Assalamualaikum...
Petang tadi, sekumpulan Pentaksir Kawasan (PKw) telah dipanggil untuk mendengar Taklimat Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). PKw tersebut terdiri daripada pentaksir bagi Mata Pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris (PLBS), Sains (PEKA) dan Pendidikan Islam (PAFA).
Gerak kerja pentaksiran hanya akan bermula pada 2 Julai hingga 13 Julai 2012. Setiap PKw telah diminta untuk membuat pentaksiran di 4 buah sekolah yang telah dipilih dan terpilih. Disebabkan saya baru saja dilantik, maka saya tidak berupaya untuk memilih sekolah-sekolah sekitar sebaliknya perlu ‘menziarahi’ sekolah-sekolah yang agak jauh, namun bukannya terpencil. Sekolah yang berhampiran telah terlebih dahulu di'booked' awal oleh PKw yang 'senior'. Apa kan daya... ;(
Akhirnya... SK KLIA, SK Sg. Pelek, SRA Integrasi Salak dan SJKT BBST akan menjadi sekolah pilihan saya. SK Tmn Pantai Sepang Putra dan SK Sg. Rawang akan berada dalam senarai menunggu (waiting list) jika diarahkan oleh Ketua Pentaksir Kawasan (KPKw).
Berdasarkan taklimat tadi, dalam penilaian PAFA, ada beberapa perubahan dalam format mengisi laporan dan pencapaian murid. Jadi, penyelaras sekolah akan memastikan semua dokumen yang diperlukan semasa pentaksiran dibuat, perlu disediakan dengan lengkap.
Jangan bimbang, insyaAllah sesi taklimat kepada penyelaras sekolah akan diadakan dalam masa terdekat bagi menjelaskan segala bentuk perubahan yang dibuat dalam mengisi pencapaian murid.
Pentaksiran ini hanyalah sebagai kayu ukur sahaja. Matlamat utama, semua murid perlu menguasai semya elemen dan ‘kod’ yang ada dalam PAFA. Biar mereka semua mengerti apa yang diucapkan kepada guru pentaksir. Bukan hanya menghafal, malah tahu, faham dan boleh diamalkan dalam kehidupan seharian… InsyaAllah.
Namun masih ada ralat sebab saya masih belum upaya membuka dengan jayanya Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS). Masih bermasalah... walaupun sudah hampir 4 hari mencuba. Masih menunggu lama setelah menekan butang 'cari'... tak tahu dimana silapnya...
Saya masih tidak mampu untuk melihat sendiri 'masalah' yang dimaklumkan (aduan) oleh salah seorang guru di SJKC tentang isu ketidakseragaman yang berlaku antara deskriptor yang terdapat di dalam sistem (untuk di 'tick') dengan manual ada di dalam Dokumen Standard Prestasi (DSP) yang di sediakan oleh LP.
Harapnya, masalah ini tak berlarutan. Semoga 'kesibukan' yang berlaku atas talian ini akan segera dipulihkan.
0 comments:
Post a Comment