Antara Mengajar dan Ceramah...
Bulan Ogos dan September ni merupakan bulan yang membuatkan aku 'sekok' nafas disebabkan aku dilibatkan dengan jadual yang agak banyak di PPD dan JPS...Baru je selesai Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Daerah dan Negeri...kini aku terlibat dengan Kursus Pemantapan Guru j-QAF Negeri Selangor dan juga Kursus Kurikulum Pendidikan Islam KBSR.
Bila aku banyak keluar dari sekolah,(menjalankan tugasan yang diamanahkan)...jadi kelas pun banyak la 'tuang'...jadi, bila aku balik semula ke sekolah, aku terpaksa cover semua silibus dengan cepat memandangkan Ujian 3 dan Peperiksaan Akhir Tahun kian datang. Kesian anak-anak murid aku...Tapi, InsyaAllah aku akan laksanakan tugas ini dengan sebaiknya. Alhamdulillah sahabat-2 kat sekolah banyak membantu.
Semoga Ramadhan ini akan membersihkan segala sifat Mazmumah dalam diri...ke arah membentuk sifat MAHMUDAH...Amin
0 comments:
Post a Comment