Wednesday, November 24, 2010

Permohonan saya di terima...

Salam...

Semalam, sedang rancak bersembang dengan akhi Ruzain, dia bertanyakan status permohonan saya untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana di UKM. Saya maklumkan, saya sedang menunggu surat balas dari pihak universiti.

Namun, saya tergerak utk cuba menyemak secara online. Hasilnya, Alhamdulillah... permohonan saya diterima...


Sebelum ni, ada berbincang dengan isteri... kemampuan saya meneruskan hasrat ini. Cuba timbulkan beberapa masalah atau kekangan yang mungkin timbul:

Antaranya:

1) Masa:

Saya memohon pengajian 'full-time' kerana Fakulti Pengajian Islam tidak menyediakan pengajian secara 'Part time'. Jadi, saya perlu berhadapan dengan kesibukan masa. Waktu mengajar di sekolah, dan waktu belajar di UKM.

Mengikut sahabat saya yang sedang mengikuti pengajian Sarjana di UKM, utk FPI... kelas banyak di sebelah pagi. Jadi lebih selesa jika mengajar di sekolah pada sesi petang. Saya menarik nafas lega... kerana saya memang mengajar di sesi petang.

Namun, sebelum sekolah 'tutup' a.k.a bercuti, saya dimaklumkan oleh Ketua Panitia, kemungkinan saya perlu mengajar di sesi pagi utk tahun 2011. Saya perlu berfikir panjang... inilah mungkin kekangan yang perlu saya harungi... kecuali... saya memohon utk Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa yang ditawarkan oleh KPM. Tapi, kalau ada Cuti Belajar Bergaji Penuh Dengan Biasiswa... lagi la baik... kan?

2) Tugas

KSSR baru bermula. Sebagai Jurulatih Utama Kebangsaan/Negeri, saya mungkin akan terlibat untuk sepanjang kursus penyebaran KSSR ini. Tahun 1, 2011... Tahun 2, 2012... Tahun 3, 2013 begitulah seterusnya. Jika tugas saya dapat diringankan untuk tahun 2011... mungkin saya boleh memberi tumpuan dan fokus kepada pengajian ini.



3) Wang

Nak belajar, kena ada kewangan yang kukuh. Yuran semester, buku-buku tambahan, persiapan untuk pembentangan, dan 1001 macam keperluan. Itu sudah pasti... Tak mengapa, saya akan cuba usahakan, demi sebuah cita-cita yang sudah lama tertangguh... InsyaAllah. Ada yang sudi menjadi penaja??? ;) (Syukran...)

4) Keluarga

Ini bukanlah kekangan atau halangan... tapi cabaran kepada saya. Untuk membahagikan masa yang bernilai untuk isteri dan anak-anak. Saya lihat, ada teman-teman yang sambung belajar, terpaksa mengorbankan sedikit masa bersama keluarga. Tapi untuk seketika waktu sahaja. Mungkin sibuk dengan assignment, pembentangan, apatahlagi musim peperiksaan. Tidak dikira waktu yang terpaksa diuntukkan bagi menyiapkan Disertasi...



Apa pun, saya hanya mengangkat tangan memohon doa daripada Allah... agar sekiranya cita-cita ini menghasilkan jalan yang terbaik kepada saya... maka rahmatilah sepanjang saya belajar nanti. Kita hanya mampu merancang... Hanya Allah jua lah yang menentukan akhirnya... Moga akhirnya itu... yang terbaik. Ameen.

4 comments:

ruzain said...

insyaAllah syeikh, itu juga antara yang anan fikirkan..tetapi untuk mengundurkan diri tidak sekali. Perlu menyudahkan misi menggapai impian yang sudah kali ke 2 tertanggu. Mohon Allah permudahkan insyaallah

tice said...

TAHNIAH & SYABAS to USTAZ!!!Semoga ALLAH perMUDAHkan segala perjalanan pembelajaran USTAZ .....InsyaALLAH

Abu Muazz said...

to ruzain: InsyaAllah... moga Allah permudahkan jalan kita ini. masih terlalu awal perjalanan yg nak kita lalui... cabaran yang mendatang pasti ada... moga dpt harungi dgn bijak dan matang... Ma'a taufiq wannajah... ameen

to ummi: Terima kasih ummi... doa seorang ibu untuk anak yg tak pernah lekang... moga terus doakan anakmu ini. Moga beroleh kejayaan sperti insan yang berjaya yg lain... doakan saya ye mi... Syukran

Abu Muazz said...

to ruzain: InsyaAllah... moga Allah permudahkan jalan kita ini. masih terlalu awal perjalanan yg nak kita lalui... cabaran yang mendatang pasti ada... moga dpt harungi dgn bijak dan matang... Ma'a taufiq wannajah... ameen

to ummi: Terima kasih ummi... doa seorang ibu untuk anak yg tak pernah lekang... moga terus doakan anakmu ini. Moga beroleh kejayaan sperti insan yang berjaya yg lain... doakan saya ye mi... Syukran

Popular Posts