Thursday, April 08, 2010

Terima kasih SAHABAT...

Salam...

Membaca entry ustaz Zubaidi melalui blog Kembara Ilmu nya, buatkan saya terharu. Sejak hampir 3 bulan bermukim di Desa Putra, belum dapat lagi bertemu dengannya. Hampir 5 tahun kami bersama dalam apa jua aktiviti sama ada peringkat PPD Klang, mahupun JPS.

Orangnya bersahaja, namun penuh ilmu didada. Penyampaiannya juga mantap dan padat, malah penuh dengan jenaka.

Bagi saya, tahun 2008 paling best. Masa tu, kami banyak mengendalikan program bersama. Selain Kursus Pemantapan Guru j-QAF yang dijalankan di Kem Ampang Pecah pada bulan Ramadhan yang banyak kenangan, kami juga berpeluang menguruselia Mukhayyam Bahasa Arab Negeri Selangor.

Itu yang best! Terasa hubungan keluarga di situ. Penat, letih... tolak tepi. Tidur malam pukul 1-3 pagi, tak kesah... asalkan dapat berikan yang terbaik kepada peserta.



Antara sahabat yang sentiasa bersama dalam program j-QAF Negeri Selangor. Masa ni, kami bersantai bersama peserta Mukhaiyam Bahasa Arab, di Glory Beach Resort. Kenangan yang terindah terasanya... hatta dalam majlis wada' program ini, begitu menyentuh jiwa.



Inilah team yang terbaik... Alhamdulillah, syukur dapat bekerjasama dengan sahabat2 ini. Semoga kita akan terus bekerjasama... InsyaAllah.

Terima kasih sahabat!!!



2 comments:

perantau.tt said...

ustaz, bukan setakat klang jer.. yang seblah ni kat putjaya pun tak jumpa lagik.. hehe.. jgn marah midi.. saja gurau2..

Abu Muazz said...

huhu... yer la tu. insyaAllah, ada kelapangan kita jumpa... sebelum apit fly ke Mesir or London... dia dah decide ka???

Nko kena wat spesel sikit, fiza nak join sama... qodhok majlis ari tuh...

tq, azral... :)

Popular Posts