Saturday, March 26, 2011

Penyeliaan Praktikum


Assalamualaikum...

Ya, itu tugas dan amanah yang saya terima pertengahan bulan Februari yang lalu. Tanggungjawab yang terpaksa dilepaskan oleh Guru BA yang selamat bersalin. Jadi, saya diminta untuk memikul amanah tersebut.

Nak tak nak, terima juga. 2 orang guru praktikum dari IPIS. Opsyen Bahasa Arab, sem 7, PISMP. Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan... dah sem ketujuh, makna kata ada 1 sem je lagi. 4 bulan mereka jadi warga SKDP sehingga cuti sekolah Mei nanti... ;)

Bagi saya, mereka dah mampu jadi guru yang baik, sama ada Syazwan mahupun Salehuddin. Keda-duanya bagus. Ada ciri2 seorang guru dan pendidik. Perwatakan dan penampilan yang sesuai.

Tidak banyak teguran untuk mereka. Ini kali ketiga mereka ber'praktikum'... kali pertama, sem 5 selama sebulan. Seterusnya sem 6 selama 2 bulan dan akhirnya sem 7 selama 4 bulan. Banyak masa mereka bersama pensyarah di IPG dan juga guru2 di sekolah.

Namun, nasihat cuma diberi untuk lebih memantapkan langkah pengajaran mereka. Itu saja!... Idea perlu menarik, penyampaian juga harus mantop!... ;) Masa latihan tidak sama dengan situasi sebenar apabila bergelar guru kelak...

Jika kita rasa itu sudah terbaik bagi kita, jangan tersinggung jika ada teguran diberikan untuk memperbaiki kelemahan yang ada... Itu pesanan Pensyarah Pembimbing saya sewaktu menyelia saya dahulu... Ustazah Rubiah K. Hamzah yang memang dikenali umum... Segala pendangan dan teguran beliau, saya jadikan panduan hingga kini... Terima kasih ustazah...

Masih ada dua kali penyeliaan yang perlu saya lakukan sebelum membuat penyeliaan bersama Pensyarah dari IPIS. Semoga kedua2 ustaz ini akan menjadi Murabbi yang terbaik, InsyaAllah.

Minggu ini, saya perlu selesaikan tugas yang sudah agak lama terbengkelai dek kesibukan dan kesuntukan masa... tugasan melatih murid untuk Festival Nasyid Peringkat Daerah sempena MTQ Rabu (30 Mac) minggu depan. Saya akui, masa yang ada sungguh suntuk... terkejar2 menyediakan lirik dan mencari lagu yang sesuai... Asalnya minta bantuan guru lain untuk mengenalpasti bakat murid. Namun, masih banyak yang perlu dilakukan... Suara, Karekter dan sebagainya... Syukur, ada adik2 praktikum sem 5 yang sudi bantu...

Terpaksa latihan secara all-out dilakukan... moga dapat hasilkan yang terbaik.

Tugasan di UKM juga hampir selesai... tinggal dua lagi sesi pembentangan tugasan dan seminar. Sebelum berdepan dgn peperiksaan yang dijangka bermula 13 April nanti... Selesai exam, bercuti hampir 4 bulan... Mei - Ogos sebelum kembali mendaftar untuk sem 2 pada September nanti... Permudahkan kami, Ya Allah...

Khamis lepas, bertemu dgn seorang pensyarah,... sebelum usai, beliau bertanyakan hala tuju dan cadangan kami (bertiga masa tu) selepas selesai sarjana ni,... beliau amat mengharapkan agar kami dapat terus ke peringkat PhD. Walaupun bukan dalam bidang akademik, namun terus berjuang dalam mencari ilmu...

InsyaAllah... akan ada jalannya nanti... ;)

Tuesday, March 22, 2011

Modul dan Manual

Assalamualaikum...

Masuk bulan Mac, tugas makin banyak... disamping tugas hakiki sebagai guru, dan tugas sebagai pelajar... pembentangan demi pembentangan, assignment demi assignment... Alhamdulillah, dah banyak dah setel... menanti lagi 1 presentation + 2 assignments.

Tahun ni, saya diberi tanggungjawab sbg ketua penasihat Bola Sepak. Disamping Penolong Setiausaha Kokurikulum... Membantu GPK Koku dan SU Koku...



Alhamdulillah, Manual AQBAL sudah diterbitkan. Sudah diedarkan ke sekolah2 sekitar Selangor. Selama hampir setengah tahun bersama guru2 lain yang dipertanggungjawabkan... Setelah berhempas pulas, akhirnya... lahirlah Manual dan Modul ini.

Selain manual AQBAL, ada 3 lagi modul dan manual yang dibekalkan oleh Unit Dakwah JAPIM, JPS. Cukup membantu guru-guru Pendidikan Islam mengendali dan mengurus Panitia. Semuanya telah dibantu... tunggu pelaksanaanya sahaja...


Semoga segala usaha akan diberkati...


Popular Posts