Thursday, April 07, 2011

Dugaan untuk hadapi Ujian


Assalamualaikum,

Semalam adalah hari penyeliaan terakhir praktikum. Ia dilakukan bersama Pensyarah Pembimbing dari IPIS. Seronok juga berkongsi pengalaman bersama pensyarah. Apa yang kurang memuaskan hati apabila pengajaran yang ingin dinilai secara bersama tidak dilakukan dengan baik, seperti yang diharapkan... Tak mengapa... gunakan peluang yang diberikan sekali lagi untuk terus mencipta kejayaan dan kecemerlangan...

Saya telah cuba untuk membantu pelatih tersebut untuk mendapatkan peratusan yang tinggi seterusnya direntas oleh pihak IPG. Dengan purata yang saya berikan, mampu menaikkan sedikit markah yang diberikan oleh pensyarah mereka. Jika ada peluang mungkin salah seorang akan direntas. Jadi, buktikan anda boleh!!!

Namun penyeliaan saya bersama pensyarah tersebut pada awalnya sedikit terganggu dengan surat yang saya terima sebelum itu... Namun saya cuba melupakan sementara hal tersebut dan memberikan perhatian sepenuhnya terhadap PnP yang dilaksanakan...

Sebelum saya masuk ke kelas untuk penyeliaan, saya menerima surat kuiri dari PPD berkaitan permohonan Cuti Tanpa Rekod untuk saya menduduki Peperiksaan Semester 2 nanti. Nampaknya saya terpaksa tidak bercuti sepanjang peperiksaan nanti. Saya masih belum menerima surat kelulusan dari KPM. Mungkinkah permohonan saya itu tidak diterima @ bagaimana? Saya pun tidak pasti. Namun jika benar, permohonan tidak diluluskan oleh KPM, sekurang-kurangnya saya menerima surat 'hitam putih' dari pihak KPM.

Saya cuba dapatkan kepastian dan penjelasan daripada pihak JPN. Katanya mungkin KPM tidak mahu memberi respon atas permohonan tersebut kerana saya sekarang belajar secara separuh masa, bukan sepenuh masa atas tajaan KPM.


Sekadar gambar hiasan

Biarlah jika itu hendaknya... saya teruskan saja sisa-sisa perjuangan ini. Walaupun sedikit terbeban, namun itu dugaan saya. Tak dapat juga saya nak merasai cuti tanpa rekod sebagai penuntut sarjana ini. Mungkin bukan rezeki untuk saya... cuma sedikit terkilan juga apabila permohonan saya utk bercuti tanpa rekod (utk exam shj), tidak disokong dengan alasan merugikan murid dan mengganggu pnp.

Inilah mehnah dalam sebuah perjuangan. Perlu saya hadapi dengan tenang dan sabar. Mungkin sahabat lain dapat beri tumpuan seratus peratus dalam peperiksaan nanti dek kerana persediaan yang rapi... namun saya akan cuba buat yang terbaik. Kemanisan dalam sebuah perjuangan...

Untuk rekod, saya akan berada dalam Dewan Peperiksaan pada 13, 18, 20, 25 dan 29 April nanti. Sahabat-sahabat... doakan saya... terima kasih.

0 comments:

Popular Posts