Wednesday, April 07, 2010

'Anda Pendidik!...'

Salam...

Semalam, sebelum usai dari sekolah, sempat berbual dengan seorang sahabat. Beliau merungut, kurang senang dengan gelagat dan tingkahlaku budak2 yang membuat bising ketika solat Jumaat.

Perkara ni, bukan perkara luar biasa... apabila ada ramai murid sekolah yang hadir ke masjid pada hari Jumaat, pasti akan kedengaran suara2 yang mengganggu jemaah. Imam dan nazir acap kali mengingatkan, namun bagai mencurah air ke daun keladi...

Hilangnya fokus ketika mendengar khatib berkhutbah, lenyapnya khusyuk ketika bersolat... itu keluhnya. Beliau juga kurang senang dengan sikap ibu dan bapa yang membawa anak ke masjid, namun dakwanya... membiarkan anak2 mereka berlari2 dan mengganggu jemaah ingin solat. Beliau mempersoalkan peranan dan tindakan parents tersebut...

"Bawa anak ke masjid, ganggu orang lain... mak ayahnya... khusyuk je sembahyang," keluhnya.

Justeru, dimana salahnya?

Memang menjadi tugas dan tanggungjawab kita, sebagai ibu dan bapa, sebagai pendidik... untuk mengikat hati anak2 muda ini dengan ikatan kerohanian, sebagaimana yang dicatatkan oleh Imam Abdullah Nasih 'Ulwan dalam kitabnya "Tarbiyyatul Aulad" (Pendidikan Anak-anak Dalam Islam) terdapat beberapa kaedah asas dalam mendidik anak2, iaitu:

1) Kaedah Pengikatan
2) Kaedah Pengancaman

Melalui kaedah pengikatan, ia dibahagikan kepada dua pula, iaitu;

1) Ikatan Aqidah (Kepercayaan)
2) Ikatan Kerohanian.
3) Ikatan Pemikiran
4) Ikatan Kemasyarakatan
5) Ikatan Riyadhah

Saya tertarik dengan penerangannya yang jelas, padat dan semasa. Membacanya tidak puas. Namun dikesempatan ini, saya cuma ingin berbincang soal Ikatan Kerohanian yang menyentuh tentang mengikat anak2 dengan peribadatan, Al-Quran, rumah2 Allah (masjid), zikir, amalan sunat dan muraqobah kepada Allah.

Semua penerangan yang disusun begitu halus dan teliti. Setiap para (perenggan) dimulai dengan 'Anda pendidik!...' yang mengingatkan tugas dan tanggungjawab seorang pendidik. Perbincangannya santai namun menyentap hati!... apatahlagi dimulai dengan 'Anda pendidik!...'

Semua pendidik perlu tahu, tugas yang dipikul bukan enteng! Tugas memahamkan peripentingnya ibadah kepada Allah. prinsip kebaikan dan kejahatan, mengenalkannya dengan perkara halal dan haram dan segala bentuk kebenaran dan kebatilan.

Sebagaimana diriwayatkan oleh Ath Tabarani daripada Ali Karramallahu Wajhah, bahawasanya Nabi s.a.w bersabda;

Didiklah anak-anak kamu atas tiga perkara: Cinta kepada Nabi kamu, Cinta kepada kaum keluarganya, serta Cinta membaca Al-Quran. Sesungguhnya para pembaca Al-Quran itu berada dalam naungan Arasy Allah pada hari tiada naungan melainkan naunganNya bersama-sama para NabiNya dan orang-2 suciNya

Alhamdulillah, sekarang kita dekatkan murid dengan Al-Quran. Hatta murid tahun 6 yang bakal meninggalkan alam rendah ini... insyaAllah akan graduate dengan cemerlang apabila mampu membaca al-Quran malah KHATAM dengan sempurna.

Mengikat anak2 dengan masjid juga, suatu tanggungjawab! Mendekatkan mereka dengan suasana ilmu, rasa damai dan tenang dan memupuk sikap bermasyarakat dengan penduduk sekitar.

Namun, solanya... kita perlu mendidik mereka adab2nya. Apa yang digalakkan untuk dilakukan, apa yang dilarang dan ditegah, tatkala kaki melangkah ke kawasan masjid. Itu peranan kita. Moga2, kehadiran kita bersama anak2 tidak menjadi fitnah dan buah mulut masyarakat. Memang itu tabiat manusia... berkata-kata dan terus mengata.

Setakat ini dahulu...

Semoga amal ibadah kita, akan diterima oleh Allah... InsyaAllah...


0 comments:

Popular Posts