Sunday, November 30, 2008

Banjir ooo...banjir

Assalamualaikum

Hujan kat sini berhenti sekejap-sekejap. Yang lamanya, hujan renyai2 tapi sesekali lebat. Musim tengkujuh macam ni, budak2 la suka... boleh main banjir. Mak ayah siap beli pelampung lagik...takyah pegi mana-2 Lagoon kat mesia nih... natural lagoon...


Yang syoknyer...musim banjir pun ada gak yg masih kuar jalan-jalan... tak caya, tgk jer abng kita nih...siap smoking lagik...


Drebar lorry ni pun tak lupa menjalankan tugas...banjir, banjir gaks...carik makan, carik makan gak... nasib baik ko bawak lorry...kalau takat iswara, duk umah je la jawabnya


Hmm...nak pi sungai, takde...nak pi kayak kat tasik, jauh...tunggu je lah time tengkujuh, leh main sampan..free lagi tuh...

Tapi, tak kira la apa cuaca sekarang pun, mak ayah kena pantau pergerakan anak2, terutama yang kecil. Teruja ngan banjir, suka bertukar duka...
Kat kelantan ni dah ada pun kes lemas yang meragu nyawa. Walaupun pepatah ada mengatakan
Malang tak berbau...


Namun, kita kena berjaga-jaga gak...
Ok, nak pi angkat kain kat jemuran...tukar plak ngan kain baru...

Monday, November 24, 2008

Cuti-cuti Malaysia... Jom jalan-jalan

Assalamualaikum...

Hari Sabtu yang lepas, 22hb aku bersama isteri dan anak-anak pergi bercuti ke Tanah Tinggi Cameron, Pahang. Satu percutian yang bukan dirancang, namun kebetulan. Alumni batch isteriku semasa di UM. Batch Mujaddid. Walaupun aku ni warga bersekutu (Aqrab)...kira layak jugak la join alumni tu...huhu

Kami sampai di Tanah Tinggi Cameron tepat jam 3 petang. Bertolak dari Klang melalui PLUS menghala exit Simpang Pulai. Byk jugak map (peta) yang aku download dari internet utk memudahkan pencarian lokasi.

Kami menginap di Desa Anthurium. Bilik E11. Apartment 3 bilik. Ok jugak la accomandation yang ada. Cuaca petang agak sejuk di tambah pulak dengan musim hujan. Tu la..sapa suruh wat alumni kat sini time tengkujuh...huhuBelah petang, sempat pergi MARDI cameron. Cadang nak petik strawberry, tapi dah tutup sebab kami samapi jam 6 petang... datang esok je lah yer..

malamnya, kami barbeku. Sedap ayam Asyraf perap...dia ni mmg pakar masak sejak kat UM lagi. Makaroni sup cedawan pun best gak. Tapi aku takde la makan sangat western food nih. Tapi zaujah aku Pilihan No.1 dia la...

Malam tu tidur punya la sejuk, nak pijak lantai pun seriaw bulu roma. Anak2 aku, isteri aku mandikan awal petang lagik. Walaupun sejuk, Muazz dan Hajar tetap seronok... Tapi yang terketar2 lebih isteri aku...kesian dia.

Esoknya, lepas je aktiviti sukaneka, kami pun berangkat pulang. Aku ngan family Fadzli Fauzi (Dinamik) pergi Strawberry Farm...best tuh... Self-picking. Byk gak la aku beli farawalah nih. Dekat RM50 tuhh...isteri aku plak belikan bunga Ros Jingga untuk kakaknya...


Ok lah... kalau ada masa, nak gi lagi. Bwk keluarga bercuti. Cuti sekolah lama lagi... boleh plan byk aktiviti.. Amir..jangan jeles deh...huhu

Tuesday, November 18, 2008

In-house Training....

Sedang menyampaikan ceramah kat guru-guru Pendidikan Islam
Bismillahir Rahmannir Rahim

Hari ni hari kedua sekolah aku buat In-house Training untuk guru-guru. Bermula 17 Nov sampailah 21 Nov. Semalam Mesyuarat Guru-Guru Kali ketiga. Banyak perkara yang dibincangkan.

Hari ni pulak (18 Nov) aku kena present Kursus Pemantapan Guru Pendidikan Islam. Sepanjang tiga bulan aku keluar kursus, aku kena sampaikan kepada semua Guru Pendidikan Islam. Tapi tak semua yang hadir. Ada yang pergi raptai Konvo j-QAF (Suhana dan Saliza), ada yang pergi Mekah (Kak Nofiah) dan ada yang pergi check-up pregnancy (Asiah).

Apa pun, aku rasa release sebab dapat luahkan segala yang terbuku dalam hati selama ni. Sekurang-kurangnya aku dapat memohon kerjasama semua pihak khususnya GPI agar dapat memberi komitmen sepanjang j-QAF dilaksanakan di sekolah ni. Kerjasama tu cukup penting,, bak kata-kata dalam kartun Wonder Pet...

"Apa yang penting...."
"Kerjasama..."

Ya...itu lah kunci kejayaan sesuatu organisasi. Kalu nak harapkan sesetengah individu je, tak ke mana la jawabnya...Namun aku bersyukur sebab kebanyakan GPI dan GPI j-QAF sekolah ni dapat membantu dan memberi kerjasama yang baik walaupun ada sebahagian yang kekekdang tu banyak alasannya...

Oklah,...in house untuk hari ni dah abih. Jumpa lagi esok...wassalam

Friday, November 14, 2008

APIUM dilanda Tragedi Oktober...

Assalamualaikum...

Kepada bekas mahasiswa APIUM...rasanya mungkin ramai yang dah lama tak menjengah bumi ilmu yg banyak meninggalkan kenangan manis dan pahit... tetapi, my wife kerap gak ke sana untuk menyiapkan tesis Master nya... balik jer dari UM dua minggu lepas, dia ada cerita pasal kejadian tanah runtuh kat Blok C APIUM...boleh le baca tulisan dari sahabat saya yang saya amik kat blog dia...ustaz tarmizi


Catatan Ustaz Wan Tarmizi...

Apabila ambo sampai APIUM pagi semalam, kelihatan kenderaan diletak di hampir setiap kaki lima jalan. Nak kata ada seminar atau apa-apa program rasmi, tak nampak pula kain rentang atau banting. Kemudian terlihat beberapa papan tanda yang menyatakan bahawa satu kejadian tanah runtuh telah berlaku di sini. Bahagian belakang blok D yang dibina agak hampir dengan bukit telah mengalami kerosakan akibat ditimpa tanah yang runtuh. (Berita lanjut di Siasah Daily).

Kejadian tanah runtuh ini turut merosakkan sebahagian bangunan perpustakaan dan satu maklumat menyatakan bahawa hampir 90% buku-buku yang ada di dalam perpustakaan rosak atau tenggelam bersama-sama tanah yang runtuh tersebut.Walaupun tiada sebarang kemalangan jiwa berlaku, namun kehilangan banyak kitab turath dan lain-lain amat memberi kesan kepada penuntut di sini. Antaranya ruang untuk mengulang kaji tidak dapat digunakan sedangkan peperiksaan sudah begitu hampir iaitu awal November nanti.

Kehilangan kitab-kitab turath terutama edisi Arab amat dirasai memandangkan kitab-kitab tersebut amat susah untuk diperolehi serta harganya yang agak mahal di negara ini. Mungkin ada banyak hikmah disebalik kejadian yang berlaku ini. Ia mengajar ambo agar mengunakan kitab-kitab turath sebagai rujukan utama dalam apa jua pengajian yang berunsurkan pengajian Islam. Jika kitab-kitab tersebut hanya terpamer kat rak-rak sahaja, maka jangan menyesal apabila ia 'ditarik balik' atau 'dihilangkan'.

Moga semuanya akan beransur pulih...

Thursday, November 13, 2008

School Holiday

Cuti sekolah bakal tiba...mesti seronokkan. Tapi aku kena attend sekolah selama seminggu lagi tambahan sebab sekolah anjurkan 'in-house training' kat semua cikgu. Mana-mana cikgu yang keluar kursus tahun ni kena present kat cikgu-cikgu lain. Termasuk lah aku yang kena present...
Semalam merupakan hari terakhir aku terlibat dengan Kursus Pemantapan Guru-guru Pendidikan Islam Program j-QAF Negeri Selangor untuk tahun 2008. Sejak Julai lagi, aku terlibat jadi Jurulatih Utama (JU) untuk kursus ni. Sepanjang tahun 2008, terdapat 5 pakej/siri yang perlu aku ikut.

Kursus terakhir di Glory Beach Resort. Kali ni peserta tak begitu ramai berbanding kursus sebelum. Hanya 28 orang sahaja...JU yang hadir, 6 orang. Kalau kat Univ, lebih kurang macam kelas tutorial la... Biasanya yang paling ramai, 145 orang... wah...penat dan kurang praktikal sebab susah nak bagi tumpuan kalau kita present...

So, bila dah selesai tugas tahun ni, kena lah isi Borang Prestasi pulak kat sekolah. Aku belum siap lagi, tengah cari data sebab nak kena tahu berapa kali keluar pergi Mesyuarat, jadi Hakim, jadi JU, hadir kursus..dan macam-macam lagik.

Betul-betul menyusahkan je...kita keluar sekolah, atas arahan PPD atau JPS. Bukan keluar sesuka hati atau pergi fun-fair... Rasanya lebih tenang dan relaks kalau duk kat sekolah berbanding keluar jadi JU, hakim atau apa-2 tugas di luar....

Tapi...what can I say..."Saya yang menurut perintah:"...

Kalau nak nilai kerja kita...nilai la sebaiknya, tapi aku tak kesah langsung. Aku hanya menanti Penilaian di 'sana' kelak... asalkan kerja yang aku buat kat luar..ikhlas dan mematuhi syariat Allah Taala...Ameen...

Monday, November 10, 2008

Kursus lagi...

Assalamualaikum...

Hari ni sampai Rabu (10hb-12hb) aku kena pergi Kursus Pemantapan Guru j-QAF siri akhir kat Glory Beach Resort, Port Dickson... dah nama kena bertugas... takleh nak excuse dah.

Minggu ni la yang paling mencabar. Paling sibuk kat sekolah. Kena siapkan buku program utk Kem Bestari Solat Perdana Derah Klang...pastu kena wat Multimedia utk Hari Anugerah sekolah.. tapi yg tu mugnkin tak sempat sebab lambat bagitau...Hari Anugerah 12hb...hari ni aku dah nak ke PD. Nape wat mesyuarat lambat... kesian cikgu Saufi kena wat sorang2... maaf ye cikgu.

Lagi pulak, isteri kat rumah tengah batuk2 serius. malam tak boleh tidur...alhamdulillah tak mabuk sangat...cuma pening2 kepala kalau tak pekena (minum) Ali Cafe... hmmm.. yg heran nya, nape la aku yg pagi2...uwek uwek.. morning sickness...terbalik kot yer... buat kali yang ketiga dalam hidup aku...utk anak yang ketiga...Takpe... perkongsian susah senang

Jap lagi dah nak bertolak ke PD...bahan tak update lagi...moga2 takde masalah masa nak present nanti. Risau gak, sebab kesihatan tak menentu nih... Ni pun mujur sahabat aku Afendi nak tumpangkan aku... Syukran ya akhi...

Demi tugas...kupergi jua...tinggalkan anak dan isteri...demi agama dan anak bangsa tercinta. Jumpa Rabu nanti ye Sayang...Muazz...Hajar...and 'baby'...

Tuesday, November 04, 2008

Rezeki...syukur alhamdulillah


Alhamdulillah...itulah kalimat yang keluar dari bibir bila zaujah bagitau...

"tak dapat la nak ikut KPLI lagi tahun nih...."

"kenapa?," aku tanya balik...

"pregnant...," jawabnya.

Hmm...kami memang rancang...kalau boleh biarlah anak yang ketiga ni jarak sedikit... bukan apa, Anak sulung..Muazz baru berumur 2 tahun 6 bulan. Hajar pulak setahun 3 bulan. Lagipun zaujah memang nak pohon jadi guru tahun depan. Dia dah pun pi interview KPLI dan DPLI.

Apa pun,...anak pun rezeki Allah yang tak ternilai harganya...walaupun kita dah merancang... tapi Allah Maha Kuasa... Teringat pulak kat kakak yang ngajar kat sekolah, dah hampir 9 tahun kahwin, masih belum dikurniakan cahaya mata... ada gak kawan-kawan yang 5-6 tahun pun masih belum ada rezeki....

Kalau Allah dah bagi tuh...syukur Alhamdulillah. Mungkin peracangan hidup kita tu masih perlu ada tambah nilai yang perlu diperhalusi...

Zaujah aku..bila dapat tahu pregnant...terus jadi lemah...tak bermaya, sakit urat,... loya... tak lalu nak makan...sebelum tahu...ok jer... mungkin itu psiko perempuan hamil... orang lelaki mana tahu... tapi pengalaman masa zaujah mengandungkan Muazz dan Hajar... aku pun turut sama 'mabuk''... tak tau la kenapa...hehehe.. kongsi susah senang sama-sama ngan isteri.. best gak..

Bila ahli keluarga nak bertambah nih..kena la usaha lebih lagik... Ya Allah...berkati lah hidup kami, murahkan lah rezeki kami...lindungilah keluarga kami...Ameen..

Syukur Alhamdulillah...

Back to school...

Alhamdulillah...sejak saya kurang berada di sekolah, ada gak la kawan-kawan yang rindu..bertanya khabar... mana taknya,...dekat dua minggu asyik takde kat sekolah... tapi bukannya pi fun fair...pi jalankan tanggungjawab gak... demi agama dan anak bangsa. Macam yang saya post sebelum nih, saya pi kat Melaka dan Port Dickson utk Mukhayyam Bahasa Arab Negeri Selangor...rasa pena pun tak hilang lagik...

Minggu ni keje makin banyak... terutama nak isi data e-pelaporan untuk bulan Oktober. dah dapat surat 6 Nov ni ada mesyuarat kat PPD Klang. Data yang dah siap nak kena submit ari tuh. Saya dah mintak kawan-kawan j-QAF yang lain isi sama... biar sama-sama dapat mahir isi data.

Banyak gak skrip soalan jawi dan Bahasa arab yang kena tanda...alhamdulillah zaujah sudi membantu, saya cuma key in markah dalam komputer jer... kalau tak, tu pun zaujah nak buat...

Sekolah ada dua minggu lagi... 12 hb ni ada Hari kecemerlangan... Murid kena buat persembahan... training pun tak sempat lagik... sibuk ngan data jer...

Tadi sempat gak baca blog sahabat kat Riyadh...best tul Azral kat sana...murah rezeki dia. dapat buat Umrah byk kali lak tuh... rezki masing2... doakan aku lak yer Azral...

Ok lah...nak sambung isi data...kepala maskin penin....

Popular Posts