Thursday, June 24, 2010

Rehlah Usrah... Rahmah dan Mahabbah

Alhamdulillah... seminggu berada di kampung. Bersama keluarga tercinta... Cuti yang ada, cuba dimanfaatkan bersama.

Setelah berbincang bersama Abe Ngah, kami bersetuju untuk bermalam di resort. Namun hampa kerana semua resort yang dihubungi... occupied!!! Tempahan telah penuh.

Maka bermulalah perancangan baru seawal pagi nya. Saya ditugaskan membeli 3 ekor ayam beserta bahan2 pemerapan. Kami menuju ke Jeram Pasu, Pasir Puteh... rombongan rehlah ini hanya keluarga saya, ummi, angah dan famili. Ha dan suaminya, Fitri tiba agak lewat kerana bertolak dari Kuala Lipis. Namun masih berpeluang menikmati ayam bakar yang besttt!!! :)

Rehlah ini memang best. InsyaAllah, jika berkelapangan, kami akan berehlah lagi. Mungkin juga bermukahyyam (khemah)... sanggup ka??? Huhuhu... berkhemah bersama anak2 kecil... ;)

Antara yang sempat dirakamkan...

Bersama angah...


Angah dan Ummi...


Ummi, Angah dan Abg Ngah...


Usratiy... enak menjamu selera...


Muazz, Hajar n Asma'... makan dulu, kemudian sambung mandi...


Terpancar kegirangan di wajah Asma'... huhu



Buat Ayah Long dan Ciksue di Mesir, jangan jeles yer... nanti kita pergi lagi... ;)

Saturday, June 12, 2010

Diriku tersentak seketika...

Salam...

Alhamdulillah, semalam jam 5.00 petang selamat sampai di rumah Bonda tercinta. Rindu pada ummi. Rindu pada kampung. Tanpa sedar, hampir 4 bulan tidak pulang. 4 bulan jugalah tidak bertemu mata ummi yang keseorangan... dalam tempuh 4 bulan tersebut, hanya mendengar suaranya, bukan matanya... ;(

Perbualan sekejap bersama ummi dan pakcik Ariffin (jiran) petang semalam begitu menggamit rasa. Terasa insaf mendengar luahan hati, seorang ayah...

Dalam berbicara, pakcik itu terlalu merendah diri. Acap memohon maaf, tatkala berkata... dan membahasakan diri saya sebagai ustaz...

Antara yang diumpil...

"Cuba tanya anak2 zaman sekarang ni, pernah atau tidak bertanyakan ibu dan ayah mereka, bagaimana didikan yang diberikan pada dirinya sejak kecil... hingga menjadi manusia dan hidup senang, seperti sekarang? Tak terasakah untuk lakukan perkara yang sama... untuk anak2nya?"

"Pernahkah anak2 sekarang bertanya, sepanjang ibu dan ayah mereka menyekolahkan mereka ada atau tidak ibu bapanya terpaksa berhutang dengan sesiapa? Semata2 untuk membeli keperluan atau kehendak mereka ketika itu?"

"Menjadi kebiasaan, anak2 akan memberi insentif yang lebih kepada ibu, tidak kepada bapa (jika bapanya masih hidup)... kenapa, (katanya)." Sedangkan ayah banyak berkorban... ayah yang byk membanting tulang... kenapa ditujukkan dengan jelas di depan mata seorang ayah... ada anak yg berikan duit, hanya untuk ibu... kalau untuk ayah pun, jumlahnya sedikit..."

Sayunya hati... huhu. Itulah luahan seorang ayah... yang masih mendambakan kasih dan sayang seorang anak... serta berkongsi rasa untuk anak muda, seperti saya... ;)


Saturday, June 05, 2010

Format e-Laporan j-QAF versi 10


Salam...

Format e-Laporan j-QAF versi 10, Tahun 2010 sudah sedia untuk dihadam. Mungkin sudah ada yg telah memulakan eksplorasi sistem data ni.

Kepada yang nak explore dan biasa2kan dengan sistem data ni, boleh download di sini.

Sumber: Laman Rasmi SK Mawai, Kota Tinggi. Syukran.

Popular Posts