Cemerlang sudah dalam tangan... satu lagi? Belum pasti...

Nampaknya Ha dah buktikan, Ha juga mampu buat yang terbaik. Nampaknya juga, kali ni Ateh tewas dengan Ha. Ha dah sungguh-sungguh nak beat Ateh. Alhamdulillah, kejayaan milik Ha juga. Syabas...

Moga kejayaan Ha tu, akan jadi pembakar semangat untuk menjadi pendidik yang baik. Menjadi model dan contoh untuk diteladani. Akhlak dan sahsiyah juga... Bukankah itu yang selalu Ateh bagitau?

InsyaAllah, jika ada kelapangan waktu, akan kami semua iringi kejayaan Ha sewaktu konvokesyen nanti, yang bakal tersenyum puas, pasti Ummi!

Semoga Ha kan terus cemerlang... Tahniah sekali lagi dari Ateh. Jaga diri, kerana dirimu bakal menjadi milik seseorang, yang Ha pilih sendiri. Bukan kami yang tentukan. Jadi, semoga hubungan itu tidak disulami bunga fitnah dan umpat.

Buat adik di Mansourah, Mesir... kami paham, adik dah makin rindu untuk pulang. Apatahlagi majlis bahagia Kak Ha dan Achik bakal berlangsung tahun hadapan. Mungkin adik tidak mahu melepaskan peluang manis itu, bukan?

InsyaAllah, jika ada rezeki dan kelapangan kewangan, kami akan uruskan. InsyaAllah... ummi pasti gembira.

Semalam, Angah dan Abe Ngah dah selamat sampai ke rumah Along di Bangi. Ziarah untuk tengok baby baru (Afiq) dan ziarah siyasah ke PD. Ummi tak dapat ikut sama. Walaupun pada awalnya, beria untuk ke sana. Banyak bekal yang ummi sediakan... rendang, ketupat dan sebagainya...

Sebabnya jiran kita, yang dah dianggap keluarga sendiri (Pak Cik Sahak) semakin nazak. Kini sedang dirawat di HUSM, wad yang sama dengan arwah abah dulu. Khas untuk pesakit kritikal.

Ummi dah bersiap segala. Untuk menemui cucu yang belum ditemu. Namun apakan daya... ummi tak sanggup meninggalkan anak-anak Pak cik Sahak yang sudah dianggap anak sendiri, menanggung sedih sendiri, tanpa ummi disisi. Kata ummi, ummi tak sanggup meninggalkan Pak Cik Sahak bersama anak-anak yang sudah mula pulang ke sini, dari Perak, Johor semata-mata untuk menemani ayah yang semakin tenat...

Biarlah... masih ada masa untuk ummi ke Bangi, ke rumah Along... InsyaAllah, jika ada kelapangan, ummi ke sana lagi...

Malam ni, ada BBQ di rumah Along. Mesti idea Abe Ngah nih. Achik yang kebetulan berada di KL menguruskan kerjanya juga, akan ke sana malam nih. Kami juga, insyaAllah... selepas Ateh pulang dari sekolah, terus ke Bangi. Untuk berkumpul adik-beradik... Malam ni juga, terpaksa kembali ke Klang kerana esok akan berLADAP. Tuntutan tugas...

...

Itu lah... suka dan duka, pasti akan menyulami hidup kita... ia kan menjadi hiasan yang baik dan cantik jika kita pandai menyoleknya...

Walaupun apa pun ceritanya... baik dan buruk, susah dan senang... kita 1Keluarga!

Monday, October 05, 2009

j-QAF sedang dikaji???

Salam...

Hari Kedua di Goldcourse, Klang. Dalam dewan Jade Garden, mendengar ceramah motivasi daripada Ustaz Zamri, Penolong Pengarah Bahasa Arab JPS... Pentingnya Bahasa Arab dalam kehidupan kini...

Perlu diberi perhatian...

Perlu ditanam minat mendalam...

Perlu diiringi usaha dan kesungguhan...

Kalau nak HASIL dan NATIJAH yang membanggakan...

Saya turut terkesan... terpaku mendengar ceramah beliau. Sudah masuk 5 tahun murid rintis Program j-QAF mendengar, membaca, menulis dan bertutur dalam Bahasa Arab. Harapan yang digalas, bukan kecil... malah menggunung tinggi.

Persoalan keberkesanan program j-QAF turut diulas dalam akhbar hari ini. Fokus: Kesan Pengajaran j-QAF. Nampaknya, program ini sedang diberi perhatian serius. Bukan sahaja di peringkat JPS, malah KPM dan PM sendiri.

Selain itu, isu j-QAF akan diteruskan ke peringkat menengah turut dibincangkan di dalam akhbar hari ini.

"Jawatankuasa kaji kelemahan Program j-QAF"

Antara yang disebut:

Kita melihat pengisian Kafa mempunyai persamaan dengan j-QAF dan usaha penyelarasan dilihat wajar dilakukan bagi mengelak sebarang pertindihan selain memantapkan kurikulum kedua-dua program,” katanya kepada Berita Harian.

Alimuddin menjelaskan, jawatankuasa terbabit juga akan mencari kaedah bagaimana j-Qaf yang pada masa ini membabitkan murid sekolah rendah dapat dimantapkan selain dilanjutkan sehingga kepada pelajar tingkatan lima.

Katanya, pelaksanaan program j-QAF di peringkat sekolah menengah disifatkan wajar bagi memastikan kesinambungan berterusan dan pengetahuan mantap setiap pelajar dalam pendidikan Islam.

Jadi, moga hasrat dan harapan kita semua yang tergalas, akan terlaksana... InsyaAllah.. walaupun bukan senang, moga suatu hari nanti... akan menyenangkan kita dan mereka... Al-Quran di dalam dada... menjadi teman dalam suka dan duka... penyuluh cahaya dalam kegelapan... suatu hari nanti... ya, suatu hari nanti... Ameen

Friday, October 02, 2009

Pakej Kursus Guru j-QAF Kohort 2008

Salam Murabbi...

Semalam, kami dipanggil untuk bermesyuarat di JPS. Semua 13 orang Jurulatih Utama terlibat bagi menyediakan bahan kursus yang melibatkan bahan pembentangan, hands out serta bahan2 lain yang diperlukan sepangjang kursus. Semua bahan ini adalah keperluan untuk Kursus Pemantapan Guru-guru Pendidikan Islam Program j-QAF Negeri Selangor Ambilan 2008.

Seperti yang saya maklumkan dalam blog sebelum ini, kemungkinan kursus tersebut tidak dapat dijalankan berikutan ketiadaan peruntukan. Namun dalam mesyuarat semalam, kami dimaklumkan bermula 4hb Oktober hingga 4hb November 2009, sebanyak 6 pakej telah diluluskan.

Jadi, nampaknya akan keraplah JU akan keluar, melaksanakan tugas dan amanah!

Bukan setakat kursus pemantapan sahaja, peruntukan untuk pelaksanaan Kem Literasi Al-Quran, Kem Bina Juara dan Kem Bestari Solat Peringkat Daerah juga telah 'turun'. Jadi, para penggerak daerah akan mula dipanggil oleh PPD masing-masing bagi melaksanakan program tersebut, walaupun sesi persekolah cuma berbaki beberapa hari sahaja lagi.

Tidak dicampur dengan aktiviti di sekolah lagi, Hari Anugerah, Sukan, Peperiksaan Akhir Tahun, Hari Kanak-kanak dan sebagainya.

Mahrajan Negeri Selangor juga telah ditetapkan pada 13 dan 14 November 2009. Jadi, kepada sekolah yang masih belum bersedia, mungkin boleh dibuat persediaan sekarang.

Untuk memudahkan sahabat guru j-QAF kohort 2008 yang mungkin akan dipanggil mengikuti kursus tersebut, saya senaraikan pakej yang akan dilaksanakan.

Pakej 1: 4 hingga 6 Oktober 2009 - Hotel Goldcourse, Klang
Pakej 2: 12 dan 13 Okteber 2009 - Dewan PPD Lama, Kuala Selangor
Pakej 3: 14 dan 15 Oktober 2009 - SK Taman Prima, Batu Caves.
Pakej 4: 19 dan 20 Oktober 2009 - PPD Petaling Perdana
Pakej 5: 21 dan 22 Oktober 2009 - Dewan Persidangan Blok E, PPD Hulu Langat
Pakej 6: 4 dan 5 November 2009 - PPD Petaling Perdana

Untuk makluman, hanya peserta yang terpilih mengikuti Pakej 1 sahaja akan bermalam di hotel. Namun, untuk Pakej 2 hingga 6, para peserta tidak akan bermalam. Bermula jam 8.30 pagi sehingga jam 5.00 petang. Hanya makanan disediakan, penginapan di rumah sendiri :)

Walaupun jadual agak padat dan kerap, kami semua (JU) telah dibahagikan tugas agar tidak terlalu kerap meninggalkan sekolah. Itu yang sebaiknya,.. disamping tugasan luar, sekolah sendiri perlu juga diutamakan... :)

Jadual ini, mungkin ada perubahan, tertakhluk kepada keputusan daripada pihak JPS. Ini adalah perancangan yang dimaklumkan kepada kami.

Kepada sahabat JU, mantapkan persediaan kita. Semoga apa yang akan kita sama-sama bentangkan nanti, akan menjadi input yang terbaik untuk semua peserta. Yang penting, ia akan dibawa pulang ke sekolah, dan akan di implimentasikan sebaik mungkin... InsyaAllah...

Kepada yang terpilih, selamat berkursus dan jumpa di sana!!! :)

Popular Posts