Thursday, August 13, 2009

Nilai lagi? Nilai je lah...


Sekembalinya daripada bercuti (MC) selama dua hari, saya diminta mengisi Borang Penilaian Prestasi. Borang hendaklah diisi dan dihantar pada 19 Ogos 2009.

Saya minta daripada pentadbir untuk merujuk dan menyemak SKT saya pada tahun 2008. Walaupun saya sememangnya telah dimaklumkan, markahnya 'biasa' saja...

Ya, markah BAIK! Markah yang agak mustahil untuk saya memohon Hadiah Biasiswa Persekutuan, bagi melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana. Amat mustahil... kerana syaratnya, memperolehi sekurang-kurangnya 85 % selama tiga tahun berturut-turut perkhidmatan.

Bukan mengharapkan apa-apa penghargaan... namun, sedikit-sebanyak 'markah'nya boleh membantu dalam urusan perkhidmatan atau sebagainya...

Nilailah dengan saksama dan adil... Hari ini 'kita' menilai... Esok lusa, kita PASTI dinilai...

Mungkin tiada rezeki saya di sekolah ini. Saya perlu berubah angin... menyumbang bakti dan tenaga kepada yang lebih memerlukan.

Tak perlu di tanya, kenapa markah macam tu... kerana, alasannya pasti...
"tu la... tak lekat kat sekolah... asyik keluar je... sapa suruh?"...

Nasib badan... antara 'tugas hakiki' dan 'arahan pihak atasan'. Semoga selain penilaian prestasi di'sini'... akan ada lagi penilaian prestasi di'sana'...

TAHNIAH saya ucapkan kepada semua yang memperolehi Anugerah Perkhidmatan Cemerlang. Semoga dapat meneruskan kecemerlangan anda... Tahniah!

Aku Yang Menurut Perintah

1 comments:

Anonymous said...

Bergantung pada pentadbir sekolah la..kat sekolah kami majoritinya 90% ke atas setiap tahun walaupun kami ni biasa2 ja..

-Ummai

Popular Posts