Saturday, August 07, 2010

Penghargaan di Hari Anugerah Kualiti...

Salam...

Khamis yang lalu, saya bersama beberapa sahabat dari PPD Sepang diamanahkan untuk menjadi Urusetia Sambutan dan Pendaftaran bagi Hari Anugerah Kualiti Pendidikan Islam dan Anugerah Kecemerlangan Institusi Pendidikan Agama, JPS.

Pada masa yang sama, Guru Besar meminta saya agar mewakilkan beliau menerima Anugerah Peperiksaan PKSR. Alhamdulillah, SK Desa Putra telah dipilih menerima anugerah tersebut. Semuanya atas usaha dan kerjasama semua guru, dan usaha berterusan murid SKDP.

Menurut salah seorang GPI di sini, ini kali kedua SKDP menerima anugerah tersebut. Tahniah dan syabas...

Anugerah disampaikan oleh Pengarah Jabatan Pelajaran Selangor, Tn Hj. Sulaiman bin Wak, sambil diperhatikan oleh Ketua Sektor Pendidikan Islam, Tn. Hj. Ariffin Mohd Amin


Menjadi wakil kepada Guru Besar menerima anugerah ini, merupakan satu amanah yang besar. Terketar2 juga tangan dan kaki nih. Mana taknya, kebanyakan yang datang mengambil anugerah ni, dikalangan Guru Besar dan Pengetua. Segan dan rasa kerdil jer... huhu


Anugerah Peperiksaan PKSR


Apa pun, ini satu penghargaan untuk mengiktiraf usaha yang baik dan cemerlang. Semoga usaha ini dapat dikekalkan demi melonjakkan lagi SKDP ke arah yang lebih gemilang...

Kepada semua warga pendidik SKDP... you are the best!!!

Kepada semua murid SKDP... Keep it up!!! ;)

Monday, August 02, 2010

Permohonan Online Program Siswazah UKM - Semester 2 2010/2011

Untuk meneliti seterusnya memohon, slik klik di sini.

Lihat senarai program/kursus yang ditawarkan di sini.

Tarkh tutup permohonan : 30 Ogos 2010. Cepat sebelum terlambat.

Belajar sepanjang hayat... ;)

Sunday, August 01, 2010

Guru sebagai model...


Salam...

31 Julai, diberi kesempatan untuk hadir ke Seminar Profesionalisme Guru Pendidikan Islam 2010 anjuran Pejabat Pelajaran Daerah Sepang. Alhamdulillah, ada input menarik yang boleh dikongsi bersama sahabat pengunjung setia blog Kalam Murabbi.

Slot 1 dikendalikan oleh Tuan Haji Shopuan Anuar bin Ahmad, Pen. Pengarah Kanan Operasi Dakwah, JPS. Tajuknya simple: GPI sebagai Pendakwah.

Menurut ust. Shopuan, sebagai GPI, peranannya bukan sedikit. Bukan sekitar dalam sekolah sahaja, bahkan 'guru' kepada masyarakat.

"Amat malang jika seorang ustaz tidak dikenali oleh jemaah masjid/surau. Jika makmum tidak 'menolak' ustaz itu ke depan sbg imam, seolah2 dia masih belum diiktiraf sbg ustaz,... jadi bertindaklah sebagai seorang ustaz,... ber'lagak' lah sebagai soerang ustaz... agar masyarakat luar sedar akan kewujudan diri seorang ustaz..."

Sebagai seorang ustaz dan ustazah, menurut ustaz Shopuan lagi... insan ini sebagai public figure... sentiasa diperhati.

"Seorang ustaz/ustazah yang keluar dari kereta... memegang buku2 dan beg, penuh barang di tangan kanan dan kiri... lalu menolak pintu kereta.... dengan punggung... sehingga ditegur muridnya... ustaz/ustazah... tutup pintu guna punggung jer???"

"Ustaz tak gosok baju ke hari nih???" walaupun pada asalnya baju tu lendik elok, tapi sebab menyandar kat kerusi atau terbaring sebentar hilangkan penat... baju terkedut... itupun ditegur murid...

"Ustazah tak gosok tudung?" Tudung kedut seribu... tak sempat nak gosok la kot...

"Ustazah tak pakai stokin... kalau guru biasa, mungkin sebab mereka tak tahu... tapi kalau ustzah tak pakai stokin, agak tak sesuai... apatahlagi bila berbicara soal aurat di depan murid... mana contohnya kepada mereka?"

"Lengan tangan terbuka luas.... bila menulis di papan putih, lengan baju terjatuh... menampakkan tangan dan lengan yang gebu... masyaAllah... mana contoh kepada murid???" Digalakkan ustazah memakai 'stongan' agar terpelihara aurat itu..."

Demikian teguran dan muhasabah... agak mendalam. Bagai tersusuk duri. Tajam menikam. Itu nasihat, teguran. Yang baik, kita terima. Betulkan mana yang salah. Tingkatkan mana yang baik. Guru akan menjadi contoh dan model kepada murid. Untuk lihat hasil yang baik, kita perlu tonjolkan yang baik.

Dalam slot beliau, sempat menyelitkan beberapa cerita humor:

Seekor kucing kenal sifat pemurah seseorang. Bagaimana caranya? Kalau pergi ke kedai makan, contohnya... kucing akan pergi dekat orang kat dia suka... menggesel badannya pada kaki si pemurah tadi...

"Kalau nak tahu kita ni pemurah ke tak, tengok kucing pergi gesel2 kita ke tak... kalau tak datang langsung tu, maksudnya... kucing pun tahu kita kedekut..."

Seorang guru perlu jujur dalam ilmu yang disampaikan. Seperti kisah yang dibawa...

Di sebuah hospital, seorang jururawat memandang tajam ke arah sebuah katil yang menempatkan seorang pesakit. Dia amat kenal insan itu... Lalu seorang rakan menegurnya.

"Pandang semacam jer... kenapa dengan pakcik tuh? Kenal ke?"

"Kenal sangat... cikgu saya... sebab dia la saya jadi jururawat..."

Belum sempat jururawat tersebut menghabiskan kata... rakannya mencelah, "Alhamdulillah, bagus la kalau macam tuh... awak patut bangga dan berterima kasih pada cikgu awak tuh..."

"Sebab dia saya jadi jururawat... kalau tak, saya dah jadi doktor!!!" bentaknya marah... lalu meninggalkan rakannya terpinga-pinga.

Ini satu analogi kisah bagaimana ilmu yang disampaikan oleh seorang guru perlu tepat, benar, sahih... bukan mengajar apa yang tidak benar... bukan mengajar sambilewa...susah kalau untuk perbetulkan ilmu salah yang telah diajar... kerana ia akan digunapakai sehingga akhir hayat mereka, selagi tidak ada yang perbetulkan... apatahlagi kiranya persoalan itu melibatkan hukum dan pegangan aqidah...

Itu lah guru... setiap kata menjadi azimat murid... semoga kita sentiasa berhati-hati dalam menyalurkan ilmu kepada mereka. Jangan suatu hari nanti, kita dipersalahkan kerana kecuaian dan ketidaksungguhan kita dalam mendidik mereka.

Buat semua guru... semoga terus tabah dalam mendidik.

Popular Posts