Wednesday, September 30, 2009

Jangan Ikut Kata Hati...

Salam...

Bukan mudah untuk menjadi orang yang berada di atas... perlu mempunyai kemahiran kepimpinan yang tinggi. Sikap perlu profesional dalam semua tindakan yang diambil.

Keputusan dan perbincangan juga perlu rasional, atas pertimbangan yang baik dan jelas... bukannya emosional.

Saya pernah dan mungkin banyak kali bersembang dengan beberapa senior... wanita tidak sesuai menjadi pemimpin atasan! Setujukah anda? Terutama pengunjung perempuan/wanita?

Ini bukan prinsip double standard, namun itulah hakikatnya.

Saya bukan anti wanita. Malah bangga jika ada wanita yang mampu melaksanakan tugas dengan lebih baik berbanding kaum sejenis saya. Namun, terkadang emosi menguasai diri, yang akhirnya menempelak salah sendiri kepada orang lain.

Apa pandangan anda jika anda dihambur dengan kata-kata yang menyakitkan hati, hanya kerana kesilapan yang kecil? Kesilapan yang mungkin boleh diselesaikan dengan cara rundingan dan nasihat yang baik...

Mungkinkah bila kita marah dan melepaskan segala kemarahan kepada orang lain, kita akan puas? Yang pasti, akan mencambahkan perasaan benci yang membuak-buak.

Jadi, nasihat saya kepada diri saya dan kepada para pengunjung, bila kita dah jadi ketua atau pemimpin dalam apa jua organisasi, bertindaklah dengan sebaiknya.

Tidak salah mewujudkan suasana kerja yang harmonis dan tenang lagi kondusif, bukan hanya suka mewujudkan 'gap' (jurang) antara sesama rakan setugas.

Sebenarnya, hari ni... suasana jadi tegang... yang tak tahu bila akan sudahnya?

Sebenarnya juga, saya hanya menurut jari-jari saya menekan papan kekunci laptop ini... hanya sekadar untuk menenangkan perasaan. Kalau ada kata yang mengguris rasa, ampun maaf dipinta. Semoga Allah memberi kekuatan kepada semua yang bersungguh-sungguh melaksanakan tugas ini.

Ya Allah, berikan kami kekuatan agar dapat menjalankan amanahMu dengan baik...


Thursday, September 24, 2009

Kenangan SK Desa Pahlawan 1986-1991: Panorama kini 2009

Petang tadi, saya sempat singgah untuk menjengah suasana dan panorama sekolah rendah tempat saya belajar daripada tahun 1986 hingga 1991.

Sekolah yang hanya terletak lebih kurang 1 km dari rumah saya sekarang, di Kok Lanas. Banyak kenangan pahit dan manis sejak saya menimba ilmu di sini.

Semoga gambar yang sempat saya rakamkan ini, akan mengimbau memori buat rakan2 alumni SK Desa Pahlawan...


Gambaran di pintu masuk





Gambaran Dewan Utama...



Kafetaria

Bangunan asal 2 tingkat (tapak perhimpunan)


Bangunan baru 3 tingkat. Di depannya bangunan Pra Sekolah


Nama kelas pun dah di tukar kepada USAHA, AMANAH, TEKUN, BESTARI, GIGIH. Dulu, nama2 burung... KENARI, MERAK, NURI, TIONG, SERINDIT.


Gambaran Pusat Sumber Sekolah...

Gambaran Musolla... masih dalam naik taraf... berwajah baru...


Didoakan agar semua pendidik yang telah menyumbang bakti mendidikku, akan diredhai Allah. Semoga beroleh keberkatan daripada ilmu yang dicurahkan... Ameen.

Terima kasih, cikgu!

Salam Eid Mubarak


Salam Eidul Fitri kepada semua pengunjung blog Kalam Murabbi. Salam kemaafan dipohon daripada semua...

Kullu 'Am, Wa Antum Bikhoir

Monday, September 14, 2009

Buku Panduan & Aktiviti KBS

Salam...

Buku Panduan & Aktiviti Kem Bestari Solat untuk murid Program j-QAF Tahap 1 dan Tahap 2 diterbitkan dalam usaha mempertingkatkan Pendidikan Islam melalui penekanan khusus dalam memantapkan serta menghayati amalan Solat dalam kehidupan seharian.

Mungkin buku ini sesuai digunakan oleh murid di sekolah anda. Pelaksanaan KBS memerlukan kefahaman serta penghayatan daripada semua murid bagi melahirkan individu yang mahir dalam kemahiran wudhuk dan solat dengan baik.

Terkini, pelbagai syarikat penerbitan telah menerbitkan buku seumpama ini bagi membantu memudahkan guru-guru dan fasilitator mengendalikan KBS dengan lebih menarik dan berkesan.

Dengan adanya aktiviti pengukuhan, murid dapat melakukan latihan sementara guru atau fasilitator menilai pencapaian murid lain.

Kepada yang berminat, boleh la membuat tempahan buku ini. Surat dan flyers ini saya terima daripada Guru Besar melalui edaran PPD Klang. Bagi saya, buku ini merupakan salah satu pilihan yang dapat saya gunakan untuk murid2 saya.

Kepada yang berminat, boleh hubungi penerbit: ditalian 019-6252646 (Ameerza)

Ini mungkin salah sebuah buku kerja yang anda cari!!!


Klik pada gambar untuk besarkan imej pamplet


Klik untuk upload Borang Pesanan


Surat Sokongan daripada Penolong Pengarah Kanan Operasi j-QAF, Ustaz Wan Yusof Wan Sulong



Thursday, September 10, 2009

Duit Raya ???

Salam

Semalam, telah diumumkan :

KUALA LUMPUR 9 Sept. - Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menyambut baik pengumuman bantuan khas kewangan sebanyak RM500 bagi kakitangan awam dalam kumpulan sokongan.

Presidennya, Omar Osman berkata, pemberian bantuan khas itu menunjukkan rasa prihatin kerajaan kepada kakitangan awam yang turut menyumbang kepada kemajuan negara.

"Walaupun ekonomi negara masih belum pulih sepenuhnya ekoran krisis global, kerajaan masih mempertimbangkan untuk memberi bantuan khas kepada kakitangan awam.

"Terima kasih kepada Perdana Menteri yang prihatin dalam meringankan beban kakitangan awam ekoran peningkatan perbelanjaan menjelang Aidilfitri dan persediaan persekolahan hujung tahun ini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Hari ini, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pemberian bantuan khas kewangan RM500 bagi kakitangan awam dalam kumpulan sokongan.

Bayaran itu dibuat dua kali iaitu RM250 sebelum Hari Raya Aidilfitri dan bakinya pada Disember.


Jadi, bergembiralah kepada kumpulan sokongan. Dapatlah beraya dengan lebih baik. Walaupun dapat tak banyak...

Kepada kumpulan Profesional... selamat beraya la jugak walaupun imbuhan yang diharapkan tidak seperti yang dijangka itu.

Rezeki, kan? Namun, moga-moga kerajaan berubah fikiran... mana tahu, tup tup keluar dalam berita ada gak bonus untuk semua... :) pilihanraya kat Bagan Pinang pun tak lama lagi tuh...

Tentunya tidak banyak beza antara kumpulan sokongan dan kumpulan profesional ini sebenarnya... kecuali lah pendapatannya memang sudah tidak mengharapkan sangat kepada imbuhan atau BONUS, kan?

Selamat membeli belah... :) BIG SALE kat pasar raya makin banyak dan meriah di luar sana... BIG SALE yang Allah tawarkan dalam Bulan Ramadhan pula makin menghampiri gerbang syawal... rebutlah mana yang kita nak...

Selamat Beribadah... berjuanglah sehingga garis penamat...

Pecutan Akhir...

Salam...

Hari ni, hari akhir murid tahun 6 seluruh negara menduduki peperiksaan UPSR. Kertas akhir adalah pada petang ini, Ujian Aptitud yang berakhir jam 3.45 petang. Terserempak dengan guru yang berkenaan, tersenyum!

"Senyum je kak, kenapa? Sebab dapat bonus ke?" "Takde lah ustaz. Soalan spot paper English keluar la ustaz... rezeki budak!"

Sungguh lebar senyumnya. Soalan ramalan keluar. Baguslah. Semoga calon yang bersungguh menelaah dan tekun mengulangkaji apa yang guru beri, akan beroleh keputusan yang cemerlang.

Namun bab soalan ramalan ni, memang rutin setiap kali peperiksaan. Semuanya last minutes. Guru-guru cuba mendapatkan bentuk dan tajuk soalan yang kemungkinan besar akan keluar dari seluruh negara... agar muridnya dapat jawab dengan baik. Guru akan sediakan skema jawapan, maka murid akan menghafalnya.

Maka, jika keluar soalan yang di ramal, maka jawapan setiap murid pasti akan seragam! Pemeriksa kertas nanti, pasti akan tersenyum juga... :)

CERITA-CERITI

Saya pernah bersembang dengan kakak ipar saya, seorang guru Bahasa Inggeris. Dia cukup tidak suka jika calon2 ini diganggu dengan momokan soalan ramalan pada saat-saat akhir. Baginya, ia akan mengganggu penumpuan mereka.

Sehinggakan ada salah seorang muridnya menegur," Teacher, kalau ada soalan spot macam ni, tak payah la kami belajar berpeluh2, jawab gerak gempur sampai tersungkur... tunggu ja time nak periksa, cikgu bagi soalan ramalan... kami hafal yang tu je lah... kan teacher?"

Kakak ipar saya tadi juga, bagitau... ada guru yang menggalakkan murid yang pandai agar mendedahkan jawapan kepada rakan yang kurang pandai, agar ramai yang dapat cemerlang. Ramai dapat A!

Pada mulanya, ramai murid yang dari kalangan kelas pandai agar sukar untuk berbuat demikian. Kerana tidak adil baginya. Dia yang berusaha lebih, senang2 nak bagi orang lain. Namun, setelah di'motivasi' oleh guru-guru agar melakukan 'perkongsian pintar' itu, maka murid yang berkenaan akur. Adilkah itu?

Ada juga, kes di mana digalakkan guru subjek agar sentiasa berada di sekolah, khususnya di kawasan tandas. Sebabnya agar murid senang untuk bertanya jika mereka tidak tahu, dalam perjalanan mereka ke tandas nanti... huhu, semuanya gara-gara nak 'TOLONG' murid. Boleh ke camtu???

Kakak ipar saya amat MARAH dan ANTI dengan cara guru tersebut 'memotivasikan' murid. Beliau akhirnya ditegur oleh segelintir guru lain, yang berusaha untuk menaikkan prestasi dan peratus cemerlang sekolahnya. Kakak ipar saya dilabel sebagai kolot dan ketinggalan zaman.

"Orang lain berebut nak ramaikan murid dapat 5A... dia pulak yang berlawan arus."

Baginya, semua usaha itu umpama menipu murid. Ya... menipu kebolehan sebenar murid. Dan menggalakkan murid agar tidak perlu berusaha gigih kerana akan ada rakan lain akan membantu dalam dewan peperiksaan nanti!


Bila murid dapat keputusan cemerlang 5A, guru dan GB di sanjung. Tapi guru yang terpaksa berusaha melonjakkan prestasi, menyediakan skema jawapan dan soalan ramalan, malah 'memaksa' murid pandai memberi 'bantuan' kepada rakan yang lemah adalah untuk mengelakkan mereka dimarah dan disalahkan... jika keputusan jatuh menjunam... mungkin dek kerana tekanan dan sebagainya. Mungkin la kan...

Kepada semua guru... terpulanglah. Pilihlah hasil yang bagaimana kita ingin lahirkan. Individu yang betul2 berjaya hasil titik peluhnya, ataupun individu yang cemerlang kerana usaha orang lain... jangan sampai terbit pepatah "Bukan yang rajin sahaja boleh berjaya, yang malas pun ada tuahnya"

Fikir-fikirkanlah...

Tuesday, September 08, 2009

Gambatte!!! Taufiq Wan Najah


Hari ni, hari pertama semua murid Tahun 6 menduduki UPSR. Setelah bercuti tiga hari, termasuk cuti tambahan Nuzul Quran.

Semoga semua calon dapat menjawab soalan dengan baik. Untungnya, bila peperiksaan diadakan dalam bulan Ramadhan. Banyak berkatnya. Doa orang yang berpuasa akan dikabulkan, InsyaAllah. Selain berdoa, kita juga boleh menambah dengan amalan solat sunat hajat setiap malam sehinggalah keputusan diumumkan.

InsyaAllah, dimana ada usaha, di situ akan ada kejayaan. Yang penting, ikhlas niat. Bukan hanya untuk cemerlang di dunia ini sahaja... bahkan cemerlang di dunia dan akhirat.

Buat anak saudara saya, Aiman... semoga Along dapat cemerlang dapat UPSR dan mumtaz dalam PSRA nanti. Semoga hasrat Along untuk ke Maahad Tahfiz Sains akan tercapai. InsyaAllah. :)

Hari ini juga kami di sekolah dikejutkan dengan seorang murid yang positif Influenza A (H1N1). Murid tahun 4 tersebut dan seluruh ahli keluarganya telah dikuarantinkan, termasuk ibunya yang juga merupakan salah seorang tenaga pengajar di sini.

Abangnya, calon UPSR. Terpaksa dikuarantikan daripada teman yang lain. Semoga beliau dapat menjawab soalan dengan baik.

Jadi, hampir semua guru sesi pagi telah dibekalkan topeng muka, sebagai langkah keselamatan. Semoga semuanya selamat dan dijauhkan dengan wabak yang meragut nyawa ini. Walaupun sebelum ini, ramai guru yang mengelak untuk memakai topeng muka ini, namun setelah seorang murid disahkan positif, maka semua teruja untuk mengenakannya.

Suasana sekolah hari ini juga agak sunyi, kerana hanya murid Tahun 3 yang hadir. Tahun 1 dan 2 dikecualikan hadir berikutan kelas dijadikan bilik UPSR. Inilah peluang untuk guru menanda buku dan menyelesaikan tugas yang menimbun.

Akhir sekali, jom kita tingkatkan ibadah. Ramadhan bakal melambai pergi. Lailatul Qadr, janji ALLAH yang pasti...

Bacalah!!!





Sebelum terlupa...


Ramadhan sudah masuk hari ke 18. Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi Madrasah Ramadhan ini akan ditutup, dan hanya akan dibuka pada tahun hadapan. Semester yang belum pasti, adakah kita mampu mendaftar sebagai penuntutnya lagi...

Selamat membayar zakat... jangan terleka atau terlewat, kelak ia hanya menjadi SODAQAH sahaja...

Ramadhan Kareem untuk semua...


Friday, September 04, 2009

Kadar Zakat Fitrah 1430H

Kadar zakat di seluruh negara tahun ini ditetapkan antara RM5 dan RM8 seorang mengikut negeri yang berdasarkan harga beras yang terdapat di pasaran.


Berikut jumlah bayaran zakat bagi negeri-negeri di Malaysia bagi tahun 2009:

Kelantan - RM 6.90

Selangor, Pahang, Perak, Kedah dan Pulau Pinang - RM7

Terengganu - RM5, RM7 dan RM8

Johor - RM5 dan RM7.50

Sabah - RM6.60

Negeri Sembilan - RM6.50

Melaka - RM6.30

Sarawak dan Perlis - RM6

Sumber: Bernama

=================================================

Kadar Zakat Fitrah Negeri Selangor RM 7.00

SHAH ALAM - Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Datuk Mohd Adzib Mohammad Isa telah mengumumkan kadar bayaran zakat fitrah di Selangor bagi tahun ini telah ditetapkan pada kadar RM7.00 baru-baru ini.

Kenaikan kadar zakat fitrah adalah disebabkan oleh kenaikan harga beras di pasaran semasa. Lembaga Zakat Selangor (MAIS) juga telah melantik seramai 2,435 amil untuk mengutip zakat fitrah di seluruh Negeri Selangor.

Lembaga Zakat Selangor (MAIS) juga akan membuka 22 kaunter di seluruh negeri tujuh hari seminggu dari pukul 8.30 pagi hingga 4,30 petang untuk hari bekerja dan dari pukul 9 pagi hingga 3 petang untuk hari Sabtu, Ahad dan cuti umum.

Selain itu LZS turut membuka kaunter di beberapa pusat membeli belah terpilih termasuk Centrepoint Klang, Giant Shah Alam, Pasaraya Mydin dan Jaya Jusco Bukit Raja, Klang.

Bagi menyambut Aidilfitri, Lembaga Zakat Selangor (MAIS) telah mengagihkan RM16 juta kepada 10,778 keluarga fakir dan 10,843 keluarga miskin di Selangor.

Sumber: e-zakat.com.my

================================================
Kadar Zakat Fitrah di Kelantan RM 6.90

KOTA BHARU 26 Ogos - Kadar zakat fitrah di Kelantan ditetapkan RM6.90 tahun ini berbanding RM7.60 tahun lepas, kata Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik), Datuk Kamaruddin Mohd. Zin.

Beliau berkata, keputusan penetapan kadar zakat fitrah itu dibuat setelah mendapat persetujuan jemaah ulama dan diperkenankan oleh Pemangku Sultan Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra.

- BERNAMA


Popular Posts