Tuesday, August 18, 2009

Siap dah...


Alhamdulillah, siap dah!

Setelah berhempas pulas. Ulang alik berjumpa dengan GB untuk mengesahkan berita, agar tiada lagi rungutan dan sungutan selepas ini. Semak biar cermat! Akhirnya, GB meluluskan buletin 4 mukasurat untuk diterbitkan, dan diedarkan!

Terima kasih kepada para 'wartawan'. Lepas ni, tugas unit edaran la pulak. Harap-harapnya tiada la masalah dalam pengedaran Buletin ni nanti. Untuk Buletin penuh, klik di sini. Komentar dan cadangan, emelkan pada saya, ok? :)

Harap-harapnya juga, Buletin ini sampai kepada ibu bapa. Jangan pula ada yang 'terkorban' menjadi 'jet pejuang' lagi!

Sasaran Kerja Tahunan (SKT) masih belum terusik. Program Akademik Terbilang Selangor (PATS) pun sama juga. Esok tarikh akhir. Sekali lagi mengejar dateline... Apa nak buat, dah tugas camtu... :)

3 comments:

fa10 said...

sibuk2 pun sempat lg berladang...hehehe..x per, release tention

fa10 said...

alamak? salah eja plak..ni la gejala guna bahasa rojak..skrg ni nak menulis pun asyik salah jer

Abu Muazz said...

kak faten, nak release tension... bukak ladang, kalau ada ladang betul, resign terus... :)

apa progress PhD suami? agak2 bila boley balik mesia nih?

Popular Posts