Duit RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tapi begitu kecil bila kita bawa ke SUPERMARKET.



Sampai kat sana, dengar dikir barat dulu, pastu bila Tuan Guru datang baru tetamu yang hadir dijamu dengan juadah hari raya. Agak kurang sesuai pulak bila semua tetamu menyerbu juadah sampai ada yg bertolak2 (kata Fadli la...) Tak macam tahun lepas, sapa yg datang awal, makan dulu,..yang kemudian makan kemudian,...amik makanan kat luar dewan, dah abih makan masuk dewan..rasanya lebih praktikal daripada kumpul semua tetamu datang penuh dewan baru makan...bukan merungut, sekadar koreksi (muhasabah...)
Yang tak bestnya, dah dua tahun takde sesi dialog bersama Menteri Besar dan Exco. Ingatkan tahun ni ada dialog...takde jugak. Kebetulan jumpa ngan sahabat (Nazri Shamsuddin) yang pulang beraya rumah mertua di Pengkalan Chepa. Dia semangat nak dgr dialog. Tapi mungkin dia hampa...sabar je lah. Mungkin ada sebab kenapa dialog tak diteruskan...tapi kalu ada kan best...
Yang bestnya pulak, budak2. Dapat duit raya tuuuu...habih je Tuan Guru berucap, ramai betul yg berbaris nak dapatkan duit raya. Mula2 tu umur nawah 12, ada sampul lebih..upgrade ke umur 18, pastu bawah 21, pastu yang last sesapa yang tak kawin lagi..hmm..saya tak termasuk dalam semua kategori tuh...tgk jer lah.
Apa apa hal pun, majlis malam ni tetap best la. Dapat bertentang mata dengan penggerak jentera kerajaan negeri yang bertungkus lumus membangunkan negeriku yang tercinta... bestnya kalau dapat balik kerja kat Kelantan...
Alhamdulillah..tahun ni masih lagi diberi ruang dan peluang untuk menyambut hari lebaran. Mulanya rasa susah hati jugak nak balik ngan kereta. Bimbang dengan keadaan trafic yang kemungkinan besar akan JEM giler... apa nak buat, semua nak balik beraya. Perantau dari Kelantan memang ramai yg mencari rezeki di Lembah Klang dan Kuala Lumpur nih...
Mula cuti 27hb hari Sabtu, cadangnya nak terus balik hari Sabtu lepas Subuh, kononnya nak ngelakkan jem yg mungkin akan teruk kalau bertolak lewat. Namun ada panggilan tugas yang tak dapat dielakkan. Kena lah pergi ke hotel pagi tu untuk sedikit perbincangan dan simple meeting ngan JPS. Dah jadi tanggungjawab..so, bawak la isteri dan anak-anak serta ummiku (kebetulan tinggal bersama selama dua minggu di klang) untuk berbuka puasa dan bersahur di hotel di klang. Nasib baik la ummi dan isteri memahami tugasku, tidak mendesak untuk pulang awal ke kampung...Alhamdulillah.
Tugasku di hotel selesai pagi Ahad 28hb. Aku bertolak dari hotel jam 9.30 pagi menuju ke kampung halaman di Kok Lanas, Kelantan. Dalam minda ni selalu bagitau jalan mungkin akan jem sebab aku bertolak lewat, tidak seperti kebiasannya aku akan bertolak awal pagi jam 3 atau 4. Namun aku pasrah. Aku tidaklah mengejar masa, jalan dan tunggang dengan selamat.
Sampai di Genting Sempah, anak sulungku Muazz muntah, tanda2 kurang sihat. Dia demam. Mungkin sejuk masa duk dalam hotel malam tadi. Aku tak berhenti segera, namun mencari stesyen minyak Petronas sebelum exit ke Bentong. Kat sana aku settlekan Muazz, mandikan dan bersihkan kereta. Rehat sekejap dan beri Hajar (my baby girl) makan. Mujurlah dia makan jugak...(hajar ni mcm mogok makan jer sebelum ni...) nak ringan tubuh agaknya.. dah umur 13 bulan tapi masih lum boleh jalan lagi...
Jam 12.30 aku teruskan perjalanan...singgah di Masjid Sanglang untuk solat Zuhur.. rasa mengantuk mmg tak dapat nak cakap. Tapi aku cuba kuatkan semangat. Sampai kat sana, aku solat jamak taqdim dulu, barulah bagi peluang kat ummi dan isteri utk solat. Aku cuba nak rehat dalam kereta bersama anak2 yang sedang tidur. Tapi bila aku nak lelapkan mata, Hajar bangun, tak dapatlah aku nak tidur..Hajar tepuk2 muka aku, suruh layan dia agaknya.
Setakat sampai di Bentong, Raub, Kuala Lipis, Merapoh...jalan tidak sesibuk mana. Macam balik biasa jer..tak seperti 2 tahun lepas..bersesak-sesak. Sampailah di Gua Musang, isteri mempelawa untuk berenti sebentar..dia nampak aku letih. Namun aku teruskan jugak..(degil nih..) sebab masa tu dah pukul 4.30pm...takut lewat untuk berbuka kat rumah. biasanya dari gua musang ke kok lanas mengambil masa 2 jam setengah. Jadi aku teruskan je perjalanan memandangkan jalan lancar tanpa kesibukan yang dibimbangkan...
Tepat jam 7pm, kami sampai di Kok Lanas...Alhamdulillah...sempat berbuka puasa dengan Along sefamili, Angah sefamili, Achik dan Dik Ha... wah..meriah tu...
setakat itu dulu, sambung lagi nanti...
Design by Memory Mattress. Themes by Discount Mattress, Visco Foam Mattress & Cotton Mattress.