Tuesday, March 31, 2009

Mengidam...

Teringat kisah Dang Anum di bunuh gara-gara memakan seulas nangka sulung milik Sultan Mahmud. Kerana tidak tahan dengan teringinnya nak makan nangka, diri dan anak yang tak berdosa menjadi mangsa kekejaman Sultan. Walau dinasihati bahana yang akan menimpa, Dang Anum tetap merayu agar diberi seulas nangka itu kepadanya, bukan untuknya sebenarnya... untuk bayi dalam kandungan, jawabnya.

Huhu... itu lah kisah dulu-dulu. Perihal mengidam.

Isteri ada sebut teringin nak makan satay kajang. Dah tiga hari hasrat itu diluah. Sang suami pun tak sampai hati nak ketepikan hasrat hati Sang isteri. Dicanang seluruh sekelian rakyat yang tahu adanya cawangan Satay Haji Samuri di area Klang. Bukan malas memandu ke Kajang atau Awan Besar, cuma kepenatan kerana mengajar sesi petang. Kalau boleh nak disegerakan permintaan hari Sang Isteri.

Berita baik hari ini, apabila ada yang mengkhabarkan ada cawangan Haji Samuri di Bukit Tinggi. Terima kasih kak Sal dan Ustazah Asiah. Terpana dan teruja sendiri. Malam ni, mesti pergi sana, janji saya.

Pulang dari sekolah, isteri tersenyum. Gulai kurma daging sudah siap terhidang. Waduh... macam mana nih. Tak mengapa. Kena pergi jugak. Makan sikit sekadar alas perut. Isteri tak benar tambah nasi, takut satay tak habis disantap. Huhu... baik tuan permaisuri. Isteri tak menjamah gulai kurma daging yang dimasak, perut dibiar kosong untuk diisi apa yang dihajati.

Terkial-kial mencari lokasi sepertimana yang dipeta. Akhirnya, tersenyum bila ternampak cahaya kuning menghiasi 'signboard' kedai Hj Samuri Satay Kajang cawangan Bukit Tinggi Klang...

Akhirnya, hajat tertunai. Sang isteri tersenyum puas. Alhamdulillah... semoga sang anak dalam kandungan dan juga sang ibu lena tidur malam ni ya...

Terima kasih kanda...

Sama-sama adinda... tidurlah dengan lena ya. Sweet dream...

Sunday, March 29, 2009

Gian itu, datang lagi...

Semalam, sedang asyik meng'akses' beberapa blog, saya terjumpa satu blog yang amat mencuri hati saya. Mulanya menjengah masuk blog akhimizi, terjumpa di situ seorang yang cukup dikenali wajah dan namanya; (addeen57) namun belum pernah beramah mesra sewaktu di UM. Addeen atau nama sebanarnya Izzuddin merupakan pelajar RPKJ di UM suatu ketika dahulu, dan terus menyambung pengajiannya di bumi matahari terbit, Jepun.


Apa yang membuatkan blog addeen ni mencuri hati saya? Menelusuri catatannya, membuatkan saya terimbau seketika apa yang telah lama saya tinggalkan. Bidang penulisan.


Ya, dulu saya memang minat menulis. Sebelum mula berjinak dengan bidang ini, saya banyak menghabiskan masa membaca novel karya penulis tersohor. Kalau tidak dibeli, saya pinjam daripada teman. Antaranya Azral, Hasdi dan beberapa lagi. Bila dah membaca novel, terasa diri menjadi watak dalam cerita. Hehehe.(ngoyal la tuh...)


Bila mula menulis? Selepas saya graduate, tiada pekerjaan yang tetap, jadi mula memanfaatkan masa dengan menulis. Apa yang ditulis? Mulanya cerpen. Seorang rakan di UM dalam bidang Media menjadi Mentor. Asrul Kahar a.k.a Along namanya. Semua hasil tulisan, dibaca dan dikomen. Ada beberapa buah manuskrip cerpen sempat disiapkan, namun hanya untuk koleksi peribadi. Cuma seingat saya, ada sebuah cerpen saya yang tersiar dalam karangkraf dot com. Saya pun tak pasti, bila saya hantar. Tajuknya: Diari Hitam.


Sebenarnya, saya suka membaca karya sendiri, berulang kali. Dari situ dapat di lihat kebocoran dan kelompangan isi. Jika sudah enak, cuma tambah beberapa perasa sahaja bagi menambah kesedapannya.

Cerpen-cerpen saya, entah dimana sekarang. Dalam longgokan fail yang tidak diketahui letaknya. Bila sudah mula bekerja, masa semakin terhad. Terasa rindu untuk mula menulis. Kenapa menulis? Sebab di situ, boleh meluahkan apa yang kita rasa. Berkaitan hidup, masyarakat, pertelingkahan, persefahaman, kasih sayang, dan segala macam asam garam kehidupan.

Saya bukan seorang penulis yang bagus. Masih memerlukan mentor. Apa yang banyak membantu saya ketika itu, cuma membaca karya penulis berpengalaman untuk melihat gaya dan genre penulisan mereka. Saya kagum dengan hasil penulisan penulis-penulis muda namun berbakat besar. Mampukah saya sebaris dengan mereka? Itu cuma impian yang tidak tahu bila akan kesampaian...

Dulu, masih ingat sewaktu di UM. Berkesempatan berbengkel bersama Ustaz Abu Hasan Morad. Banyak yang dikutip, disedut dan diserap. Rugi rasanya menyepikan bidang ini...huhu

Namun, agaknya... bila minat dan masa untuk menulis akan datang lagi? Gian untuk menulis membuak-buak tatkala menatap hasil karya sahabat lain. Kena mula semula ni... Tengok la dulu, jika masa mengizinkan, akan ku orak langkah, perlahan-lahan demi menitipkan sebuah karya... ya, karyaku sendiri, insyaAllah...

Yang penting, nak menulis ni, kena banyak membaca...kan? Macam yang Muazz tengah buat tu ler... rajin tul Muazz ni...Hmmm....

Saturday, March 28, 2009

Rezeki kita...

Kali ni, rezeki telok dan sungai. Bukan Telok Menegon, tapi Telok Pulai. Seperti yang dijangka, persaingan MTQ kali ni boleh dikatakan sengit. Bila semua wakil zon berkumpul untuk merebut gelaran JUARA Daerah, sudah pasti persiapan dan persembahan bertambah mantop.

Saya cukup kagum dengan kesungguhan pelajar-pelajar membuat persembahan. Walaupun, tiada nama yang tersenarai sebagai pemenang, namun saya pasti para Hakim sememangnya begitu 'panas' untuk memilih wakil daerah. Kebetulan ketua hakim, sahabat saya sewaktu di UM. Sempat bertanya khabar dengannya setelah selesai 13 kumpulan membuat persembahan. Semasa menanti keputusan, dia juga sukar untuk memilih yang terbaik.

Komen saya sepanjang persembahan murid, ada rahsia yang tersendiri:


1. Disiplin: Saya dapat lihat, murid yang mempunyai disiplin diri yang baik, akan dapat menghayati setiap yang diberikan oleh guru. Murid berdisiplin, pandai menjaga diri walau dimana mereka berada.

2. Keyakinan Diri: Setiap peserta, perlu diberi motivasi diri yang tinggi. Alasannya, bila dah ada keyakinan dalam diri, mereka akan dapat mengatasi masalah takut, gugup dan gementar di atas pentas. Itu yang dapat saya lihat dalam beberapa kumpulan yang berentap.

3. Kesungguhan: Murid yang bersungguh-sungguh, akan berusaha memperbaiki diri mereka. Kelemahan dari sudut sebutan, gaya, intonasi dan sebagainya akan dapat dibaiki jika mereka dapat melakukannya berulang kali walau dimana mereka berada.

4. Berani: Perubahan ketara dapat dilihat jika murid berlatih dihadapan murid lain, guru yang ramai dan apatahlagi apabila membuat persembahan. Jadi, ia turut berkaitan dengan motivasi yang diberi kepada murid selain melatih mereka menghafal lirik, lagu dan gaya.

5. Senyuman: Kumpulan yang menang, memang tidak kedekut dengan senyuman. Kerana senyuman itu akan membuat mereka enjoy dengan persembahan. Perkara inilah yang sering saya tekankan, namun ada juga murid saya yang gagal senyum, tak tau la kenapa... ish ish

6. Doa: Terima kasih kepada teman dan sahabat yang mendoakan kami sepanjang entry berkaitan MTQ ini ditulis. Doa kalian menguatkan semangat anak murid saya. Tak kira dalam komen yang diterima dalam entry yang ada, dalam email, facebook dan sebagainya.

Jadi, sepanjang dalam perjalanan pulang ke sekolah, saya bersembang dengan murid. Minta mereka komen sendiri, dimana silapnya mereka tidak membawa pulang kejayaan... Antara jawapan yang menyentak jantung saya...

Saya cuba tenangkan keadaan. Air-cond yang dipasang sedikit sebanyak membantu menyejukkan dan mengeringkan peluh yang menitik lebat.

Kalau la begitu keadaannya... susah la ye. Tak mengapa, selagi kita berusaha... insyaAllah, kita akan ada ruang untuk berjaya.

Keputusan Penuh Nasyid:

JOHAN: SK Telok Pulai
KEDUA: SK Sungai Serdang
KETIGA: SK Sungai Binjai

Tahniah kepada SK Telok Pulai. Wakil Daerah Klang untuk MTQ Peringkat Negeri.

Jangan putus asa... kita cuba lagi. Jadikan kumpulan yang menang sebagai inspirasi.

Ok lah, lepas ni boleh la concentrate dengan aktiviti p n p pula. Minggu depan kena submit laporan kat PPD. Moga Allah permudahkan segala urusan. Juga untuk pertempuran untuk merebut 2 buah Bukit dan 1 Batang bulan April kelak... Mari sama-sama membantu ke arah kemenangan...

Kepada semua... terima kasih segalanya...

Friday, March 27, 2009

Esok.. penentunya

Hari ni hari terakhir. Hari terakhir melatih murid-murid. Penatnya, memang bukan kepalang. Sepetang bersama mereka. Betulkan melodi, lenggok, burdah dan sebagainya.

Esok penentu segalanya. Penantian bakal berakhir. Sebabnya esok saya akan bawak budak-budak nasyid saya ni ke SK Bukit Rimau. Berentap bersama-sama sekolah seluruh daerah klang. 12 sekolah semuanya. Semuanya hebat-hebat. Tak tahu la camana nanti... tawakkal je lah.

Petang tadi, semua try pakai baju baru. Baju ok, cuma sampin yang dibeli bersama tu, macam tak berapa cun la... ala-ala kain batik gitu... tapi demi menjaga hati KP yang dah belikan, saya suruh budak2 tu pakai je. Jangan banyak komplen, kata saya.



Cuba tengok tang sampin tu... masuk ke tak masuk???

Beberapa kali mereka practise turun naik pentas. Rupa-rupanya budak ni nampak gelabah dan panik bila ramai orang yang tengok. Ish... esok lagi la ramai. Saya pulak yang tension. Ada jugak suara yang langsung tenggelam tak timbul-timbul.

Namun, bila dah beberapa kali diulang-ulang, nampaknya mereka bertambah yakin. Saya serahkan semuanya kepada Allah taala... Tengah buat latihan, hujan turun dengan lebat. Kilat sabung menyabung... memang banyak dan acap kali kedengaran guruh berdentum dentam. So, saya suruh murid rehat je. Mereka selawat ramai-ramai kat Dewan Terbuka tu. Dekat setengah jam baru lah hujan reda...

Sewaktu loceng waktu sesi petang hampir tamat, saya terima SMS dari Penyelia Petang, Pn Susheela a/p Kannapathy:

"Good Luck for Tomorrow"...

Terharu saya dapat SMS tu daripada Pn Sushe. Dia yang banyak bagi support kat saya. Dan dia juga lah yang bagi sedikit sumbangan untuk kami beli Baju Melayu dan aksesori yang berkaitan. Thanks Puan Sushe... Tu bukannya seagama dengan kita... tapi cukup sporting gila. Pentadbir yang lain??? Hmmm....

Semua penat lelah saya, GPI dan budak-budak nasyid ni akan terjawab esok. Semoga Allah memberi pertolongan kepada kami... InsyaAllah.

Kepada Team Soutul At-Tolabah... buat yang terbaik esok yer. Semoga maruah SKTM kan tertebus kembali... Ameen...

Nak tahu resultnya camana... kena tunggu la next entry... kalau takde esok, lusa la gamaknya... huhu...

Thursday, March 26, 2009

Masa... berapa hargamu?

Hari ni, rasa cam penat je. Tak tau kenapa. Balik je dari sekolah, rasa cam lemah badan, pening lalat dan kejang urat. Minggu ni actually (speaking jawa jap), agak busy sikit. A lots of work to do. Memang banyak. Tak terkejar... sampai kelas pun tak masuk... shhh... jangan salah anggap lak.

Saya di 'takdir'kan untuk latih dan bimbing serta guide (ish... sama la tuh) budak-budak untuk Nasyid sempena MTQ Peringkat Daerah Sabtu nih. Sebelum ni merajuk, tak nak latih budak-budak tuh. Serik. Frust. Down. Demotivated. Pakej la tuh.

So, dengan hati yang terbuka, compose dua buah lagu (bukan ciplak-ciplak punya...). Bunyinya boleh la tahan, tak tau la camana. So, minggu ni kena buat latihan intensif. Latihan waktu petang, jadi agak mengganggu jadual p n p saya. Setelah berbincang dengan Penyelia Petang, beliau merestui saya train budak even saya ada kelas. Kelas 1+1 la. Kelas bersama GPI. Kelas Bahasa Arab, saya masuk gak. Tak boleh nak tuang. Tak sanggup nak kelas muqarror. Dengan PKSR lagi.


Penat berlatih ngan budak. Siap kena form gaya dan formasi, tu yang penat. Kena jadi kareografer la kejap. "Pergh...ustaz boleh menari la..." bisik budak-budak tu...

Ish... ni bukan menari la... lenggok-lengkok dan goyang-goyang sikit jer. Baru leh pikat judges nanti...(huhu...dah mula la tuh). Memang kelakar tengok budak-budak nih. Keras cam kayu. Dah namanya pun lelaki, nak lenturkan tubuh bukan senang... berpeluh saya nak betulkan. Bila nak wat gaya... kena gaya step, suara pun dah mula hilang... saya pulak yang hilang sabar. Maklumlah, dapat Mentor yang garang... nasib korang la ye.

Ada satu hari (less than 24 hours) untuk melatih budak-budak nih. Esok (jumaat) ada lebih kurang 3 jam je lagi. Last rehearsal pun esok gak. Harap semuanya ok. Kalah menang tak kesah. Cuma kalau boleh nak la dapat top 3. Itu impian saya. Hadiah buat budak-budak ni gak. Lepas ni leh la concentrate untuk UPSR lak. kalau masuk negeri, camana pulak? Huhu... jauhnya berangan ni...

Masuk blog Ustaz Nazri kejap tadi... tengok kat shoutmix, dia nak jumpa kami kat MTQ Peringkat Negeri, Gombak jadi host... Ish... tak boleh jadi nih. Cabaran tuh. Kena wat the best, mana tau ye tak. Mana tau gak, boleh jumpa Kumpulan Nasyid Ust Mior dan Ust Anis kat Peringkat Kebangsaan nanti... ish, dah mula lagi la tuh... Tuah ayam nampak di kaki, tuah Hang Tuah nampak kat Taming Sari, tuah SKTM??? Letak kat kain sampin, kot??? Huhu... Wallahu 'Alam.

Apa lagi yang memenatkan minggu nih?

Kena buat soalan ujian kali 2 (April). Bahasa Arab Tahun 3 dan Jawi Tahun 2. Ish, lambat lagi la nampaknya nak proceed kat KP. Setakat entry ini ditulis, Soalan BA dah siap. Soalan Jawi lum lagi. Harapnya malam ni siap la ye.

Lagi? Kena buat sepanduk Maulidur Rasul. Saya dah printkan wording yang perlu ditulis. Cuma nak ngecat, saya memang 'tokdan'. Maap la yer. 'Jemeruk' dengan latihan nasyid.

Semalam dapat surat dari PPD. Kena attend meeting next week (Jumaat, 3 April 2009). Kena bawa Laporan KBS, Laporan Pemulihan Jawi, Jadual Semua Guru j-QAF, PKSR Bahasa Arab dan juga Al-Quran. Yang ni, kena pulun minggu depan. Semua dah ada (ye ker?), cuma nak susun dan edit jer lagi.

Ketua Panitia minta sediakan lakaran untuk Pertandingan Mewarna utk murid tahun 1 dan 2. Belum juga siap. Esok dah nak guna. Habislah. Mesti mengamuk Kak KP saya tuh. Takpe, malam ni saya stay up. Tidur lambat. Esok juga saya pergi riso kat kedai. Moga siaplah malam nih. (dah ngantuk dah ni...camana lak?)

Dengan kudrat yang lemah balik dari sekolah, budak-budak ajak sambung training nasyid malam ni. Ya Allah... tak reti penat ke budak-budak nih. Dah la sepetang dah kena 'belasah' dengan saya tadi... Pukul 9 malam, diorang dah terpacak kat depan pondok pengawal. Huhu, memang nak kena budak nih. Saya cuma izinkan pemain gendang dan solo je yang datang, habis semua datang. Semangat punya pasal la nih.

Apa pun, sesibuk mana pun, kita pastinya akan hargai masa. Ightanim khamsan, qobla khomsin (rebutlah 5 perkara sebelum datang 5 perkara) antaranya, waktu lapang sebelum tibanya waktu sibuk (sesak nafas) kamu... memang masa itu bukan sahaja Emas, tapi Berlian, Zamrud, Jade, Zhulian dan segala macam benda yang berharga... So, hargailah MASA.

Wal Asr...

Sunday, March 22, 2009

Demi Tanggungjawab... Apa Saja

Tanggungjawab Guru Terhadap Anak

"Mana lagi nak cari nih
?" saya cuba menjenguk di bawah almari.

"Tau la.. dah abih tempat geledah, tak jumpa la plak," jawab isteri. "Muazz,... cepat tolong abi dan ummi cari cepat" arahan dikeluarkan kepada Muazz, segera menggeledah peti mainannya.

Saya mengerling ke arah Hajar. Rilek je dia. Macam takde apa-apa yang berlaku. Orang lain kelam kelibut cari benda dia punya, dia wat tak heran plak.

Berpeluh saya, isteri dan Muazz mencari botol susu Hajar. Tak tau ke mana letaknya. Habis seluruh tempat persembunyiannya diselongkar. Dalam almari baju, dalam mesin basuh, bawah kabinet, dan merata-rata tempat lagi.

Peluh tak keruan, baju dah kebasahan. Hajar masih tekun memasukkan blok lego yang ada sambil tersengih sendiri setiap kali berjaya memasukkan lego tersebut.

Akhirnya, jumpa juga. Ish, dia nak minum susu, boleh wat tak tau pulak. Itu la budak namanya... huhu, saya dan isteri saling memandang... sapa lak nak buatkan susu nih... Ish, rasa malas dan 'tok cekak' mula menguasai diri. Akhirnya saya akur... bapa mithali la gamaknya, saya basuh botol, Umi Hajar yang bancuh susu... adil la tu kan... berkira ke? Takde la... itu la namanya helping each other...


Itu lah sebahagian tugas di rumah. Melayan karenah anak dan isteri. Walaupun penat, tapi seronok. Seronok dengan telatah si kecil. Gelak tawanya, mengeringkan duka... cuma bila meragam, abi jadi geram... bibir diketap, tangan disentap... bila kata tak diendah, tegur tak dihirau, abi hilang sabar, ummi menyejukkan hati, memujuk.

Tanggungjawab Guru Terhadap Komuniti dan Ahli Masyarakat

"Sejak ditukarkan ke Fakulti Pendidikan, saya memang sibuk, kerja balik lewat daripada orang lain. Macam-macam kerja nak kena settle," jelas jiran saya bercerita.

"Apa yang diorang rancang, kita follow je lah, jangan melawan arus," tambahnya lagi.

Itu lah perbualan ringkas tatkala menghilangkan penat. Mengeringkan peluh yang membasahi baju Melayu Hijau sedondon dengan warga Zon. Memang jarang jumpa, hanya di surau dan majlis keraian sebegini, tautan mahabbah terjalin kembali.

Pagi tadi, kami ikut serta dalam Perarakan sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Taman Bukit Jati. Ingatkan dekat je...jauh la jugak. Berpeluh sepanjang perarakan tu dukung Hajar. Yang penting, syiar. Gegak gempita dengan laungan selawat. Bergema di seluruh taman. 7 kontijen mengambil bahagian. Kami Zon 3. Ada 6 Zon semuanya dicampur dengan Zon TNB.

Zon 3 menang ketiga kategori Sepanduk dan kedua kategori perarakan dan jumlah ahli berarak teramai. Menjadikan kami Johan Keseluruhan, alhamdulillah. Rugi lak tak amik gambar, takleh wat kenangan.

Selesai perarakan, jamuan makan. Lepas tu ceramah dan tazkirah daripada Ustaz Asri Ibrahim. Syok jugak dengar Ustaz Asri bercerita. Tak kering gusi jugak la. Pastu barulah persembahan yang ditunggu-tunggu daripada Rabbani. Best sangat. Dengan sound speaker dari PA yang mantop, menggegarkan Taman Bukit Jati. Sebelum beredar, beli CD Nostalgia. Best dengar lagu-lagu Nadamurni di bawa nafas baru. Pergh...layan sungguh.

Tanggungjawab Guru Terhadap Muridnya

Esok dah nak mula sekolah. Pasti banyak tugasan yang menunggu. Sudah pasti. Latihan intensif murid untuk Pertandingan Nasyid Peringkat Daerah Klang pada 28hb Mac ini memaksa saya untuk memaksa dan mengerah diri datang awal ke sekolah. Cadangan sesi latihan pada jam 11 pagi hingga 1 tengah hari setiap hari sehingga pertandingan berlangsung. Harapnya kedua-dua lagu yang baru di gubah telah dihafal sebaiknya.

Susah jugak nak cari melodi yang best. Kena cari mood, baru leh buat. Bagi saya, bila dah ada lagu, senang nak wat lirik. Moga latihan intensif minggu ni akan berjalan lancar. Moga kejayaan juga akan berpihak kepada kami, insyaAllah.

Tanggungjawab Guru Terhadap Rakan Sejawat

Tugasan lain, nak anjurkan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah. Tarikhnya sama dengan MTQ Peringkat Daerah. Saya ditugaskan menyelia Pertandingan Sepanduk. Wording lum disusun lagi. Lupa la pulak. Cuti punya pasal.

Peperiksaan Pertengahan Tahun bakal menyusul. Justeru, soalan perlu disediakan serapi-rapinya. Kurang gemar teknik copy n paste. Cuma kalau waktu terdesak dan kesuntukan masa yang amat, leh la guna teknik tu.

Tanggungjawab Guru Terhadap Isteri

Esok juga nak hantar zaujah pergi Klinik Ibu dan Anak Tengku Kelana, untuk scan baby yangdah tujuh bulan dalam 'perut' uminya. Moga tiada apa-apa yang merunsingkan kami. Fibroid nampaknya dah takde. Sewaktu kandungan pertama, fibroid pecah dan tidak kelihatan melalui pengimbas tatkala mengamalkan minum air Musoffa. Alhamdulillah. Syukur padaNya.

Apa lagi ye? Hmm... kena tunggu esok la baru boleh update tugasan yang menanti di sekolah. Semangat sejak LDP tu masih memuncak. Nak cuba buat perubahan dalam teknik pengajaran, moga akan menatijahkan yang terbaik. Cuba dulu la, baru boleh tahu hasilnya.

Bak kata Sudin dalam salah satu filem P.Ramlee..."Selagi belum tutup mata, kerja, kerja dan kerja..." apa lagi... kerja Lillahi Taala...

Allahumma Yassir, wa la Tu'assir...

Inna ma'a al-'usri yusra...

Tuesday, March 17, 2009

Macam tak percaya... tapi percaya je lah

"Cukup ke duit ni, gaji belum masuk, kan?" tanya isteri minta kepastian.

"Ada, insyaAllah... ambik je keperluan yang dah abih," jawab saya.

Hari ni, saya bawa isteri dan anak-anak ke Mydin Hypermarket, Subang Jaya. Agak jauh dari rumah kami di Klang, lebih kurang 30 kilometer. Jika nak dibandingkan dengan Tesco dan Giant di Klang, lagi dekat, tak sampai 5 kilometer. Tapi kini dah boikot... so, kena cari alternatif lain la plak.

Banyak juga keperluan yang dibeli, disamping barang-barang lain. Membeli biar berhemah, tapi jangan sampai kedekut. Itu prinsip saya. Saya nak pastikan isteri dan anak-anak puas dengan apa yang mereka nak... itu la hendaknya.

Saya lebih mengutamakan keperluan anak-anak dan isteri. Tapi isteri ni, susah sikit nak beli barang-barang dia sendiri, kesian kat saya, katanya. Sebab dia tak bekerja, dia takut menyusahkan saya... Mana ada!! Saya boleh tanggung lagi la... insyaAllah.

Puas merayap hampir 85% dalam perut gedung Mydin tu, kami menuju ke Cashier. Huhu, macam banyak je nih... takpe, duit ada, pujuk saya sendiri.

Selesai semua barang di scan, mesin yang tak bersuara tu, memberitahu jumlah yang perlu dibayar. Mak oi... terkejut badak saya. Nasib baik tak melompat. Mesin yang tak bersuara tu 'cakap', kena bayar RM337.20 setelah dibundarkan (rounding adj) daripada RM337.18. Ish, tak pernah berbelanja sebanyak ni sebelum nih. Memang barang sekarang dah mahal, berontak hati kecil.


Bil yang menjadi bukti, cecah RM337.80

Mungkin bagi setengah orang, perkara itu biasa. Tapi bukan untuk keluarga saya. Kena berjimat cermat dan berhemah. Tapi apa kan daya...

Realitinya, minyak dah turun ke paras yang agak affortable, tapi harga barang cam tu gak. Mana nak elak dah, bukan beli barang ntah apa-apa, keperluan anak-anak gak. Pampers, susu, makanan, lauk pauk dan keperluan dapur... dah cecah rege tuh... SubhanaLlah...

Takpe, bulan depan dapat duit kutu, nak belanja keperluan baby yang nak lahir bulan Jun ni plak. InsyaAllah... moga Allah murahkan dan mudahkan rezeki kita ye, Ameen...

Jangan sedih ye 'sayang' dalam perut bonda, akan abi belikan keperluanmu nanti. Baju dan lampin abang Muazz dan kak Hajar dah tak leh nak pakai. Abi dan Ummi beli yang baru nanti ye... kalau Pakcik Amir kat perak tu nak belikan pun, abi tak kesah... huhu

p/s: Ada orang kata... shopping Mall ni berhantu, betul ke???

Monday, March 16, 2009

LADAP pun sodap...

"Ramai guru KPLI yang berbohong...pembohong," ujarnya.

"Kenapa pulak," tanya kami kebingungan.

"Masa temuduga, bila tanya... boleh mengajar kalau bukan opsyen? jawab... boleh sangat, saya ngajar tuisyen 5 subjek... bila tanya lagi, sanggup dihantar ke bormeo? jawab... ke mana sahaja, tak kesah. Bila ditanya kenapa nak jadi cikgu? Jawab sebab minat sejak dilahirkan... betul-betul minat la tuan... kerja banyak camana pula??? tak kesah, memang saya minat buat kerja... itu sebelum jadi CIKGU...bila dah jadi CIKGU... tak seperti yang dinyatakan. Itu sebab saya panggil cikgu sekarang PEMBOHONG"...

Itu lah kata-kata sinis dari seorang pensyarah dari Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands, Encik Mohd Dawi bin Ithnin yang dijemput khas bagi menyampaikan ceramah bertajuk Memperkasa Profesion Perguruan.

Bermula dengan agak tegang, beliau memprovok guru yang hadir. Semua jawapan yang diberi oleh guru terhadap soalan yang dilontarkan, akan dijawab sinis. Wah... geram jugak pada mulanya. Ye lah, kita datang nak citer apa yang betul dan berkongsi ilmu yang kurang.

Kemudian, barulah beliau bermula dengan step seterusnya. Agak lucu tapi penuh informasi. Suka untuk saya berkongsi dengan pengunjung blog ini.

Antara isu yang hangat dalam perguruan sekarang:

- sekolah banyak anjurkan 'dumb-program'- banyak program yang terlaksana tapi tak tercapai objektifnya, murid tak dijadikan sasaran utama, makan pulak yang lebih...

- 'cikgu kerja banyak'
-'protes tingkah laku' - buat kerja dengan terpaksa, hadir LDP pun kerana dipaksa dll
- guru tak faham realiti seorang guru
- guru tak ada knowledge dan skill
- guru ada masalah attitude (sikap)
- guru tiada minat dan keseronokan dalam bilik darjah

Bagaimana membina minat dan keseronokan dalam bilik darjah?

Beliau membuat perumpamaan:

"Cikgu Faridah, kenapa cikgu kahwin?"

"Sebab saya minat dengan suami saya," jawab Cikgu Faridah.

"Bukankah berkahwin lebih menyusahkan hidup berbanding hidup bersendirian? Kita buat kerja hanya untuk kita dan melayan diri kita sahaja? Kalau dah kahwin, kena layan diri sendiri dan layan suami. Bukankah itu menyusahkan?"

"Bila dah kahwin, ada rezeki dikurniakan anak. Bukankah akan bertambah bebanan kita? Bukankah melahirkan anak itu sakit? Lepas beranak seorang, tambah lagi seorang dan tambah lagi. Kita tahu melahirkan anak itu sakit, kenapa masih menambah anak?"

Jawabnya, sebab MINAT dan SERONOK. Walaupun kita tahu tugas kan bertambah dan menyusahkan kita, tanggungjawab juga makin banyak, tapi disebabkan MINAT dan SERONOK melakukan perkara itu, jadi semuanya dapat diatasi dengan mudah.

Isteri satu...seronok, isteri ramai beronok-ronok... spontan beliau berlelucon. Gamat seketika makmal komputer.

Ada benarnya juga. Kalau kita buat kerja dengan penuh minat dan seronok, banyak ke, susah ke, kita tak kisah, kan?

Dalam ceramahnya juga, beliau ada menyebut beberapa akta:

1- Tak hantar rekod mengajar pada masanya -denda RM500
2- Tak hadir kegiatan ko-ku - denda RM50 setiap sesi
3- Menggagalkan kegiatan ko-ku di sekolah - denda RM5000, penjara 3 tahun
4- Tak mengajar mata pelajaran mengikut dalam jadual - denda RM5000 atau penjara 3 tahun

Itu dalam akta. Dalam SPI pun banyak juga. Kalau pentadbir menggunakan akta itu, tak tahu lah ye.

Katanya lagi... kalau kita banyak bertolak ansur, kita akan ditolak beransur-ansur.
Kalau kita beri kerjasama, kita akan dikerjakan bersama-sama... ye ker macam tu?

Beliau juga menekankan PERANAN GURU ada 4:

1. Menjaga- untuk mengelakkan kecuaian dan kemalangan daripada berlaku.
2. Mengajar
3. Memahami
4. Beri Bantuan

BIDANG TUGAS GURU pula ada 5:
1. Guru Kelas
2. Guru Mata Pelajaran
3. Guru Tugas-tugas Khas eg. Guru Disiplin, Guru SPBT
4. Guru Penasihat Persatuan
5. Guru Penasihat Permainan

Manakala SENARAI TUGAS GURU ada 63. Tak dinyatakan secara terperinci, tapi dia kata... fikirlah sendiri...

Beliau turut menyentuh aspek REVERSE PSYCHOLOGY. Menjadikan sesuatu yang negatif sebagai positif.

Penerapan kerja mengikut BUDAYA ISLAM.
1. Kerja itu sebagai satu ibadah
2. Hari ini adalah lebih baik daripada semalam

Penerapan kerja mengikut BUDAYA MELAYU.
- Perumpamaan yang diberikan seperti dalam kisah "Si Kembang Cina dan Awang Sulung Merah Muda"... Cikgu hendaklah:
-Belum dipanggil dah datang, belum disuruh dan buat...

Beliau juga menegur sikap guru-guru sekarang. Kurang berkemahiran mengawal emosi dan mengawal murid nakal.

Di dalam BANK MINDA ibu bapa, jika guru itu seorang yang baik dan bagus, apa jua tindakan dan denda yang diberikan terhadap anaknya, akan disokong. Sebaliknya, jika guru itu tidang dianggap baik dan bagus, setiap tindakan guru akan dipertikai. Lihat 2 situasi berbeza di bawah:

Situasi 1:
- Bila anak ditanya suatu hari oleh bapa, "Along, cikgu Siti macamana kat sekolah?" jawab Along, "Cikgu Siti bagus ayah, dia mengajar kami semua faham. Dah la baik, lucu pulak tu...
- Bila suatu hari Along balik mengadu pada ayah... "Ayah, cikgu Siti cubit paha Along...sakit" jawab ayah... "Padan muka... bagus sangat la cikgu cubit, kenapa tak rotan, kan lagi bagus... Along tu yang nakal...mari sini abah tambah sikit lagi..."

Situasi 2:
- Bila anak ditanya suatu hari oleh bapa, "Along, cikgu Siti macamana kat sekolah?" jawab Along, "Alah, Cikgu Siti tu... mengajar ntah apa-apa, langsung tak faham... dah la selalu masuk lambat,"
- Bila suatu hari Along balik mengadu pada ayah... "Ayah, cikgu Siti cubit paha Along...sakit" jawab ayah... "ish cikgu ni, aku pun tak pernah nak cubit anak aku... dia lebih-lebih pulak. Mak nya... moh kita ke sekolah sekarang... melampau betul cikgu nih..."

Dapat bezakan tak 2 situasi di atas? Kita ni dalam situasi yang mana agaknya?

Sebenarnya banyak lagi yang dicatat sepanjang ceramah beliau. Nak ditulis kat sini, jadi macam minit atau laporan la pulak kan... Bagi saya, ceramahnya agak menarik, walaupun mungkin banyak yang bersifat teori, tapi boleh dipraktikkan, kalau nak la kan. Pengalaman beliau bersama murid nakal dan samseng, boleh di guna. Tapi kena lihat la situasinya macam mana.

Tak kering gusi kami sepanjang 4 jam duduk dalam Makmal Komputer jam suam-suam panas dek kerana air-cond yang rosak.

Dalam hati saya berkata... "hmm... LADAP kali ni...soodap jugak..." huhu.

Saturday, March 14, 2009

Kau Senyum Kembali

Hari ni, baru dia menguntum senyum. Senyuman yang begitu dirindui. Keletah dan aksi yang lucu, dah lama tidak didengar. Semuanya jadi macam ni apabila Hajar demam, batuk dan selesema sudah hampir seminggu.

Mulanya, abang Muazz yang demam. Alhamdulillah, tak lama. Kebah dalam 4 hari. Disusuli dengan batuk, akibatnya, suara jadi serak. Kesian abang Muazz. Masa Muazz demam, tiada juga aksi Ultraman dan Rykendo yang dapat ditunjuk. Hanya terbaring lemah sambil memegang botol susu. Hajar juga, apa lagi... ini lah peluang Hajar untuk main sepuas-puasnya, mungkin.

Sebabnya, kalau Hajar main apa-apa mainan, pasti akan diambil abang Muazz. Biasa la tuh, budak-budak, getus saya.

Suka tengok bila Hajar senyum dan gelak, terhibur hati

Bila abang Muazz lesu tidak bermaya, Hajar boleh naik kereta abang, boleh baca buku abang, main semua mainan yang ada... Yahoooo... mungkin itu yang Hajar nak luahkan...

Tapi selang 3 hari abang Muazz demam, pada malam tu... badan Hajar agak panas... SubhanaLlah, Hajar nak demam jugak ker? Bisik hati saya. Isteri pun mengambil air campuran asam jawa untuk di jelun. Memang begitu lah, bila anak demam, masing-masing tidak tidur malam... mengawasi anak-anak. Gilir-gilir jelun anak-anak.

Tapi yang paling sadis... bila bab bagi minum ubat. Masing-masing mogok. Ubat tak nak ditelan, tapi hanya dikemam dan diludah kembali. Susah betul dua beradik ni nak makan ubat. Kata neneknya, ikut 'bakat' dan 'perangai' abi la tuh... Huhu, saya tergelak sendirian... memang masa kecil (sampai naik sekolah menengah), saya ni anti-ubat. Segala jenis ubat. Sanggup demam dan sakit daripada menelan ubat-ubat tu.

Bila arwah abah tanya kenapa susah sangat nak telan? Saya masih ingat jawapan saya... "lubang tekak ateh ni kecik...susah nak telan..."

Hmm...agaknya Hajar dan Muazz memang mewarisi 'semangatku' agaknya. Tapi... saya ni agak kurang dapat kawal emosi kalau anak ludah balik ubat... geram rasanya... macam mana la nak sembuh kalau tak nak makan ubat??? Mungkin itu juga lah yang arbah abah rasa bila aku banyak menghabiskan duit ke klinik, tapi ubat hanya disimpan dalam peti. Maafkan Ateh yer...

Hari ni, Abang Muazz dah kembali sembuh sepenuhnya, cuma ada suara-suara yang serak sikit-sikit. Tapi yang saya terkejut, dia cakap dia masih demam dan minta ubat oren (ubat demam). Ish budak nih... masa demam, susah nak telan ubat. Dah sihat ni ngada-ngada pulak... Saya bagi ubat selesema... takyah lagi nak paksa, tak payah nak pegang kaki dan tangan lagi... masukkan ubat dalam syringe, letak dalam mulut... syruuupp... dah telan... Alhamdulillah... kan senang macam tuh.

Tapi Hajar masih merengek. Bila demam, rengekan Hajar yang akan kedengaran. Merajuk, duduk sendirian dalam bilik, katup muka dengan bantal, tak nak makan, tak nak minum susu, semuanya tak nak. Tak tau kenapa. Badan Hajar pun dah makin 'serah'. Makin ringan, sebab tak nak makan... masa sihat, mulut Hajar selalu ada benda... asyik minta biskut, dan apa yang Abi dan Ummi makan, Hajar akan 'seneneh' minta disuapkan.

Biasanya Hajar akan ceria. Menyanyi ikut apa yang dia dengar, melenggokkan badan apabila dengar lagu, dan yang paling diminati lagu masa cerita Anak Betong habis, Selawat Syifa'... terdiam kalau dengar selawat tu, sambil ikut bait-bait akhir... WonderPets pun minat gak. Tapi bila dah demam, takleh nak layan dah...

Tadi saya bawak abang Muazz pergi sekolah, ada latihan nasyid dengan budak-budak. Tinggalkan Hajar dengan Ummi. Menangis Hajar nak mengikut. Memang dia macam tuh. Kalau dia lihat Abi dan Ummi pakai baju dan bersiap-siap... pasti dia akan cakap, "nak alan... nak alan..." nak pergi jalan... seronok bila dapat naik kereta...

Balik dari sekolah, saya lihat Hajar dan boleh menguntum senyum. Dan bergerak bebas dalam rumah, macam sebelum nih. Dah sihat ke, Hajar tuh? Tanya saya pada isteri. Suka sangat la tadi, bawak ke kedai, jawab isteri. Oo... patut lah. Kaki jalan rupanya. Ikut 'bakat' siapa tu yer... huhu

Moga Hajar dan Muazz akan sembuh sepenuhnya, insyaAllah. Abi mintak maaf, tak dapat nak bawak jalan jauh-jauh walau tengah cuti sekolah. Isnin ni abi ada LADAP (Latihan Dalam Perkhidmatan) dan Khamis ni lak ada PTK. InsyaAllah ada selang masa yang ada, kita pergi jalan-jalan yer...

Kembalikanlah senyumanmu itu...

Monday, March 09, 2009

Berkatilah kami... Ameen

13 Rabiul Awal 1430H... genaplah 4 tahun usia mahligai kami didirikan. Kami bersyukur, kami dikurniakan sepasang cahaya mata penyeri hidup. Muazz dan Hajar... buah hati pengarang jantung Abi dan Ummi. Kini, kami sedang menanti kehadiran seorang lagi cahaya mata. Semoga hadirmu akan menambah seri hidup kami.

Buat zaujati, terima kasih atas pengorbanan dan jasamu selama ini. Hanya Allah yang akan melimpahkan rahmat dan ganjaran buatmu. Semoga mahligai ini akan utuh dengan hiasan peribadi yang indah, kesabaran, ketaatan dan keikhlasan.


Selamat Hari Ulangtahun Perkahwinan kita ke-4...

Saturday, March 07, 2009

Ini tugas kita bersama

Peristiwa petang tadi, membuatkan saya tersentak. Menarik nafas panjang sebelum mengatur langkah menuju ke kelas. Saya di sapa oleh seorang guru yang meminta saya dan GPI menegur beberapa orang murid di dalam kelas tersebut.

Terdiam saya mendengarnya. Saya agak terkejut apabila membaca laporan dalam Buku Rekod Kawalan Kelas. Dicatat kesalahan murid bertarikh 5 Mac 2009.

Saya tak salahkan murid itu seratus peratus. Banyak pihak yang terpaksa menanggung sama. Termasuk kami... warga pendidik.

Apa kisahnya??

Kisah yang saya kategorikan sebagai SX dan SG. Malu, sedih, kesal, kecewa, sebak... dan pelbagai perasaan meruntun jiwa.

Jadi, masuknya saya ke kelas petang itu... tidak dapat menumpukan perhatian untuk mengajar. Saya mengambil masa untuk bertenang dan menenangkan diri. GPI merangkap KP meminta saya bagi tazkirah...dia pun tiada mood petang tadi.

Beberapa orang murid didapati membuka zip seluar dan menunjukkan 'anu'nya kepada kawan sebelah. Seorang murid di ugut, kawannya meminta wang... wang tidak diberi, kawan tadi ditolak, habis makanan jatuh... tumpah ke lantai kantin. Ada lagi... kes yang tak sanggup saya ceritakan di sini. Biarlah menjadi kenangan pahit...

Beberapa orang guru akademik berjumpa dengan saya dan KP... meminta agar kami menasihatkan murid yang terbabit. KP saya dengan tegas berkata;

'cikgu, ini tugas kita semua...bukan Guru Pendidikan Islam sahaja...kita sama-sama lah membantu dan menegur" jawab KP saya ringkas.

Ya..setiap kali timbul kes sebegini, Guru Pendidikan Islam akan dituju, dituding jarinya. Di mana peranan Guru Kaunselor? Guru Disiplin? Semua guru? Bukankah semua guru adalah Guru Disiplin?

Saya masih terganggu dengan kes-kes yang berlaku. Itu yang dapat dikesan. Yang terlindung dan disorok... wallahu a'lam.

Nasihat saya petang tadi kepada murid-murid di dalam kelas...

- Jaga diri sendiri, jangan biarkan diri di buli... jika ada, laporkan segera.
- Jaga batasan pergaulan lelaki dan perempuan, itu suruhan agama, bukan arahan kami.
- Ingat apa yang diajar... ilmu untuk diamal, bukan sekadar ujian atau imtihan sahaja.
- Cakap guru jangan dilawan... ilmu takkan berkat, hidup takkan selamat.
- Patuh nasihat dan teguran ibu bapa, kata mereka usah dilawan, hidup takkan senang. Mati takkan tenang
- Hiasi diri dengan sifat MALU. Malu untuk melakukan apa yang dilarang.
- Sayangi diri sendiri, kawan-kawan...
- Pilih kawan yang baik-baik... hidup akan selamat.

Saya sedikit sebak untuk meneruskan kalam. KP saya ambil alih. Saya hanya mampu mengurut dada. Ambil angin di luar untuk menenangkan diri.

Harapan saya, bukan guru sahaja yang diamanahkan mendidik. Semua pihak perlu bertanggungjawab memantau. Ibu bapa, jiran tetangga, ahli keluarga dan mesyarakat. Ibu bapa pula...jika menerima laporan salah laku anak, dengar penjelasan. Ambil peranan. Bukannya membela anak. Anak naik lemak, guru tidak hak nak jentik, pukul dan tegur. Habis tu... apa yang kami boleh bantu? Sekadar memerhati dan terus bercakap?

Rasanya...ini tugas kita bersama...

Friday, March 06, 2009

Tugasku...selesai jua

Assalamualaikum,

Semalam hari yang begitu memenatkan. Ada beberapa tugasan yang perlu saya siapkan. Bukan bebenan, tapi tanggungjawab.

Kajian Tindakan yang diamanahkan, siap jua akhirnya. Setelah mengadakan perbincangan ringan 'soft discussion' dengan beberapa guru terlibat, Kajian Tindakan yang bertajuk:

'MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENYAMBUNG HURUF TUNGGAL JAWI MENJADI PERKATAAN MELALUI KAEDAH 'KAWAN BAIK SAYA' UNTUK MURID 5 GIGIH'

telah berjaya disiapkan. Dua minggu yang diberi, tidak digunakan dengan sebaik mungkin sebenarnya. Dek kerana tugasan yang lain, KT yang diberi, tolak ketepi buat sedetik waktu. Bukan menangguh tugas, tapi memberi laluan kepada yang lain. Namun, syukur KT tersebut telah sampai ke tangan GB tengah hari tadi untuk diserahkan ke PPD.

Kedua; Perubahan Jadual Waktu. Tugasku cuma membantu Ketua Panitia menyusun jadual waktu semua GPI Program j-QAF (sesi petang). Setelah sehari masa yang diberi, saya telah selesai menyiapkannya. Penyelarasan yang dibuat ialah, Tasmik diletak diluar jadual. Itu yang sepatutnya! Alhamdulillah, akhirnya 'ia' telah dihazafkan daripada Jadual Kelas. Jadual waktu baru akan berkuatkuasa 10 Mac 2009.

Minggu ini juga, semua GPI dan GPI j-QAF bertungkus lumus, membanting tulang... menyediakan murid dan peserta untuk MTQ Peringkat Zon pada 11 Mac 2009. Beberapa hari saja lagi. Semoga semua usaha murni anda semua akan terbalas dengan kejayaan yang diidam semua.

Semalam, saya dihubungi melalui SMS oleh KP Bahasa Inggeris, Kak Ina.

"Our Sch is 2nd runner-up"

Saya terpinga sekejap membaca SMS nya itu. Lama kelamaan datang idea untuk merungkai maksud yang tersirat.

Sekolah kami mendapat tempat ke-3 untuk pertandingan Action Song. Saya lalu menjawab;

"Congrates! Well Done... Got pictures?? Wanna upload to our school's blog"

Huhu... gembira tak terkata Kak Ina... saya tumpang sekaki. Dapat wakil Zon ke Peringkat Daerah Klang pula minggu depan...

I wish u all the best...

Saya dan rakan-rakan GPI j-QAF juga sedang menyiapkan Laporan 2 Bulan Pertama 2009. Laporan merangkumi pencapaian Al-Quran, PKSR Bahasa Arab dan juga Kem Bestari Solat. Setakat ini dah 3 Siri, ada 17 Siri masih menanti... Sabar ye anak-anak, masamu akan tiba jua. Huhu...

Dedikasi...

Kepada Ustaz Baim dan Kak Faten yang minta Kajian Tindakan yang saya buat tu di upload ke sini, InsyaAllah... akan diqabulkan permintaan tu... InsyaAllah.

Kepada Sahabat di Johor, Mior Syazril... moga cepat sembuh. Moga tabah dengan ujian yang diberi...SyafakaLlah

Buat adik kat Mesir... Sana Helwa Ya Gamilah... huhu, selamat menyambut Ulang tahun ke-23. Moga beroleh rahmat dan maghfirah. Ma'a taufiq wa an-Najah dalam imtihan nanti.

Buat adik Ha... selamat meneruskan Praktikum dengan cemerlang... Moga terus cemerlang dan gemilang, jangan temberang murid-murid lak yer..

Buat Angah... selamat menunaikan Umrah... tak lama je lagi. Doakan Ateh dan isteri pulak yer. kami pun teringin ke sana...

Buat isteriku... kuatkan semangat. Jangan putus asa, cekalkan hati. Hari Selasa ni kita sama-sama ke UM yer... selesaikan urusan yang perlu. InsyaAllah...

Kepada semua... Baarakallahu Fiikum...

Tuesday, March 03, 2009

Sesudah Azan Subuh


"Kenapa nama saya tak ada pula? Kan awalnya ada..." tanya saya.

"Entahlah ustaz, saya pun tak pasti. Banyak nama dah kena potong," jawabnya serba salah.

-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-
Seminggu ni, banyak perkara yang menyemakkan minda. Pelbagai isu yang merobek jiwa. Isu di sekolah, isu negara, perebutan kuasa di Perak yang tak sudah-sudah, kes buli membuli, berita di tv yang menyesakkan dada... Tak tahu kenapa. Mungkin inilah ujian Allah kepada hambaNya. Cara untuk menguji sejauh mana tahap iman hamba kepada Pencipta Yang Maha Esa.


Mungkin juga sebab kita alpa dan lupa pada tanggungjawab padaNya... Allah ingatkan kita melalui ujian dan mehnah dalam mengharungi hidup.

Masalah, ujian, musibah dan apa jua bentuk cabaran yang kita tempuh, pasti ada hikmah dan ibrahnya. Kita yang perlu mencarinya, merenung dan menghayati dengan penuh keinsafan dan penyesalan.

Muhasabah, muroqabah... aspek yang perlu diutamakan.

Berapa kali kita bermuhasabah? Kenapa jadi macam tu? Kenapa perkara yang kecil pun boleh dibesar-besarkan? Kenapa ramai murid yang gagal? Kenapa masih ada murid yang lemah walaupun kelas pemulihan dah diwujudkan? Kenapa dan kenapa???

Rumusan seminggu saya terbeban dengan masalah yang meruntun jiwa, banyakkan bersabar. Setiap yang hak... pasti dibela. Yang ditindas, pasti terbela. Iman dan taqwa menjadi ukuran nilai seseorang hamba di sisi yang Esa.



Apa kita rasa bila ditegur? Teguran bukan mencela...bukan untuk mengaib, tapi untuk membetulkan mana yang kurang... marah? malu? geram? dendam? suka? syukur? terima kasih?

Terpulanglah pada diri. Muhasabah suatu yang indah. Memekarkan suatu yang dah layu tanpa sedari. Menceriakan diri yang lesu. Semuanya, kita yang tentukan.


Saya sering ingatkan murid, kita tak selamanya di dunia. Dunia tempat persinggahan. Tempat mengumpul pahala sebagai bekalan menuju hidup yang kekal abadi, di Akhirat. Ya... akhirat tujuan kita. Selagi ilmu yang ada kita amal, selagi iman yang utuh menjadi bekal... insyaAllah kita akan selamat.Semoga semua yang menghantui diri... akan lenyap bersama lenyapnya mimpi buruk (nightmare) sesudah mendengar azan Subuh. Semoga Allah memberi kekuatan kepada diri ini untuk menabur khidmat bakti kepada anak bangsa.

Popular Posts