Friday, January 15, 2010

Tak perlu bayar bil... :)

Salam...

Hari ni dapat dua bil... bil elektrik dan bil air. Sejak duk rumah baru, kiranya ini bil yang pertama la. Tersenyum bila lihat bil air dari SYABAS dan TNB... Sebelum ni bila dapat bil, dahi berkerut... hari ni boleh senyum dan gelak gumbira lagi...


Penyata bil daripada SYABAS
Klik imej untuk gambaran lebih jelas


Jumlah bil yang dikenakan RM 8.55. Namun ihsan Konsortium Darul Ehsan Berhad (KDEB), bayaran bil tak perlu dijelaskan. Sebabnya, masih dalam 20m3 pertama... Alhamdulillah, syabas kepada SYABAS!!!

Melihat kepada bil elektrik pula, bayaran yang dikenakan adalah RM 19.84. Pun tidak perlu dibayar, kerana tertera dalam bil "DIBIAYAI OLEH KERAJAAN MALAYSIA". Syukur... mungkin sebab bil tak cecah RM20 ke atas... kerajaan yang bayarkan.


Penyata bil daripada TNB
Klik inej untuk gambaran lebih jelas :)

Pertama kali bil tak perlu dibayar... huhu. Mungkin ini bulan pertama la kot. Sebab tak banyak lagi guna masa tu. Tengok la bulan kedua ni camana nanti...

Apa pun, terima kasih kepada KDEB (Kerajaan Selangor) dan kerajaan Malaysia atas keprihatinan anda...


Wednesday, January 13, 2010

Pertama kali di PPD Sepang

Salam...

Tengah hari tadi, sebelum bersiap ke sekolah saya mendapat panggilan telefon daripada GPK Akademik meminta saya hadir ke Mesyuarat Penyelarasan Panitia Bahasa Arab Daerah Sepang. Ustaz Adnan yang sepatutnya pergi, namun terpaksa bergegas ke Hospital Putrajaya kerana ibu mertua yang sakit...

Pertama kali di PPD Sepang membuatkan saya agak kerdil. Belum pernah bermesyuarat bersama teman2 di sini. Masih belum menyesuaikan diri di tempat baru. Namun saya bersyukur kerana bertemu beberapa sahabat yang dikenali yang pernah bermesyuarat di JPS.

Bezanya di sini, bilangan sekolah program j-QAF cuma 22 sekolah, berbanding di Klang hampir mencecah 60+ buah sekolah. Kebetulan pula, PPD Sepang baru sahaja berpindah pejabat. Dahulunya 'menumpang' di SK Taman Seroja, tapi kini telah memiliki bangunan sendiri di Bandar Baru Salak Tinggi, berdekatan SK KLIA.

Saya suka di sini. Tiada istilah kesesakan lalulintas atau 'jammed'. Jalannya lengang... jalan pintas ke KLIA dan Port Dickson, cuma agak bersimpang siur. Pesan seorang guru yang memberi peta lokasi tadi, "...mungkin ustaz akan pening nanti... jalannya berliku-liku..."

Mesyuarat berlangsung hampir 2 jam. Melibatkan guru Bahasa Arab Program j-QAF dan juga Guru Bahasa Arab Sekolah Menengah. Cuma 7 sekolah menengah terlibat di daerah ini.

Antara yang ditaklimatkan:

- Pengurusan fail panitia : perlu sentiasa dikemaskini

- Buku Rekod Pengajaran & Pembelajaran: Perlu dilengkapkan dengan butiran sepatutnya, RPH perlu disediakan setiap hari, impak (refleksi) perlu ditulis selepas p n p dalam bentuk bilangan murid, bukan peratusan... (peringatan yang seringkali disebut pada awal sesi persekolahan; buat ingatan bagi yg terlupa)

- Kajian Tindakan: perlu dilaksanakan berdasarkan keperluan. Sekiranya terdapat murid yang masih lemah dan belum menguasai tahap sepatutnya, program peningkatan perlu dilaksanakan.

- Minggu Bahasa Arab : akan dipantau oleh PPD berdasarkan ZON. Panitia perlu mempelbagaikan aktiviti yang boleh menarik minat murid.

- Program Peningkatan Prestasi : khususnya murid Tahun 6 (murid sulong) yang masih lemah dalam Bahasa Arab. Guru diminta mengenalpasti murid yang mendapat markah di bawah 60, untuk diberikan aktiviti peningkatan dan pemulihan.

Sebelum mesyuarat berakhir, saya diminta untuk memperkenalkan diri, setelah ada yang memaklumkan kepada KU, saya guru baru berpindah... semoga hadirnya saya di sini, akan terus memberi semangat baru dan padu demi melaksanakan tugas dan amanah ini. InsyaAllah...


Monday, January 11, 2010

Jemputan Majlis Kesyukuran

Salam...

Dengan rendah hati, saya mempersilakan sahabat2 semua dan pengunjung blog Kalam Murabbi ke teratak kami, sempena meraikan Majlis Kesyukuran buat adinda saya... Hakimi (Achik) dan Hafizah (Dik Ha) sebagaimana tertera pada kad undangan.

Semoga majlis ini dirahmati Allah hendaknya... Ameen.

(Jemputan rumah saya)
Klik pada imej untuk besarkan saiz



Wednesday, January 06, 2010

2010... segalanya baru

Salam...

Selamat kembali ke sekolah buat semua pendidik. Saya yakin, semua dah bersedia untuk memulakan tugas. Semoga semua usaha tersebut, disusuli kejayaan...InsyaAllah.

Saya kini sudah mula bertugas di sekolah baru. SK Desa Putra. Sungai Merab. Sekolah baru, kawan2 guru baru, murid baru, suasana baru... segalanya baru. Tak ubah seperti mula2 posting 5 tahun yang lalu. Harapnya, semangat pun baru.

Mula rasa rindu pada sekolah lama... huhu, kenangan 5 tahun kat sana. Bukan sedikit pengalaman bersama teman guru yang lain. Alhamdulillah, setakat ni... suasana kerja di tempat baru, amat memuaskan... apatahlagi jarak rumah dan tempat kerja yang dekat... tak memerlukan kereta untuk bergerak... agak tidak membahayakan keselamatan diri di jalan raya.

Semoga semua teman guru yang lain... sentiasa bersemangat untuk mendidik. Buat sekolah kohort 2005, nampaknya... tahun ni penentu kejayaan atau sebaliknya. Tugas berat sebenarnya. Semoga Allah memandu kita, untuk meneruskan usaha murni ini.



Sunday, December 20, 2009

Pantasnya Masa... Muharram mai dah...

Salam Hijrah buat semua...

Sudah lama tak menulis... kesuntukan masa ditambah dengan khidmat broadband yang mengecewakan... kejap ada, kejap takde... macam biskut. Kekadang, panas je... bisa mematikan idea untuk meneruskan hajat.

Tinggal baki seminggu lagi. Lori sudah di booked. Cuma tinggal pakaian yang masih belum di packed sepenuhnya. Rasa malas pulak nak berpindah randah nih. Tapi ana nak buat... demi tugas.

Hari ni sudah 4 Muharram 1431H... Kehadiran Muharram dalam kalendar Islam menandakan bermualanya Tahun Baru untuk kita semua... Kehadirannya sukar dihalang... Kepantasan waktu kian terasa... pejam celik pejam celik... usia kita makin bertambah... buat yang menyambut hari kelahiran pada bulan ini... Ummi Tice, Hisham Azzam, Azral, Abe Chik (Adindaku)... dan yang lain-lain... Tahniah, semoga bertambah seri dalam hidup kalian... dengan kemanisan Iman dan kesyumulan Islam...

Semoga kehadiran Tahun Baru ni akan terus memberi sinar baru dalam kehidupan kita semua... Sinar kebahagiaan dalam Ibadah, Sinar Kebahagiaan dalam Masyarakat dan Kejiranan, Sinar Kebahagiaan dalam Keluarga, Sinar Kebahagiaan bersama Mak Ayah, Isteri dan Anak-anak... Segalanya Indah... Ameen

Ya Allah, Kau berkati dan Rahmati hidup kami... hilangkan lah rasa cemas dan resah...

Allahumma, kami berlindung padaMu dari rasa sedih dan gelisah, dan kami berlindung padaMu dari sikap pengecut dan bakhil, dan aku berlindung padaMu dari cengkaman hutang dan penindasan orang...

Allahumma, sihatkanlah badan kami, sihatkanlah pendengaran kami, sihatkanlah penglihatan kami...

Allahumma, sesungguhnya kami berlindung padaMu dari kekafiran dan kefakiran, Allahumma, kami berlindung kepadaMu daripada Azab kubur, Tiada Tuhan selain Engkau... Ameen Ya Rabb.

Salam Hijrah 1431H buat semua...

Friday, November 20, 2009

Tautan Mesra:Terakhir di SKTM

Salam...

Hari ni hari terakhir khidmat saya di SKTM. Surat yang diterima daripada JPS dua hari yang lepas, bakal mencipta suasana baru. Ya, permohonan pertukaran saya yang telah pun diluluskan.

Sejak berita pertukaran saya tersebar, ada juga teman guru yang tidak menyangka saya mohon bertukar. Ada yang menguntum senyum mengucap tahniah, dan ada yang melabuhkan sebak.

18 hb November, setelah selesai bertungkus lumus melaksanakan tugas sempena Hari Anugerah Kecemerlangan, kami berkumpul di Dewan Seruling, Blue Wave, Shah Alam. Majlis Tautan Mesra (Hi-Tea) a.k.a jamuan akhir tahun.

Saya diminta membacakan doa. Sebak didada bila mengalunkan doa. Saya cuba mengawal emosi. Namun terkeluar serak-serak menahan sedih dan hiba. Saya juga manusia biasa, yang merasa perit dan sedihnya melalui saat2 perpisahan.

Tidak cukup dengan Majlis Tautan Mesra, saya turut diraikan oleh teman2 guru sesi petang dalam satu majlis ringkas petang semalam.

Terima kasih buat Puan Sushe, yang bersusah payah mengadakan majlis tersebut. Majlis makan2 tu juga diadakan sebagai penghargaan buat semua guru petang yang sama2 bergotong-royong menyiapkan pentas sempena Majlis Anugerah Kecemerlangan pada hari Rabu yang lepas. Memang cukup senang dan meriah kami siapkan pentas.


Saya diminta menyampaikan ucapan, seterusnya membacakan doa. Wah... tak tahan sebaknya. Sedih la pulak. Mana taknya... masa rehearsel dalam bilik baru ni pun, meleleh air mata ni hah... speechless kejap. Tapi nasib baik masa bagi ucapan petang semalam, dapat gak kontrol air mata. cuma tersekat-sekat sikit suara ni hah...

Buat semua guru SKTM, terima kasih atas segala tunjuk ajar, nasihat dan teguran selama 5 tahun saya di sini. Banyak sekali pengalaman sempat saya kutip, disamping berkongsi rasa, gembira, suka dan duka.

Saya masih kabur... adakah saya bakal merasai suasana kerja yang sama di tempat baru? Teman guru yang sporting, mesra bagai satu keluarga ? Itu la doa saya... semoga perpindahan ini akan lebih mematangkan saya sebagai seorang pendidik.

Terima kasih atas segalanya... sesungguhnya kenangan pahit dan manis di sini akan tersemat erat dalam hati.

Salam Perpisahan buat semua warga pendidik SKTM...


Monday, November 16, 2009

Keputusan Penuh Mahrajan j-QAF Negeri Selangor 2009

Salam...

Keputusan penuh Mahrajan j-QAF Negeri Selangor 2009:

(a) Tilawah Lelaki:

JOHAN : Gombak
NAIB JOHAN: Klang
KETIGA: Petaling Perdana

(b) Tilawah Perempuan:

JOHAN: Kuala Langat
NAIB JOHAN : Sepang
KETIGA : Klang

(c) Kuiz:

JOHAN : Gombak
NAIB JOHAN: Klang
KETIGA : Kuala Selangor

(d) Kalam Jamaie:

JOHAN: Kuala Selangor
NAIB JOHAN : Petaling Utama
KETIGA: Gombak

(e) Dikir Barat:

JOHAN : Klang
NAIB JOHAN: Petaling Utama
KETIGA: Petaling Perdana

Johan Keseluruhan dinobatkan kepada DAERAH KLANG... Tahniah dan Syabas!!!

Tuesday, November 10, 2009

Mahrajan ooh Mahrajan...

Salam...

Hari kedua berkampung di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Selangor. Bersama dengan hakim yang dilantik bagi mengadili Mahrajan j-QAF Peringkat Negeri Selangor. Mesyuarat Kehakiman kali ni cukup mencabar kerana membincangkan secara terpeinci setiap aspek bagi memastikan mutu pengadilan telus, dan mempunyai kesahan yang tinggi.

Mahrajan kali ni, sekolah saya telah terpilih mewakili Daerah Klang dalam acara Kalam Jamaie, selepas muncul Johan di Peringkat Daerah Klang, 9hb yang lepas. Tahniah... Tahniah... Tahniah saya ucapkan kepada kumpulan Kalam Jamaie yang menunjukkan prestasi yang baik. Bagus... Ustaz bangga dengan kalian!!!

Walaupun ada yang tidak berbangga dengan kejayaan ini... Namun, Ustaz amat berbangga... inilah hadiah yang terbaik untuk kami semua...

Doa ustaz, agar wakil dari sekolah saya akan meningkatkan usaha dan menunjukkan prestasi yang lebih baik... demi 'mengharumkan' nama sekolah... All the best.

Seperti tahun2 lepas, saya terlibat sebagai Hakim Dikir Barat. Kali ini merupakan kali ketiga. Perbincangan bersama hakim, memerlukan penelitian yang terperinci bagi mengelakkan pertikaian di belakang pentas... maklum la, bukan calang-calang penyertaan... semua hebat dan memberikan persaingan yang sengit. Hakim yang garu kepala...

Kepada semua guru pengiring, guru pembimbing yang berjaya membawa 'sekolah' anda ke Mahrajan Peringkat Negeri di SMKA Kuala Selangor pada 13 dan 14 November ini, TAHNIAH saya ucapkan... dan, selamat berjaya!!!

Selamat BerMahrajan... :)

Popular Posts