Saturday, February 06, 2010

Aktiviti hujung minggu...


Salam... kata orang, tak rugi berbudi pada tanah... Nah, inilah hasilnya. Walaupun bukan saya yang tanam pokok pisang belakang rumah ni, namun... rasa puas bila boleh tebang sendiri pokok pisang ni. Nampaknya, makin banyak pokok yang berbuah... Alhamdulillah.

Boleh la nanti agihkan kat jiran2... Pagi tadi, ada aktiviti kokurikulum kat sekolah... tamat jam 10.00 pagi, terus ke belakang rumah, ambil parang (pinjam tikang kebun sekolah punyerr) dan teruskan aktiviti tambahan...menebang pokok pisang. Huhu... peluh yang keluar masa main Bola Baling bersama murid tadi...disambung dengan peluh tambahan...

Harapnya kali ni, takde la pisang2 ni 'diserang' dengan kumpulan monyet dalam hutan belakang rumah ni lagi... hasil pertama dulu, pisang yang dah siap dibungkus dalam surat khabar (peram), bila dah kunig2 sikit, habis dikebas ngan monyet2 tu... tinggalkan satu sikat je untuk tuan rumah, tu pun yang masih hijau kelat lagi... pandai betul monyet2 ni, yang kuning dirembatnya, yang hijau ditinggalkannya... ni kategori monyet 'educated' sebab duk sebelah sekolah, agaknya.

Selamat berhujung minggu... :)

1 comments:

Fiez Kejora said...

hheheeh..monyet pun ade yg educated ek..mentang2 la duk tepi sekolah...manatap2...dunia dh maju..

Popular Posts