Hari ni dapat dua bil... bil elektrik dan bil air. Sejak duk rumah baru, kiranya ini bil yang pertama la. Tersenyum bila lihat bil air dari SYABAS dan TNB... Sebelum ni bila dapat bil, dahi berkerut... hari ni boleh senyum dan gelak gumbira lagi...
Jumlah bil yang dikenakan RM 8.55. Namun ihsan Konsortium Darul Ehsan Berhad (KDEB), bayaran bil tak perlu dijelaskan. Sebabnya, masih dalam 20m3 pertama... Alhamdulillah, syabas kepada SYABAS!!!
Melihat kepada bil elektrik pula, bayaran yang dikenakan adalah RM 19.84. Pun tidak perlu dibayar, kerana tertera dalam bil "DIBIAYAI OLEH KERAJAAN MALAYSIA". Syukur... mungkin sebab bil tak cecah RM20 ke atas... kerajaan yang bayarkan.
Pertama kali bil tak perlu dibayar... huhu. Mungkin ini bulan pertama la kot. Sebab tak banyak lagi guna masa tu. Tengok la bulan kedua ni camana nanti...
Apa pun, terima kasih kepada KDEB (Kerajaan Selangor) dan kerajaan Malaysia atas keprihatinan anda...

3 comments:
alhamdulillah & tahniah...meme terselit RAHMATs disebalik UJIAN nak dpt tempat 'perlindungan ek xyah bayor bills,bolehler ustaz belanja yer?
alhamdulillah... meh la bawak famili ummi kat sini, insyaallah saya belanja... ;0
alhamdulillah... kena pastikan setiap bulan bil air x leh lebih dr rm20 la..uhuks
Post a Comment