Wednesday, December 03, 2008

DILEMA...Allahumma Yassir lana...

Posting aku kali ini agak beda sedikit. Hari ini, aku sedikit bimbang. Ntah kenapa. Gusar, cemas dan keliru. Bimbang memikirkan keadaan isteriku yang kerapkali batuk yang sesekali menyesakkan dadanya. Aku juga cemas, bila mengingatkan setiap kali isteriku hamil, ada ketumbuhan 'fibroid' yang akan 'muncul' bersama zigot yang terbentuk. Sakitnya, bukan kepalang...aku sendiri tak tertanggung!!!

Keliru

Isteriku mengingatkanku..."abang, hari ni keputusan DPLI keluar...semak yer"...

Bukankah dia sedar dan sudah tahu, calon yang hamil, sukar untuk mendaftarkan diri sebagai penuntut DPLI mahupun KPLI. Tapi, semanagt ingin tahu isteriku begitu membuak-buak.

Setelah selesai menyemak via online,...

"Alhamdulillah...abang, Mah dapat masuk UM...bestnya...tapi camane yer..." terhenti seketika.

Mukanya kurenung. Nampak sedikit kekecewaan. Aku faham, isteriku begitu teruja untuk bekerja, bukan hanya sebagai satu kepuasan kepada dirinya, atau juga untuk membantu ekonomi keluarga (tolong aku la tuh), tetapi yang paling penting dia begitu teruja untuk menghulurkan sendiri kepingan wang kepada ayahnda dan bonda di kampung buat balasan tanggungan hidup selama ini... itu tujuan utamanya.

Namun, ada halangan yang akan membantutkan harapannya. Adakah perlu disorokkan kandungan semasa mendaftarkan diri??? Wajarkah melakukan pemeriksaan dan x-ray yang mungkin akan membahayakan kandungan???

Aku makin keliru... bagiku, anak adalah ANUGERAH dan AMANAH, malah juga HARTA dan REZEKI yang cukup bermakna... Pada masa yang sama, kerja yang ditunggu-tunggu selama ini oleh isteriku juga adalah IMPIAN dan TUAH yang bukan mudah digapai...


Termenung aku seketika, lantas menasihatkan isteriku agar menerima REZEKI yang mana terbaik untuk kami. Sebagai suami, aku masih mampu menanggung keluarga, kerana itulah kewajipanku... Isteriku juga akur dan REDHA dengan kehendakNya dan bersyukur atas segala yang ditetapkan...kerana itulah yang TERBAIK buat kami...

Allah Maha Adil...Maha Pengasih dan Maha Penyayang...setiap apa yang dikurniakan kepada kita pasti ada hikmah disebaliknya...tak semua yang kita inginkan, mudah untuk digapai dan dikecap...pasti kan ada mehnah dan dugaan...

5 comments:

Anonymous said...

Salam, terharu baca entry kali ni, kak long (panggilan untuk zaujah ust masa kami sama2 duduk RS dulu) mmg tabah. Kerja dengan kerajaan bukan bermakna kita tak boleh jana duit dari rumah. Sekarang sy pun tak bekerja kerana ikut suami belajar. Mungkin kak long boleh buat sesuatu dari rumah untuk jana pendapatan. Saya pun kalau boleh mahu jadi surirumah sepenuh masa untuk mendidik anak dengan tangan sendiri namun apakan daya tanggungjawab pada masyarakat lebih memerlukan buat masa ni. Kirim salam pada kak long, kata padanya ni angah kalau dia masih ingat lagi kenangan kami di RS.

Nur Izah,
Madinah Al-Munawwarah.

Abu Muazz said...

Syukran...nanti saya sampaikan salam ustazah pada zaujah saya...suami sambung belajar kat Madinah ke??

amirmukhtar said...

wah... sudah berubah wajah napok eh. Salam aidiladha!

Anonymous said...

salams ustaz..Ummi rasa keputusan yg ustaz n wife buat tu betoi..Ada jutaan RAHMATs di sebalik 1 dugaan tu..kalau kita REDHA...insyaAllah Allah juga akan REDHA...

Mudah-mudahan lepas nie(kelahiran anak yg bakal dilahirkan)akan terbuka luas lagi peluang untuk wife ustaz menceburi dunia pendidikan...

Mana tahu kot ustaz dapat DANA utk tubuhkan ISLAMIC EDUCATION CENTRE ke...eg..TASKA ker TADIKA ker LANGUAGE TUITION CLASS(ARABIC)ker...etc..dan dari situ wife ustaz bolehler mengembangkan sayap dengan sambung belajar secara PJJ/KDC melalui private education.utk dapatkan apa yang dihajati..

Ummi sentiasa doakan agar IMPIANs wife ustaz n ustaz jugak akan dikabuli Allah dan dapat di realisasikan..Insyaallah

Abu Muazz said...

Ummi...thanks a lot. Syukran atas cadangan dan pandangan yg dilontarkan...Moga semuanya akn mendapat RAHMAT dan HIDAYAH dari ALLAH...

Popular Posts