Thursday, April 08, 2010

Terima kasih SAHABAT...

Salam...

Membaca entry ustaz Zubaidi melalui blog Kembara Ilmu nya, buatkan saya terharu. Sejak hampir 3 bulan bermukim di Desa Putra, belum dapat lagi bertemu dengannya. Hampir 5 tahun kami bersama dalam apa jua aktiviti sama ada peringkat PPD Klang, mahupun JPS.

Orangnya bersahaja, namun penuh ilmu didada. Penyampaiannya juga mantap dan padat, malah penuh dengan jenaka.

Bagi saya, tahun 2008 paling best. Masa tu, kami banyak mengendalikan program bersama. Selain Kursus Pemantapan Guru j-QAF yang dijalankan di Kem Ampang Pecah pada bulan Ramadhan yang banyak kenangan, kami juga berpeluang menguruselia Mukhayyam Bahasa Arab Negeri Selangor.

Itu yang best! Terasa hubungan keluarga di situ. Penat, letih... tolak tepi. Tidur malam pukul 1-3 pagi, tak kesah... asalkan dapat berikan yang terbaik kepada peserta.



Antara sahabat yang sentiasa bersama dalam program j-QAF Negeri Selangor. Masa ni, kami bersantai bersama peserta Mukhaiyam Bahasa Arab, di Glory Beach Resort. Kenangan yang terindah terasanya... hatta dalam majlis wada' program ini, begitu menyentuh jiwa.



Inilah team yang terbaik... Alhamdulillah, syukur dapat bekerjasama dengan sahabat2 ini. Semoga kita akan terus bekerjasama... InsyaAllah.

Terima kasih sahabat!!!



Wednesday, April 07, 2010

Tukar atau Tunggu???


Surat siaran dah keluar, online pun dah boleh isi... jadi, kepada yang rasa perlu untuk bertukar, sila berbuat demikian sebelum terlambat... semoga impian anda akan jadi realiti, InsyaAllah.

Kepada yang belum 'cukup umur' lagi, 4 tahun setengah seperti yg dimaksudkan... cuba2 la mohon, mana tau, nasib menyebelahi anda... belum cuba belum tahu...

Selamat berjaya... :)

'Anda Pendidik!...'

Salam...

Semalam, sebelum usai dari sekolah, sempat berbual dengan seorang sahabat. Beliau merungut, kurang senang dengan gelagat dan tingkahlaku budak2 yang membuat bising ketika solat Jumaat.

Perkara ni, bukan perkara luar biasa... apabila ada ramai murid sekolah yang hadir ke masjid pada hari Jumaat, pasti akan kedengaran suara2 yang mengganggu jemaah. Imam dan nazir acap kali mengingatkan, namun bagai mencurah air ke daun keladi...

Hilangnya fokus ketika mendengar khatib berkhutbah, lenyapnya khusyuk ketika bersolat... itu keluhnya. Beliau juga kurang senang dengan sikap ibu dan bapa yang membawa anak ke masjid, namun dakwanya... membiarkan anak2 mereka berlari2 dan mengganggu jemaah ingin solat. Beliau mempersoalkan peranan dan tindakan parents tersebut...

"Bawa anak ke masjid, ganggu orang lain... mak ayahnya... khusyuk je sembahyang," keluhnya.

Justeru, dimana salahnya?

Memang menjadi tugas dan tanggungjawab kita, sebagai ibu dan bapa, sebagai pendidik... untuk mengikat hati anak2 muda ini dengan ikatan kerohanian, sebagaimana yang dicatatkan oleh Imam Abdullah Nasih 'Ulwan dalam kitabnya "Tarbiyyatul Aulad" (Pendidikan Anak-anak Dalam Islam) terdapat beberapa kaedah asas dalam mendidik anak2, iaitu:

1) Kaedah Pengikatan
2) Kaedah Pengancaman

Melalui kaedah pengikatan, ia dibahagikan kepada dua pula, iaitu;

1) Ikatan Aqidah (Kepercayaan)
2) Ikatan Kerohanian.
3) Ikatan Pemikiran
4) Ikatan Kemasyarakatan
5) Ikatan Riyadhah

Saya tertarik dengan penerangannya yang jelas, padat dan semasa. Membacanya tidak puas. Namun dikesempatan ini, saya cuma ingin berbincang soal Ikatan Kerohanian yang menyentuh tentang mengikat anak2 dengan peribadatan, Al-Quran, rumah2 Allah (masjid), zikir, amalan sunat dan muraqobah kepada Allah.

Semua penerangan yang disusun begitu halus dan teliti. Setiap para (perenggan) dimulai dengan 'Anda pendidik!...' yang mengingatkan tugas dan tanggungjawab seorang pendidik. Perbincangannya santai namun menyentap hati!... apatahlagi dimulai dengan 'Anda pendidik!...'

Semua pendidik perlu tahu, tugas yang dipikul bukan enteng! Tugas memahamkan peripentingnya ibadah kepada Allah. prinsip kebaikan dan kejahatan, mengenalkannya dengan perkara halal dan haram dan segala bentuk kebenaran dan kebatilan.

Sebagaimana diriwayatkan oleh Ath Tabarani daripada Ali Karramallahu Wajhah, bahawasanya Nabi s.a.w bersabda;

Didiklah anak-anak kamu atas tiga perkara: Cinta kepada Nabi kamu, Cinta kepada kaum keluarganya, serta Cinta membaca Al-Quran. Sesungguhnya para pembaca Al-Quran itu berada dalam naungan Arasy Allah pada hari tiada naungan melainkan naunganNya bersama-sama para NabiNya dan orang-2 suciNya

Alhamdulillah, sekarang kita dekatkan murid dengan Al-Quran. Hatta murid tahun 6 yang bakal meninggalkan alam rendah ini... insyaAllah akan graduate dengan cemerlang apabila mampu membaca al-Quran malah KHATAM dengan sempurna.

Mengikat anak2 dengan masjid juga, suatu tanggungjawab! Mendekatkan mereka dengan suasana ilmu, rasa damai dan tenang dan memupuk sikap bermasyarakat dengan penduduk sekitar.

Namun, solanya... kita perlu mendidik mereka adab2nya. Apa yang digalakkan untuk dilakukan, apa yang dilarang dan ditegah, tatkala kaki melangkah ke kawasan masjid. Itu peranan kita. Moga2, kehadiran kita bersama anak2 tidak menjadi fitnah dan buah mulut masyarakat. Memang itu tabiat manusia... berkata-kata dan terus mengata.

Setakat ini dahulu...

Semoga amal ibadah kita, akan diterima oleh Allah... InsyaAllah...


Friday, April 02, 2010

KLAQ Siri 1/2010


Berhati-hati bila berkata

Salam...

Bermula minggu ni, latihan sukan akan bermula. Namun, disebabkan keadaan cuaca yang tidak mengizinkan, latihan bagi murid sesi petang terpaksa dibatalkan. Hujan yang mula membasahi padang sekolah tatkala latihan ingin dimulakan, menyebabkan ianya terpaksa ditangguhkan pada minggu hadapan.



Jangan marah pada hujan yang turun... sudah sekian lama kita meminta agar bumi yang gersang dan kering akibat cuaca yang panas ni, dibasahi hujan. Nah, sekarang Allah telah dengar rayuan dan rintihan hambaNya... mungkin kita, mungkin petani, mungkin pesawah, mungkin penternak,... dan ramai lagi yang mahu hujan turun.

Jadi, kita perlu redha dan terima segala ketentuan Ilahi. Jangan pula, kita melakukan 'syirik kecil' yang tidak disengajakan, tatkala marah dan tension apabila hujan turun...

"bila hujan, confirm la jammed jalan tu nanti..."

"baru je basuh kereta tadi, hujan la pulak... rugi la duit aku..."

"ish, asyik nak jemur kain, hujan... bila la nak kering baju aku nih..."

MasyaAllah, mungkin banyak lagi frasa yang terkeluar daripada mulut kita, tanpa kita sedari... bila tersedar, pantas istighfar... semoga hidup kita kan sentiasa diberkati...

Kepada murid yang dah gian nak berlatih sukan tuh, sabarlah... Insyaallah kita mulakan latihan tu minggu depan dengan cuaca yang redup dan mendamaikan... :)


Thursday, March 25, 2010

Oh, compact ku...

Salam...

Lama saya tak 'bersihkan' sawang di blog ni. Hanya menjengah blog semata2 untuk membaca tulisan teman2 dalam Blog List sahaja. Sejak laptop saya rosak, makin bertambah malas untuk mengemaskini kalam murabbi.

Laptop saya, teman saya... pelbagai ilmu dan info di dalamnya. Saya abadikan segalanya, sejak setahun setengah bersama. Namun apa kan daya, macam juga manusia,... ada ketika diuji dengan sakit, demam, lenguh, pening hatta ada yang terus bertemu Rabbul Jalil.

Bercerita tentang laptop ni, saya telah hantar ke 'klinik' teman saya. Apabila di diagnose, katanya hanya screen yang rosak, maknanya... motherboard n hard disk masih elok. Alhamdulillah... namun, setelah dicuba beberapa kali menukar screen,... masih tak elok laptop tu. Ntahlah... saya berserah je la. Cuma mengharapkan semua data dan info di dalamnya, dapat diselamatkan lagik... uhuk uhuk uhuk...

Bila dah jadi macam ni, terpaksa mengambil masa ke Bilik Access sekolah untuk siapkan apa jua tugasan... terpaksa la, apa nak buat. Namun, bila dah jadi macam ni, susah juga... sebab mcm2 maklumat ada dalam hard disk laptop tu... sabar je lah...

Sesungguhnya... aku rindu pada COMPACT ku itu... :(




Thursday, February 11, 2010

Permohonan KPLI-SR Jun 2010

Salam...

Ada yang setia menanti... menanti dan terus menanti.
Peluang dah dibuka...
Bermula 8hb Feb 2010 hingga 21 Feb 2010.

Aplikasi Permohonan... klik kat sini.
Moga berjaya.

Semalam belikan PIN untuk isteri di BSN. Pelik. Kenapa kat slip tu tertulis Pengambilan Januari 2011 sedangkan dalam iklan, Pengambilan Jun 2010.

Konpius... konpius. Tapi InsyaAllah Pengambilan KPLI-SR-j-QAF akan keluar tak lama lagi juga untuk JUN 2010. Itu kata Ust Wan Yusof. Selamat Berjaya...

Kepada yang pulang bercuti berhari raya... (Raya Cina ni maaa), hati-hati di jalan raya... kepada yang berkelapangan, jemput datang ke rumah saya di Kok Lanas, pada 15 Feb 2010 sempena kenduri kesyukuran dua orang adik saya... :)

Tuesday, February 09, 2010

Dimana penghayatannya...

"Tiada penghayatan dalam diri sendiri... itu puncanya," jawapan yang jujur dari seorang guru senior.

Agak sedih dan kecewa bila terlihat (tanpa sengaja), murid yang terasuh dengan program yang disusun rapi... tidak mampu mengaplikasi dengan baik, apa yang diajar...

"Siapa yang belum berwudhuk atau terbatal wudhuknya, sila ke surau..." arahan sebegini biasa dikeluarkan. Adakalanya dipantau tindakan murid, namun ada ketikanya... murid diberi 'kebebasan' untuk mengambil wudhuk tanpa diiring guru.

"Dah ambil wudhuk?" tanya ustazah.

"Dah, ustazah..."

Asal nampak basah kepala, tangan dan muka, cukuplah untuk 'memberitahu' ustaz/ustazah... 'saya telah berwudhuk'...

Tiada rasa kesal atau bersalah... walaupun tak berkata benar.

Masalahnya, bukan murid tahap 1, namun murid yang sedang dipantau hasilnya... yang merintis program j-QAF. Tahun 6. Dimana silapnya...

"Diorang ni, kalau kita tengok... boleh je ambil wudhuk, tertibnya... semua lengkap"

"Takkan la kita nak pantau memanjang je..."

"Entahlah... kita dah ajar apa yang sepatutnya... terpulanglah pada diorang..."

Mungkin ini kata2 yang keluar dari bibir sesiapa sahaja...

Mereka mampu berwudhuk dengan baik, jika ada guru bersama... begitu sempurna, air dialir pada setiap yang rukun mahupun sunat, membasahi anggota wudhuk... penuh dengan tertib dan santunnya...

Dibelakang guru/pemantauan??? Ini yang masih perlu ditegaskan dan diingatkan...
- kenapa perlu berwudhuk
- cara berwudhuk dengan sempurna
- kebaikan berwudhuk
- akibat tidak berwudhuk (untuk solat n pegang mushaf)

Teguran, nasihat dan ingatan masih perlu diberikan... jangan berbangga murid dapat menjawab kesemua soalan dalam peperiksaan, jika tidak dapat menghayati amalan wudhuk dan solat dengan baik...

Jangan terleka dengan Laporan e-Setup yang kita hantar... majoriti memilih 'MC' bukan lagi 'BM' untuk setiap terma dalam Wudhuk...

Apa yang diperlihatkan kepada kita... itulah yang perlu kita renungkan.

Popular Posts