Wednesday, February 09, 2011

Tahniah Bakal Guru j-QAF Ambilan 2011

Salam...

Terdahulu, ucapan tahniah kepada semua calon dan bakal guru Program j-QAF yang telah mula mendaftar di IPG terpilih seluruh Malaysia. Khabarnya kini masih berada di IPG untuk mendapatkan gambaran serta pendedahan modul berkaitan pelaksanaan j-QAF yang telah masuk tahun ke-7.

Mungkin anda masih belum mengetahui sekolah yang bakal dipertanggungjawabkan sepanjang tempoh berkursus selama 18 bulan nanti. Apa pun, semoga bersedia untuk menjadi salah seorang warga pendidik, walau dimana anda ditempatkan... syabas.

Cabaran, ujian dan dugaan pasti ada! Semoga kalian mampu mengatasi setiap rintangan yang mendatang dengan sebaiknya.

Bila ke sekolah nanti, (khabarnya 21 Feb 2011 akan melapor diri), sentiasa berusaha untuk belajar. Ramai yang berpengalaman... kena rajin bertanya, baru timbul suasana ilmu yang baik.

Minggu ni mungkin agak penat mendengar taklimat berkaitan semua model dalam PnP j-QAF. Walaupun kelas sehingga lewat malam... itu satu perjuangan, satu pengorbanan sebelum turun ke dunia pendidikan realiti...

Sebelum terlupa, anda yang mungkin akan mengajar di Tahun 1, sama ada Pendidikan Islam atau Bahasa Arab, anda akan terlibat dengan kurikulum baru, iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).

Dapatkanlah sebanyak mungkin info berkaitan KSSR agar tidak buntu apabila diarah mengajar nanti. Capaian kepada info boleh didapati daripada blog ini, atau daripada mana2 sumber. Taip saja KSSR di mana2 enjin pencarian, pasti tidak mengecewakan anda... Atau info terkini boleh dimuat turun melalui laman web Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Selamat datang ke dunia pendidik... lakukan yang terbaik dengan azam yang menggunung. Jadi lah guru yang setiasa up-to-dated dan mencari maklumat untuk mencantikkan, mengindahkan pengajaran kita di dalam kelas... Anda boleh!!! Tahniah... ;)


0 comments:

Popular Posts