Monday, May 03, 2010

LADAP... Program NILAM

Salam...

Tengah hari tadi, kami semua dipanggil bermesyuarat. Taklimat LADAP 2010.
Memandangkan kursus pada tahun ini, tiada peruntukan untuk makan... jadi sebagai alternatif ia telah diubah.

Apa yang diubah? Cara dan kaedah pelaksanaanya memang berbeza. Tiada lagi kursus selama 7 hari, dimana 6 jam bersamaan 1 hari... tapi itu, sebelum ini.


Kini, 7 hari berkursus digantikan dengan 7 buah buah buku! Macam program NILAM la pulak, kan? Guru dikehendaki membaca 7 buah buku yang terdiri daripada 3 komponen utama...



Setiap buku yang ingin dibaca, perlu mendapat pengesahan daripada pentadbir atau Ketua Jabatan terlebih dahulu.

Setelah itu, setiap kali selesai pembacaan, perlu dibuat SINOPSIS, NILAI PENGETAHUAN/PENGAJARAN serta APLIKASI DALAM P&P... segalanya perlu dicatat, sebagai bukti dan rujukan...



Setelah itu, catatan yang perlu dibuat ialah, mengisi borang (menggantikan kad biru tatkala keluar berkursus) yang disediakan. Cukup 7 buah buku... maka cukuplah untuk LADAP tahun ini...


Akhir kata... selamat membaca!!!... jadikan membaca amalan mulia... ;)


Tuesday, April 13, 2010

Mari amalkan 3 S...

Salam...

Hari ni turun padang lagi. Pagi, bertugas sebagai jurufoto. Merakamkan Sukantara Tahun 4. Pelbagai gelagat dan senario dapat diperhatikan. Petangnya pula, melatih murid dengan aktiviti yang dirancang, disamping merakamkan aksi menarik murid yang berlatih...

Begitulah yang akan berlaku sepanjang minggu ini, sehingga Jumaat.

Seterusnya, minggu hadapan pula... Sukan Sekolah bakal menyusul... Begitulah, banyak siri dalam sukan di sini.

Selepas sesi latihan petang tadi, murid berkumpul di tapak perhimpunan. Cuaca redup, memayungi kami... Alhamdulillah.

Tertarik dengan slot yang disampaikan guru bertugas, Cikgu Ruby berkaitan amalan 3 S. Mudah saja untuk dilakukan, cuma perlu dijadikan amalan.

Apa itu 3 S?

Senyum, Salam dan Sapa... Tak kira antara kawan2, apatahlagi kepada guru. Jika ia diamalkan, InsyaAllah... suasana kondusif akan terbit di sekolah dan dimana jua...



Thursday, April 08, 2010

Terima kasih SAHABAT...

Salam...

Membaca entry ustaz Zubaidi melalui blog Kembara Ilmu nya, buatkan saya terharu. Sejak hampir 3 bulan bermukim di Desa Putra, belum dapat lagi bertemu dengannya. Hampir 5 tahun kami bersama dalam apa jua aktiviti sama ada peringkat PPD Klang, mahupun JPS.

Orangnya bersahaja, namun penuh ilmu didada. Penyampaiannya juga mantap dan padat, malah penuh dengan jenaka.

Bagi saya, tahun 2008 paling best. Masa tu, kami banyak mengendalikan program bersama. Selain Kursus Pemantapan Guru j-QAF yang dijalankan di Kem Ampang Pecah pada bulan Ramadhan yang banyak kenangan, kami juga berpeluang menguruselia Mukhayyam Bahasa Arab Negeri Selangor.

Itu yang best! Terasa hubungan keluarga di situ. Penat, letih... tolak tepi. Tidur malam pukul 1-3 pagi, tak kesah... asalkan dapat berikan yang terbaik kepada peserta.



Antara sahabat yang sentiasa bersama dalam program j-QAF Negeri Selangor. Masa ni, kami bersantai bersama peserta Mukhaiyam Bahasa Arab, di Glory Beach Resort. Kenangan yang terindah terasanya... hatta dalam majlis wada' program ini, begitu menyentuh jiwa.



Inilah team yang terbaik... Alhamdulillah, syukur dapat bekerjasama dengan sahabat2 ini. Semoga kita akan terus bekerjasama... InsyaAllah.

Terima kasih sahabat!!!



Wednesday, April 07, 2010

Tukar atau Tunggu???


Surat siaran dah keluar, online pun dah boleh isi... jadi, kepada yang rasa perlu untuk bertukar, sila berbuat demikian sebelum terlambat... semoga impian anda akan jadi realiti, InsyaAllah.

Kepada yang belum 'cukup umur' lagi, 4 tahun setengah seperti yg dimaksudkan... cuba2 la mohon, mana tau, nasib menyebelahi anda... belum cuba belum tahu...

Selamat berjaya... :)

'Anda Pendidik!...'

Salam...

Semalam, sebelum usai dari sekolah, sempat berbual dengan seorang sahabat. Beliau merungut, kurang senang dengan gelagat dan tingkahlaku budak2 yang membuat bising ketika solat Jumaat.

Perkara ni, bukan perkara luar biasa... apabila ada ramai murid sekolah yang hadir ke masjid pada hari Jumaat, pasti akan kedengaran suara2 yang mengganggu jemaah. Imam dan nazir acap kali mengingatkan, namun bagai mencurah air ke daun keladi...

Hilangnya fokus ketika mendengar khatib berkhutbah, lenyapnya khusyuk ketika bersolat... itu keluhnya. Beliau juga kurang senang dengan sikap ibu dan bapa yang membawa anak ke masjid, namun dakwanya... membiarkan anak2 mereka berlari2 dan mengganggu jemaah ingin solat. Beliau mempersoalkan peranan dan tindakan parents tersebut...

"Bawa anak ke masjid, ganggu orang lain... mak ayahnya... khusyuk je sembahyang," keluhnya.

Justeru, dimana salahnya?

Memang menjadi tugas dan tanggungjawab kita, sebagai ibu dan bapa, sebagai pendidik... untuk mengikat hati anak2 muda ini dengan ikatan kerohanian, sebagaimana yang dicatatkan oleh Imam Abdullah Nasih 'Ulwan dalam kitabnya "Tarbiyyatul Aulad" (Pendidikan Anak-anak Dalam Islam) terdapat beberapa kaedah asas dalam mendidik anak2, iaitu:

1) Kaedah Pengikatan
2) Kaedah Pengancaman

Melalui kaedah pengikatan, ia dibahagikan kepada dua pula, iaitu;

1) Ikatan Aqidah (Kepercayaan)
2) Ikatan Kerohanian.
3) Ikatan Pemikiran
4) Ikatan Kemasyarakatan
5) Ikatan Riyadhah

Saya tertarik dengan penerangannya yang jelas, padat dan semasa. Membacanya tidak puas. Namun dikesempatan ini, saya cuma ingin berbincang soal Ikatan Kerohanian yang menyentuh tentang mengikat anak2 dengan peribadatan, Al-Quran, rumah2 Allah (masjid), zikir, amalan sunat dan muraqobah kepada Allah.

Semua penerangan yang disusun begitu halus dan teliti. Setiap para (perenggan) dimulai dengan 'Anda pendidik!...' yang mengingatkan tugas dan tanggungjawab seorang pendidik. Perbincangannya santai namun menyentap hati!... apatahlagi dimulai dengan 'Anda pendidik!...'

Semua pendidik perlu tahu, tugas yang dipikul bukan enteng! Tugas memahamkan peripentingnya ibadah kepada Allah. prinsip kebaikan dan kejahatan, mengenalkannya dengan perkara halal dan haram dan segala bentuk kebenaran dan kebatilan.

Sebagaimana diriwayatkan oleh Ath Tabarani daripada Ali Karramallahu Wajhah, bahawasanya Nabi s.a.w bersabda;

Didiklah anak-anak kamu atas tiga perkara: Cinta kepada Nabi kamu, Cinta kepada kaum keluarganya, serta Cinta membaca Al-Quran. Sesungguhnya para pembaca Al-Quran itu berada dalam naungan Arasy Allah pada hari tiada naungan melainkan naunganNya bersama-sama para NabiNya dan orang-2 suciNya

Alhamdulillah, sekarang kita dekatkan murid dengan Al-Quran. Hatta murid tahun 6 yang bakal meninggalkan alam rendah ini... insyaAllah akan graduate dengan cemerlang apabila mampu membaca al-Quran malah KHATAM dengan sempurna.

Mengikat anak2 dengan masjid juga, suatu tanggungjawab! Mendekatkan mereka dengan suasana ilmu, rasa damai dan tenang dan memupuk sikap bermasyarakat dengan penduduk sekitar.

Namun, solanya... kita perlu mendidik mereka adab2nya. Apa yang digalakkan untuk dilakukan, apa yang dilarang dan ditegah, tatkala kaki melangkah ke kawasan masjid. Itu peranan kita. Moga2, kehadiran kita bersama anak2 tidak menjadi fitnah dan buah mulut masyarakat. Memang itu tabiat manusia... berkata-kata dan terus mengata.

Setakat ini dahulu...

Semoga amal ibadah kita, akan diterima oleh Allah... InsyaAllah...


Friday, April 02, 2010

KLAQ Siri 1/2010


Berhati-hati bila berkata

Salam...

Bermula minggu ni, latihan sukan akan bermula. Namun, disebabkan keadaan cuaca yang tidak mengizinkan, latihan bagi murid sesi petang terpaksa dibatalkan. Hujan yang mula membasahi padang sekolah tatkala latihan ingin dimulakan, menyebabkan ianya terpaksa ditangguhkan pada minggu hadapan.



Jangan marah pada hujan yang turun... sudah sekian lama kita meminta agar bumi yang gersang dan kering akibat cuaca yang panas ni, dibasahi hujan. Nah, sekarang Allah telah dengar rayuan dan rintihan hambaNya... mungkin kita, mungkin petani, mungkin pesawah, mungkin penternak,... dan ramai lagi yang mahu hujan turun.

Jadi, kita perlu redha dan terima segala ketentuan Ilahi. Jangan pula, kita melakukan 'syirik kecil' yang tidak disengajakan, tatkala marah dan tension apabila hujan turun...

"bila hujan, confirm la jammed jalan tu nanti..."

"baru je basuh kereta tadi, hujan la pulak... rugi la duit aku..."

"ish, asyik nak jemur kain, hujan... bila la nak kering baju aku nih..."

MasyaAllah, mungkin banyak lagi frasa yang terkeluar daripada mulut kita, tanpa kita sedari... bila tersedar, pantas istighfar... semoga hidup kita kan sentiasa diberkati...

Kepada murid yang dah gian nak berlatih sukan tuh, sabarlah... Insyaallah kita mulakan latihan tu minggu depan dengan cuaca yang redup dan mendamaikan... :)


Thursday, March 25, 2010

Oh, compact ku...

Salam...

Lama saya tak 'bersihkan' sawang di blog ni. Hanya menjengah blog semata2 untuk membaca tulisan teman2 dalam Blog List sahaja. Sejak laptop saya rosak, makin bertambah malas untuk mengemaskini kalam murabbi.

Laptop saya, teman saya... pelbagai ilmu dan info di dalamnya. Saya abadikan segalanya, sejak setahun setengah bersama. Namun apa kan daya, macam juga manusia,... ada ketika diuji dengan sakit, demam, lenguh, pening hatta ada yang terus bertemu Rabbul Jalil.

Bercerita tentang laptop ni, saya telah hantar ke 'klinik' teman saya. Apabila di diagnose, katanya hanya screen yang rosak, maknanya... motherboard n hard disk masih elok. Alhamdulillah... namun, setelah dicuba beberapa kali menukar screen,... masih tak elok laptop tu. Ntahlah... saya berserah je la. Cuma mengharapkan semua data dan info di dalamnya, dapat diselamatkan lagik... uhuk uhuk uhuk...

Bila dah jadi macam ni, terpaksa mengambil masa ke Bilik Access sekolah untuk siapkan apa jua tugasan... terpaksa la, apa nak buat. Namun, bila dah jadi macam ni, susah juga... sebab mcm2 maklumat ada dalam hard disk laptop tu... sabar je lah...

Sesungguhnya... aku rindu pada COMPACT ku itu... :(




Popular Posts