Thursday, June 18, 2009

Mesyuarat Data PPD

Salam...

Jam 10.15 pagi, saya mendapat panggilan daripada pihak sekolah...

"Ustaz diminta ke PPD sekarang, ada mesyuarat... bawa laptop, cd dan pendrive..." kerani sekolah cuba memaklumkan.

"Sekarang? Baru nak bagitau?..." saya mula rasa tak senang.

Alasannya surat lambat. Ataupun tak PEKA!

Saya terkocoh-kocoh ke PPD. Mesyuarat dijadualkan jam 8.30 pagi (dalam surat), saya tiba di PPD jam 11 pagi. Hanya 3 sekolah daripada 54 buah sekolah yang belum tiba termasuk sekolah saya!

Malu betul saya. Orang pertama saya 'terserempak' dalam bilik mesyuarat, pegawai j-QAF...

Bila saya maklumkan saya lambat sebab baru tahu, surat baru sampai dan sebagainya... dia agak marah... sebab surat dah dimasukkan ke dalam pigeon hole sebelum cuti sekolah... entah lah. Malas nak cerita siapa yang salah, siapa yang tak... telan je lah. SYMP la katakan.

Mesyuarat Pengurusan Data e-Pelaporan Jun 2009 telah lama berlangsung. Guru yang hadir diminta 'menyedut' program daripada JU. Tiada lagi CD dibekalkan. Seperti yang dimaklumkan dalam entri sebelum ini. Saya sudahpun muat turun program tersebut, jadi tidaklah ketinggalan sangat mesyuarat sejak awal pagi tadi.

Setelah bertanya kepada yang hadir awal... tiada apa yang baru, cuma sedikit penambahan menu sahaja... :)

Menurut pegawai j-QAF, data perlu diserahkan awal Julai nanti. Maksudnya ada lebih kurang 2 minggu sahaja untuk menyiapkannya.

Mesyuarat pagi itu juga, menemukan saya dengan beberapa sahabat lama yang tidak ketemu sejak awal tahun. Ada yang dah menunaikan umrah cuti baru ni, malah ada yang baru sahaja dapat bertukar sekolah sama ada dalam daerah atau antara daerah. Yang dah balik negeri pun ada! Ada juga yang sedang berkira-kira nak mohon bertukar disebabkan jarak yang jauh dan sebagainya. Yang dapat bertukar tersenyum puas, yang belum dapat pulak... masih mengharap!

Itulah yang berlaku! Rasa ralat pun ada sebab tak sempat bertemu sahabat2 yang telah berpindah. Tapi apa nak buat, lumrah kehidupan... moga ada masa dan ruang waktu, kan bertemu jua, insyaAllah.

Kepada semua GPI dan GPI j-QAF, selamat mengisi data!

0 comments:

Popular Posts