Wednesday, January 13, 2010

Pertama kali di PPD Sepang

Salam...

Tengah hari tadi, sebelum bersiap ke sekolah saya mendapat panggilan telefon daripada GPK Akademik meminta saya hadir ke Mesyuarat Penyelarasan Panitia Bahasa Arab Daerah Sepang. Ustaz Adnan yang sepatutnya pergi, namun terpaksa bergegas ke Hospital Putrajaya kerana ibu mertua yang sakit...

Pertama kali di PPD Sepang membuatkan saya agak kerdil. Belum pernah bermesyuarat bersama teman2 di sini. Masih belum menyesuaikan diri di tempat baru. Namun saya bersyukur kerana bertemu beberapa sahabat yang dikenali yang pernah bermesyuarat di JPS.

Bezanya di sini, bilangan sekolah program j-QAF cuma 22 sekolah, berbanding di Klang hampir mencecah 60+ buah sekolah. Kebetulan pula, PPD Sepang baru sahaja berpindah pejabat. Dahulunya 'menumpang' di SK Taman Seroja, tapi kini telah memiliki bangunan sendiri di Bandar Baru Salak Tinggi, berdekatan SK KLIA.

Saya suka di sini. Tiada istilah kesesakan lalulintas atau 'jammed'. Jalannya lengang... jalan pintas ke KLIA dan Port Dickson, cuma agak bersimpang siur. Pesan seorang guru yang memberi peta lokasi tadi, "...mungkin ustaz akan pening nanti... jalannya berliku-liku..."

Mesyuarat berlangsung hampir 2 jam. Melibatkan guru Bahasa Arab Program j-QAF dan juga Guru Bahasa Arab Sekolah Menengah. Cuma 7 sekolah menengah terlibat di daerah ini.

Antara yang ditaklimatkan:

- Pengurusan fail panitia : perlu sentiasa dikemaskini

- Buku Rekod Pengajaran & Pembelajaran: Perlu dilengkapkan dengan butiran sepatutnya, RPH perlu disediakan setiap hari, impak (refleksi) perlu ditulis selepas p n p dalam bentuk bilangan murid, bukan peratusan... (peringatan yang seringkali disebut pada awal sesi persekolahan; buat ingatan bagi yg terlupa)

- Kajian Tindakan: perlu dilaksanakan berdasarkan keperluan. Sekiranya terdapat murid yang masih lemah dan belum menguasai tahap sepatutnya, program peningkatan perlu dilaksanakan.

- Minggu Bahasa Arab : akan dipantau oleh PPD berdasarkan ZON. Panitia perlu mempelbagaikan aktiviti yang boleh menarik minat murid.

- Program Peningkatan Prestasi : khususnya murid Tahun 6 (murid sulong) yang masih lemah dalam Bahasa Arab. Guru diminta mengenalpasti murid yang mendapat markah di bawah 60, untuk diberikan aktiviti peningkatan dan pemulihan.

Sebelum mesyuarat berakhir, saya diminta untuk memperkenalkan diri, setelah ada yang memaklumkan kepada KU, saya guru baru berpindah... semoga hadirnya saya di sini, akan terus memberi semangat baru dan padu demi melaksanakan tugas dan amanah ini. InsyaAllah...


0 comments:

Popular Posts