Tuesday, November 10, 2009

Mahrajan ooh Mahrajan...

Salam...

Hari kedua berkampung di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Selangor. Bersama dengan hakim yang dilantik bagi mengadili Mahrajan j-QAF Peringkat Negeri Selangor. Mesyuarat Kehakiman kali ni cukup mencabar kerana membincangkan secara terpeinci setiap aspek bagi memastikan mutu pengadilan telus, dan mempunyai kesahan yang tinggi.

Mahrajan kali ni, sekolah saya telah terpilih mewakili Daerah Klang dalam acara Kalam Jamaie, selepas muncul Johan di Peringkat Daerah Klang, 9hb yang lepas. Tahniah... Tahniah... Tahniah saya ucapkan kepada kumpulan Kalam Jamaie yang menunjukkan prestasi yang baik. Bagus... Ustaz bangga dengan kalian!!!

Walaupun ada yang tidak berbangga dengan kejayaan ini... Namun, Ustaz amat berbangga... inilah hadiah yang terbaik untuk kami semua...

Doa ustaz, agar wakil dari sekolah saya akan meningkatkan usaha dan menunjukkan prestasi yang lebih baik... demi 'mengharumkan' nama sekolah... All the best.

Seperti tahun2 lepas, saya terlibat sebagai Hakim Dikir Barat. Kali ini merupakan kali ketiga. Perbincangan bersama hakim, memerlukan penelitian yang terperinci bagi mengelakkan pertikaian di belakang pentas... maklum la, bukan calang-calang penyertaan... semua hebat dan memberikan persaingan yang sengit. Hakim yang garu kepala...

Kepada semua guru pengiring, guru pembimbing yang berjaya membawa 'sekolah' anda ke Mahrajan Peringkat Negeri di SMKA Kuala Selangor pada 13 dan 14 November ini, TAHNIAH saya ucapkan... dan, selamat berjaya!!!

Selamat BerMahrajan... :)

1 comments:

tice said...

assalamualaikum

Semoga pemilihan pemenang kali ini bertepatan dan memenuhi semua criteria yang dipersetujui dalam mesyuarat yang telah di adakan..serta dijauhi /tak pengaruhi oleh unsur-unsur yang tidak diingini..Insya-Allah..

Popular Posts