Friday, November 20, 2009

Tautan Mesra:Terakhir di SKTM

Salam...

Hari ni hari terakhir khidmat saya di SKTM. Surat yang diterima daripada JPS dua hari yang lepas, bakal mencipta suasana baru. Ya, permohonan pertukaran saya yang telah pun diluluskan.

Sejak berita pertukaran saya tersebar, ada juga teman guru yang tidak menyangka saya mohon bertukar. Ada yang menguntum senyum mengucap tahniah, dan ada yang melabuhkan sebak.

18 hb November, setelah selesai bertungkus lumus melaksanakan tugas sempena Hari Anugerah Kecemerlangan, kami berkumpul di Dewan Seruling, Blue Wave, Shah Alam. Majlis Tautan Mesra (Hi-Tea) a.k.a jamuan akhir tahun.

Saya diminta membacakan doa. Sebak didada bila mengalunkan doa. Saya cuba mengawal emosi. Namun terkeluar serak-serak menahan sedih dan hiba. Saya juga manusia biasa, yang merasa perit dan sedihnya melalui saat2 perpisahan.

Tidak cukup dengan Majlis Tautan Mesra, saya turut diraikan oleh teman2 guru sesi petang dalam satu majlis ringkas petang semalam.

Terima kasih buat Puan Sushe, yang bersusah payah mengadakan majlis tersebut. Majlis makan2 tu juga diadakan sebagai penghargaan buat semua guru petang yang sama2 bergotong-royong menyiapkan pentas sempena Majlis Anugerah Kecemerlangan pada hari Rabu yang lepas. Memang cukup senang dan meriah kami siapkan pentas.


Saya diminta menyampaikan ucapan, seterusnya membacakan doa. Wah... tak tahan sebaknya. Sedih la pulak. Mana taknya... masa rehearsel dalam bilik baru ni pun, meleleh air mata ni hah... speechless kejap. Tapi nasib baik masa bagi ucapan petang semalam, dapat gak kontrol air mata. cuma tersekat-sekat sikit suara ni hah...

Buat semua guru SKTM, terima kasih atas segala tunjuk ajar, nasihat dan teguran selama 5 tahun saya di sini. Banyak sekali pengalaman sempat saya kutip, disamping berkongsi rasa, gembira, suka dan duka.

Saya masih kabur... adakah saya bakal merasai suasana kerja yang sama di tempat baru? Teman guru yang sporting, mesra bagai satu keluarga ? Itu la doa saya... semoga perpindahan ini akan lebih mematangkan saya sebagai seorang pendidik.

Terima kasih atas segalanya... sesungguhnya kenangan pahit dan manis di sini akan tersemat erat dalam hati.

Salam Perpisahan buat semua warga pendidik SKTM...


Monday, November 16, 2009

Keputusan Penuh Mahrajan j-QAF Negeri Selangor 2009

Salam...

Keputusan penuh Mahrajan j-QAF Negeri Selangor 2009:

(a) Tilawah Lelaki:

JOHAN : Gombak
NAIB JOHAN: Klang
KETIGA: Petaling Perdana

(b) Tilawah Perempuan:

JOHAN: Kuala Langat
NAIB JOHAN : Sepang
KETIGA : Klang

(c) Kuiz:

JOHAN : Gombak
NAIB JOHAN: Klang
KETIGA : Kuala Selangor

(d) Kalam Jamaie:

JOHAN: Kuala Selangor
NAIB JOHAN : Petaling Utama
KETIGA: Gombak

(e) Dikir Barat:

JOHAN : Klang
NAIB JOHAN: Petaling Utama
KETIGA: Petaling Perdana

Johan Keseluruhan dinobatkan kepada DAERAH KLANG... Tahniah dan Syabas!!!

Tuesday, November 10, 2009

Mahrajan ooh Mahrajan...

Salam...

Hari kedua berkampung di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Selangor. Bersama dengan hakim yang dilantik bagi mengadili Mahrajan j-QAF Peringkat Negeri Selangor. Mesyuarat Kehakiman kali ni cukup mencabar kerana membincangkan secara terpeinci setiap aspek bagi memastikan mutu pengadilan telus, dan mempunyai kesahan yang tinggi.

Mahrajan kali ni, sekolah saya telah terpilih mewakili Daerah Klang dalam acara Kalam Jamaie, selepas muncul Johan di Peringkat Daerah Klang, 9hb yang lepas. Tahniah... Tahniah... Tahniah saya ucapkan kepada kumpulan Kalam Jamaie yang menunjukkan prestasi yang baik. Bagus... Ustaz bangga dengan kalian!!!

Walaupun ada yang tidak berbangga dengan kejayaan ini... Namun, Ustaz amat berbangga... inilah hadiah yang terbaik untuk kami semua...

Doa ustaz, agar wakil dari sekolah saya akan meningkatkan usaha dan menunjukkan prestasi yang lebih baik... demi 'mengharumkan' nama sekolah... All the best.

Seperti tahun2 lepas, saya terlibat sebagai Hakim Dikir Barat. Kali ini merupakan kali ketiga. Perbincangan bersama hakim, memerlukan penelitian yang terperinci bagi mengelakkan pertikaian di belakang pentas... maklum la, bukan calang-calang penyertaan... semua hebat dan memberikan persaingan yang sengit. Hakim yang garu kepala...

Kepada semua guru pengiring, guru pembimbing yang berjaya membawa 'sekolah' anda ke Mahrajan Peringkat Negeri di SMKA Kuala Selangor pada 13 dan 14 November ini, TAHNIAH saya ucapkan... dan, selamat berjaya!!!

Selamat BerMahrajan... :)

Friday, November 06, 2009

e-Laporan Oktober 2009

Data e-Pelaporan Oktober 2009...


Berdasarkan rekod, masih ramai murid Tahun 4 dan 5 yang perlu diberi perhatian, khususnya bagi Modul Khatam Al-Quran. Kepada semua GPI & GPI j-QAF... sama-sama kita gembeling usaha. :)




Thursday, November 05, 2009

Selamat ber'Mahrajan'...

Alhamdulillah, selesai sudah tugas yang diberi. Tanggungjawab bersama sahabat lain mengendalikan Kursus Pemantapan Guru Pendidikan Islam j-QAF Kohort 2008. Banyak kenangan manis dan pahit sepanjang kursus tersebut.

Buat teman se'JU',... Ustaz Zubaidi Sulaiman, Ustaz Affendi Yahaya, Ustaz Zukhairi Ahmad, Ustaz Hairul Hisyam Adam, Ustaz Khairi Ramlee, Ustaz Hazri Hashim, Ustaz Zairi Saikhani, Ustaz Najib, Ustaz Ikmal Izwan Rosli dan Ustaz Anuar Abdul Rahman, banyak sungguh cerita dan kisah sepanjang kita bersama, bukan?

Semoga apa yang kita lakukan, akan lebih mematangkan kita... dalam menjalankan tanggungjawab sebagai pendidik!!! Mabruk kepada antum... Kalian memang baguusss... :)

'Ala kulli haal, kesemua 6 pakej yg disusun dijalankan dengan baik. Semua sahabat JU menunjukkan kesungguhan membentangkan slot, walaupun agak kepenatan dengan jadual kursus yang agak 'ketat' dan rapat. Namun semua itu, dapat dilaksanakan dengan baik.

Sepanjang kursus, dapat la berjumpa dengan rakan2 yang telah lama tak jumpa. Sejak alam sekolah rendah, sekolah menengah, dan ada juga masa menuntut di universiti dulu... dapat la jejak teman lama... so nice.

Kami sebagai Jurulatih Utama telah cuba menyampaikan sebaik mungkin berdasarkan slot yang diamanahkan. Mohon maaf kiranya terdapat salah dan silap sepanjang kami berbicara. Kalau la ada yang tergurau senda tu, maaf la ye... :) Ada peluang, kita jumpa lagi...

Kini, masa diperuntukkan untuk mengurus markah peperiksaan akhir tahun... Alhamdulillah... semuanya telah selesai. Kredit untuk isteri yang banyak membantu... Jazakallahu ya Habibati...

Minggu depan bermula Mahrajan j-QAF Peringkat Daerah Klang, 9 hb November 2009. Lokasinya berbeza berdasarkan kategori pertandingan:

- Kalam Jamaie dan Dikir Barat : SK Meru, Klang
- Kuiz : SK Abdul Samat, Kapar
- Tilawah Al-Quran : SK Bukit Kapar
- Majlis Khatam Al-Quran - SK Meru 2 (6hb November: Jumaat)

Kepada kontinjen yang mengambil bahagian, All the best... Buat kontinjen SKTM, buat yang terbaik... jangan lupa berdoa selain usaha kalian yang tak kenal penat dan lelah... moga kejayaan mengiringi kalian semua... maafkan ustaz tak sempat nak 'jenguk' kalian berlatih... ingat pesan ustaz ye, disiplinkan diri, dengar setiap arahan ustazah kalian... :)

Mahrajan Peringkat Negeri pula akan berlangsung di SMKA Kuala Selangor pada 13 dan 14hb November 2009. Selamat berjaya kepada semua kontinjen yang menggalas amanah dan harapan daerah masing2... Ma'a Taufiq wan Najah...

Selamat ber'Mahrajan' kepada semua... kepada semua Hakim Mahrajan Negeri Selangor, jangan lupa mesyuarat pada 9 dan 10hb November 2009...


Popular Posts