Friday, November 20, 2009

Tautan Mesra:Terakhir di SKTM

Salam...

Hari ni hari terakhir khidmat saya di SKTM. Surat yang diterima daripada JPS dua hari yang lepas, bakal mencipta suasana baru. Ya, permohonan pertukaran saya yang telah pun diluluskan.

Sejak berita pertukaran saya tersebar, ada juga teman guru yang tidak menyangka saya mohon bertukar. Ada yang menguntum senyum mengucap tahniah, dan ada yang melabuhkan sebak.

18 hb November, setelah selesai bertungkus lumus melaksanakan tugas sempena Hari Anugerah Kecemerlangan, kami berkumpul di Dewan Seruling, Blue Wave, Shah Alam. Majlis Tautan Mesra (Hi-Tea) a.k.a jamuan akhir tahun.

Saya diminta membacakan doa. Sebak didada bila mengalunkan doa. Saya cuba mengawal emosi. Namun terkeluar serak-serak menahan sedih dan hiba. Saya juga manusia biasa, yang merasa perit dan sedihnya melalui saat2 perpisahan.

Tidak cukup dengan Majlis Tautan Mesra, saya turut diraikan oleh teman2 guru sesi petang dalam satu majlis ringkas petang semalam.

Terima kasih buat Puan Sushe, yang bersusah payah mengadakan majlis tersebut. Majlis makan2 tu juga diadakan sebagai penghargaan buat semua guru petang yang sama2 bergotong-royong menyiapkan pentas sempena Majlis Anugerah Kecemerlangan pada hari Rabu yang lepas. Memang cukup senang dan meriah kami siapkan pentas.


Saya diminta menyampaikan ucapan, seterusnya membacakan doa. Wah... tak tahan sebaknya. Sedih la pulak. Mana taknya... masa rehearsel dalam bilik baru ni pun, meleleh air mata ni hah... speechless kejap. Tapi nasib baik masa bagi ucapan petang semalam, dapat gak kontrol air mata. cuma tersekat-sekat sikit suara ni hah...

Buat semua guru SKTM, terima kasih atas segala tunjuk ajar, nasihat dan teguran selama 5 tahun saya di sini. Banyak sekali pengalaman sempat saya kutip, disamping berkongsi rasa, gembira, suka dan duka.

Saya masih kabur... adakah saya bakal merasai suasana kerja yang sama di tempat baru? Teman guru yang sporting, mesra bagai satu keluarga ? Itu la doa saya... semoga perpindahan ini akan lebih mematangkan saya sebagai seorang pendidik.

Terima kasih atas segalanya... sesungguhnya kenangan pahit dan manis di sini akan tersemat erat dalam hati.

Salam Perpisahan buat semua warga pendidik SKTM...


3 comments:

Anonymous said...

nasib aku la tahun nie tak pi.. last lak tu kumpul ngan ko kat jamuan cam nie.. moga2 ko lagi baik kat sk baru.

kak nashwa said...

salam, hamidi.. selamat bercuti panjang.. n selamat berhijrah.. err. kemana ye??.. :)

Anonymous said...

pindah ke mana akhi?-izwan yusof

Popular Posts