Tuesday, June 23, 2009

4 hari berkampung di PD

Salam...

Hari ni hari ketiga. Mesyuarat RPH Bahasa Arab dan Pembinaan Instrumen Pertandingan Bilik j-QAF Negeri Selangor 2009 makin hangat. Rasa penat pun ada. Penat nak perah otak sebenarnya. Tapi dek kerana tanggungjawab, semuanya berjalan lancar... Alhamdulillah.


Sahabat Hisham dan Rizal khusyuk di depan laptop... buat apa la agaknya tu yer... hmmm


Pertandingan Bilik j-QAF ni bertujuan untuk memastikan 'bilik operasi khas' sentiasa berada dalam keadaan kemas, teratur dan digunakan sebaik mungkin, khususnya dalam pnp pemulihan jawi mahu pun khatam al-Quran.


Ketekunan Jurulatih Utama menyiapkan tugasan, turut diselangi hilai tawa...


Pertandingan ini akan bermula diperingkat daerah, dan johan akan mewakili daerah ke peringkat negeri yang dijangka akan berlangsung pada bulan September nanti. Mengikut cadangannya, hadiah pun agak lumayan...

Berita dan cerita lain, khususnya berkaitan RPH Bahasa Arab, akan dimuatkan kemudian kerana saya masih 'berkursus'... :)

Tekun menyemak dan memurnikan bahan...


Ust Wan Yusof menyemak hasil tugasan yang diberikan


Salam dari Port Dickson, Nogori Sombilan :)

0 comments:

Popular Posts