Thursday, April 07, 2011

Dugaan untuk hadapi Ujian


Assalamualaikum,

Semalam adalah hari penyeliaan terakhir praktikum. Ia dilakukan bersama Pensyarah Pembimbing dari IPIS. Seronok juga berkongsi pengalaman bersama pensyarah. Apa yang kurang memuaskan hati apabila pengajaran yang ingin dinilai secara bersama tidak dilakukan dengan baik, seperti yang diharapkan... Tak mengapa... gunakan peluang yang diberikan sekali lagi untuk terus mencipta kejayaan dan kecemerlangan...

Saya telah cuba untuk membantu pelatih tersebut untuk mendapatkan peratusan yang tinggi seterusnya direntas oleh pihak IPG. Dengan purata yang saya berikan, mampu menaikkan sedikit markah yang diberikan oleh pensyarah mereka. Jika ada peluang mungkin salah seorang akan direntas. Jadi, buktikan anda boleh!!!

Namun penyeliaan saya bersama pensyarah tersebut pada awalnya sedikit terganggu dengan surat yang saya terima sebelum itu... Namun saya cuba melupakan sementara hal tersebut dan memberikan perhatian sepenuhnya terhadap PnP yang dilaksanakan...

Sebelum saya masuk ke kelas untuk penyeliaan, saya menerima surat kuiri dari PPD berkaitan permohonan Cuti Tanpa Rekod untuk saya menduduki Peperiksaan Semester 2 nanti. Nampaknya saya terpaksa tidak bercuti sepanjang peperiksaan nanti. Saya masih belum menerima surat kelulusan dari KPM. Mungkinkah permohonan saya itu tidak diterima @ bagaimana? Saya pun tidak pasti. Namun jika benar, permohonan tidak diluluskan oleh KPM, sekurang-kurangnya saya menerima surat 'hitam putih' dari pihak KPM.

Saya cuba dapatkan kepastian dan penjelasan daripada pihak JPN. Katanya mungkin KPM tidak mahu memberi respon atas permohonan tersebut kerana saya sekarang belajar secara separuh masa, bukan sepenuh masa atas tajaan KPM.


Sekadar gambar hiasan

Biarlah jika itu hendaknya... saya teruskan saja sisa-sisa perjuangan ini. Walaupun sedikit terbeban, namun itu dugaan saya. Tak dapat juga saya nak merasai cuti tanpa rekod sebagai penuntut sarjana ini. Mungkin bukan rezeki untuk saya... cuma sedikit terkilan juga apabila permohonan saya utk bercuti tanpa rekod (utk exam shj), tidak disokong dengan alasan merugikan murid dan mengganggu pnp.

Inilah mehnah dalam sebuah perjuangan. Perlu saya hadapi dengan tenang dan sabar. Mungkin sahabat lain dapat beri tumpuan seratus peratus dalam peperiksaan nanti dek kerana persediaan yang rapi... namun saya akan cuba buat yang terbaik. Kemanisan dalam sebuah perjuangan...

Untuk rekod, saya akan berada dalam Dewan Peperiksaan pada 13, 18, 20, 25 dan 29 April nanti. Sahabat-sahabat... doakan saya... terima kasih.

Tuesday, April 05, 2011

Kenapa perlu gentar?


Assalamualaikum...

Alhamdulillah, syukur kerana saya hampir ke garisan penamat untuk stage pertama sebagai mahasitua di UKM. Berbaki seminggu sahaja lagi untuk kami duduk bersama dalam dewan peperiksaan yang sejuk dan dingin selama 3 jam bagi setiap kursus. Suasana yang hampir 8 tahun tidak dirasai sejak meninggalkan kampus UM.

Nak tak nak, itu yang perlu diharungi. Memang terasa peritnya. Terasa sesak didada. Apatahlagi dengan tuntutan tugas dan amanah di sekolah. Mungkin ini cabaran saya... cabaran dalam mengejar sebuah cita-cita.

Minggu lepas, saya agak kurang hadir ke kuliah. Badan tidak fit, kepala rasa pusing, lemah tubuh disamping tanggungjawab lain yang perlu diselesaikan sebagai guru (yang tugasnya bukan sekadar mengajar!!!)

Tugasan kali ni untuk semester 2 ni, begitu banyak... pernah saya 'merungut' di facebook, sekadar untuk meluahkan rasa..huhu,. namun pada kuliah terakhir KPenyelidikan baru ni, ada nada sinis dari pensyarah dengan runguntan itu...



"kata, student Master... biasa la banyak sikit assignment..."

huhu, terpana dan terpaku seketika... hehe. Mungkin sebab itu lah, pensyarah tersebut 'like' status saya tu... tunggu masa untuk 'menembak' agaknya... ;)

Tugas di sekolah juga, tak kurang banyaknya... Minggu lepas baru settled MTQ, selesailah tugas melatih murid untuk Nasyid. Walaupun takde rezeki... insyaAllah kami akan cuba lagi... ;) Hanya bahagian Hafazan yang 'terlekat'. Tahniah.

Minggu ini, kejohanan MSSD... Sebagai Ketua Penasihat Bola Sepak, kena uruskan pemilihan dan latihan. So, minggu ni la kena latih. Minggu ni juga Kejohanan Bola Baling, Badminton dan Bola Jaring... Nak latih murid agak masalah sikit sebab budak yang aktif ni, sama je... bola sepak pun dia, bola baling pun dia, badminton pun masuk gak.. Nasib baik lelaki tak dibenarkan main Bola Jaring, kalau tak... huhu, semua dirembatnya...

Kejohanan Bola Sepak MSSD ni, 12-14 April. Saya mula exam 13hb... Moga ada kekuatan dan bantuan dari guru-guru lain juga... untuk membawa murid nanti... ;)

Syukur kerana dikurniakan teman sekuliah di UKM yang understanding dan banyak membantu. Sering bertanya khabar tatkala kelibat saya tidak kelihatan dalam bilik kuliah. Jazakallah akhi Azalee, ust Sallehuddin, Ust Saif... perjuangan kita bakal bermula, ia hanya sebuah ujian, bukannya turun ke medan peperangan... namun, analoginya masih tetap sama... kita perlukan persediaan dan persiapan dalam segala segi.

Semalam, taklifan sebagai pembentang kerta tugasan terakhir, telah saya langsaikan. Ya, saya orang terakhir. Semoga tajuk 'Perpecahan Umat Islam di Malaysia dan Perkaitannya Dengan Pemahaman Terhadap Islam' akan dapat kita hadamkan. Jika ada yang berminat untuk menjadikan ia bahan artikel atau makalah... silakan, moga timbul kesedaran kepada seluruh umat Islam peripentingnya memahami konsep dan pengamalan Islam yang sebenar, bukan menjadi fitnah kepada golongan yang sering menanti masa dan ketika untuk menumbangkan Islam dan memporaperandakan ummatnya.


Usai kuliah terakhir Falsafah Perundangan Islam, kami bersalaman dengan Prof. Madya Dr. Hashim bin Mehat yang telah mengendalikan kursus ini. Pemikiran yang kritis dalam setiap pembentangan yang dilakukan. Moga beroleh input yang terbaik, InsyaAllah.

Masing-masing mengucapkan selamat serta mohon berkongsi dalam doa moga beroleh kejayaan dalam peperiksaan nanti... sebagai pertemuan terakhir sebelum bertemu di dewan peperiksaan pada 13 April nanti, kami ke cafe untuk makan bersama. Ada yang mencadangkan, bila selesai exam nanti, kami akan ke Saba' Mat'am di Cyberjaya meraikan kejayaan menghabiskan semester 2 ini. ALhamdulillah... inilah nilai sebuah ukhuwwah. Wah, tak sabar nak ke sana nih... ;) Turn sapa nak belanja ni agaknya... hehehe


Gambar Hiasan: Ihsan dari blog nurIslami's Blog


Antara kami, ada yang baru bergraduasi, ada yang masih belum bekerja dan ada juga yang bercuti tanpa gaji semata-mata untuk belajar. Namun majoriti antara kami datangnya dari Timur Tengah... Mesir, Madinah, Morocco, Jordan dan ada juga dari Indonesia. Selain penuntut dari Malaysia, ada juga dari Libya (Isa dan Murad), Indonesia, Thailand dan Kemboja. ;) Bukan lagi 1Malaysia, tapi 1Ummah ;)

Apa pun, sebelum tu... jom pakat study dulu. Harapnya, sepanjang minggu peperiksaan nanti, kita semua dikurniakan kesihatan yang sempurna, InsyaAllah...



Buat semua penuntut Sarjana FPI, UKM... selamat menghabiskan sisa-sisa perjuangan kita untuk semester ini. Moga akan membuahkan serta menatijahkan kejayaan bermakna...

Tiada yang manis tanpa usaha,
Tiada yang indah tanpa sedia.

مع التوفيق والنجاح

Popular Posts