Friday, September 04, 2009

Kadar Zakat Fitrah 1430H

Kadar zakat di seluruh negara tahun ini ditetapkan antara RM5 dan RM8 seorang mengikut negeri yang berdasarkan harga beras yang terdapat di pasaran.


Berikut jumlah bayaran zakat bagi negeri-negeri di Malaysia bagi tahun 2009:

Kelantan - RM 6.90

Selangor, Pahang, Perak, Kedah dan Pulau Pinang - RM7

Terengganu - RM5, RM7 dan RM8

Johor - RM5 dan RM7.50

Sabah - RM6.60

Negeri Sembilan - RM6.50

Melaka - RM6.30

Sarawak dan Perlis - RM6

Sumber: Bernama

=================================================

Kadar Zakat Fitrah Negeri Selangor RM 7.00

SHAH ALAM - Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Datuk Mohd Adzib Mohammad Isa telah mengumumkan kadar bayaran zakat fitrah di Selangor bagi tahun ini telah ditetapkan pada kadar RM7.00 baru-baru ini.

Kenaikan kadar zakat fitrah adalah disebabkan oleh kenaikan harga beras di pasaran semasa. Lembaga Zakat Selangor (MAIS) juga telah melantik seramai 2,435 amil untuk mengutip zakat fitrah di seluruh Negeri Selangor.

Lembaga Zakat Selangor (MAIS) juga akan membuka 22 kaunter di seluruh negeri tujuh hari seminggu dari pukul 8.30 pagi hingga 4,30 petang untuk hari bekerja dan dari pukul 9 pagi hingga 3 petang untuk hari Sabtu, Ahad dan cuti umum.

Selain itu LZS turut membuka kaunter di beberapa pusat membeli belah terpilih termasuk Centrepoint Klang, Giant Shah Alam, Pasaraya Mydin dan Jaya Jusco Bukit Raja, Klang.

Bagi menyambut Aidilfitri, Lembaga Zakat Selangor (MAIS) telah mengagihkan RM16 juta kepada 10,778 keluarga fakir dan 10,843 keluarga miskin di Selangor.

Sumber: e-zakat.com.my

================================================
Kadar Zakat Fitrah di Kelantan RM 6.90

KOTA BHARU 26 Ogos - Kadar zakat fitrah di Kelantan ditetapkan RM6.90 tahun ini berbanding RM7.60 tahun lepas, kata Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik), Datuk Kamaruddin Mohd. Zin.

Beliau berkata, keputusan penetapan kadar zakat fitrah itu dibuat setelah mendapat persetujuan jemaah ulama dan diperkenankan oleh Pemangku Sultan Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra.

- BERNAMA


1 comments:

tice said...

Terima kasih ustaz bubuh list pembayaran zakat semua negeri kat sini..

Kalaulah semua orang ISLAM yang mampu(bukan zakat fitrah...tapi zakat harta,ternakan dll) bayar zakat dengan penuh amanah dan tanggungjawab,sudah tentu KUTIPAN pun lumayan dan dapat menampung perbelanjaan/keperluan pelbagai sektor/orang yang kurang mampu (termasuk pelajar,orang miskin dan anak-anak yatim dll)kan ustaz?

Popular Posts