Friday, January 15, 2010

Tak perlu bayar bil... :)

Salam...

Hari ni dapat dua bil... bil elektrik dan bil air. Sejak duk rumah baru, kiranya ini bil yang pertama la. Tersenyum bila lihat bil air dari SYABAS dan TNB... Sebelum ni bila dapat bil, dahi berkerut... hari ni boleh senyum dan gelak gumbira lagi...


Penyata bil daripada SYABAS
Klik imej untuk gambaran lebih jelas


Jumlah bil yang dikenakan RM 8.55. Namun ihsan Konsortium Darul Ehsan Berhad (KDEB), bayaran bil tak perlu dijelaskan. Sebabnya, masih dalam 20m3 pertama... Alhamdulillah, syabas kepada SYABAS!!!

Melihat kepada bil elektrik pula, bayaran yang dikenakan adalah RM 19.84. Pun tidak perlu dibayar, kerana tertera dalam bil "DIBIAYAI OLEH KERAJAAN MALAYSIA". Syukur... mungkin sebab bil tak cecah RM20 ke atas... kerajaan yang bayarkan.


Penyata bil daripada TNB
Klik inej untuk gambaran lebih jelas :)

Pertama kali bil tak perlu dibayar... huhu. Mungkin ini bulan pertama la kot. Sebab tak banyak lagi guna masa tu. Tengok la bulan kedua ni camana nanti...

Apa pun, terima kasih kepada KDEB (Kerajaan Selangor) dan kerajaan Malaysia atas keprihatinan anda...


Wednesday, January 13, 2010

Pertama kali di PPD Sepang

Salam...

Tengah hari tadi, sebelum bersiap ke sekolah saya mendapat panggilan telefon daripada GPK Akademik meminta saya hadir ke Mesyuarat Penyelarasan Panitia Bahasa Arab Daerah Sepang. Ustaz Adnan yang sepatutnya pergi, namun terpaksa bergegas ke Hospital Putrajaya kerana ibu mertua yang sakit...

Pertama kali di PPD Sepang membuatkan saya agak kerdil. Belum pernah bermesyuarat bersama teman2 di sini. Masih belum menyesuaikan diri di tempat baru. Namun saya bersyukur kerana bertemu beberapa sahabat yang dikenali yang pernah bermesyuarat di JPS.

Bezanya di sini, bilangan sekolah program j-QAF cuma 22 sekolah, berbanding di Klang hampir mencecah 60+ buah sekolah. Kebetulan pula, PPD Sepang baru sahaja berpindah pejabat. Dahulunya 'menumpang' di SK Taman Seroja, tapi kini telah memiliki bangunan sendiri di Bandar Baru Salak Tinggi, berdekatan SK KLIA.

Saya suka di sini. Tiada istilah kesesakan lalulintas atau 'jammed'. Jalannya lengang... jalan pintas ke KLIA dan Port Dickson, cuma agak bersimpang siur. Pesan seorang guru yang memberi peta lokasi tadi, "...mungkin ustaz akan pening nanti... jalannya berliku-liku..."

Mesyuarat berlangsung hampir 2 jam. Melibatkan guru Bahasa Arab Program j-QAF dan juga Guru Bahasa Arab Sekolah Menengah. Cuma 7 sekolah menengah terlibat di daerah ini.

Antara yang ditaklimatkan:

- Pengurusan fail panitia : perlu sentiasa dikemaskini

- Buku Rekod Pengajaran & Pembelajaran: Perlu dilengkapkan dengan butiran sepatutnya, RPH perlu disediakan setiap hari, impak (refleksi) perlu ditulis selepas p n p dalam bentuk bilangan murid, bukan peratusan... (peringatan yang seringkali disebut pada awal sesi persekolahan; buat ingatan bagi yg terlupa)

- Kajian Tindakan: perlu dilaksanakan berdasarkan keperluan. Sekiranya terdapat murid yang masih lemah dan belum menguasai tahap sepatutnya, program peningkatan perlu dilaksanakan.

- Minggu Bahasa Arab : akan dipantau oleh PPD berdasarkan ZON. Panitia perlu mempelbagaikan aktiviti yang boleh menarik minat murid.

- Program Peningkatan Prestasi : khususnya murid Tahun 6 (murid sulong) yang masih lemah dalam Bahasa Arab. Guru diminta mengenalpasti murid yang mendapat markah di bawah 60, untuk diberikan aktiviti peningkatan dan pemulihan.

Sebelum mesyuarat berakhir, saya diminta untuk memperkenalkan diri, setelah ada yang memaklumkan kepada KU, saya guru baru berpindah... semoga hadirnya saya di sini, akan terus memberi semangat baru dan padu demi melaksanakan tugas dan amanah ini. InsyaAllah...


Monday, January 11, 2010

Jemputan Majlis Kesyukuran

Salam...

Dengan rendah hati, saya mempersilakan sahabat2 semua dan pengunjung blog Kalam Murabbi ke teratak kami, sempena meraikan Majlis Kesyukuran buat adinda saya... Hakimi (Achik) dan Hafizah (Dik Ha) sebagaimana tertera pada kad undangan.

Semoga majlis ini dirahmati Allah hendaknya... Ameen.

(Jemputan rumah saya)
Klik pada imej untuk besarkan saiz



Wednesday, January 06, 2010

2010... segalanya baru

Salam...

Selamat kembali ke sekolah buat semua pendidik. Saya yakin, semua dah bersedia untuk memulakan tugas. Semoga semua usaha tersebut, disusuli kejayaan...InsyaAllah.

Saya kini sudah mula bertugas di sekolah baru. SK Desa Putra. Sungai Merab. Sekolah baru, kawan2 guru baru, murid baru, suasana baru... segalanya baru. Tak ubah seperti mula2 posting 5 tahun yang lalu. Harapnya, semangat pun baru.

Mula rasa rindu pada sekolah lama... huhu, kenangan 5 tahun kat sana. Bukan sedikit pengalaman bersama teman guru yang lain. Alhamdulillah, setakat ni... suasana kerja di tempat baru, amat memuaskan... apatahlagi jarak rumah dan tempat kerja yang dekat... tak memerlukan kereta untuk bergerak... agak tidak membahayakan keselamatan diri di jalan raya.

Semoga semua teman guru yang lain... sentiasa bersemangat untuk mendidik. Buat sekolah kohort 2005, nampaknya... tahun ni penentu kejayaan atau sebaliknya. Tugas berat sebenarnya. Semoga Allah memandu kita, untuk meneruskan usaha murni ini.



Popular Posts