Saturday, January 15, 2011

"Hatinya lembut..."

Salam...

Beberapa hari lalu saya ada menulis status di laman sosial Facebook saya,

tadi bawa murid solat asar di surau, bila dah selesai solat ada seorang murid teresak2 menangis... bila ditanya kenapa, jawabnya," saya tak ingat tahiyyat akhir, mesti Allah tak terima ibadat saya, solat saya... saya takut masuk neraka" SubhanalLah, sucinya hati insan kecil ini walau baru 9 thn.

Kisahnya bermula apabila saya dan seorang ustazah membawa sekumpulan murid ke surau untuk kelas al-Quran. Sebelum habis waktu, semua murid menunaikan solat Asar. Semuanya berjalan lancar seperti biasa. Cuma saya terpandang gelagat seorang murid perempuan yang teresak-esak menangis ketiga dalam rakaat ketiga.


Saya memandang ustazah untuk cuba mencari jawapan. Ustazah tadi hanya tersenyum. Saya bimbang, adakah kerana saya 'menghukum' sesetengah murid yang tidak membawa dan menyiapkan kerja rumah tadi?

Jawab ustazah, "Bukan sebab tu ustaz, semalam pun macam ni juga"

"Kenapa, ustazah," cuba mengorek lagi.

"Hatinya lembut..." jawabnya ringkas.

Saya perhatikan, gerak laku dalam solatnya cukup sempurna bagi seorang kanak-kanak seusianya. Ada tomakninah. Bacaannya juga baik... tapi kenapa dia menangis. Cara dia berdoa di akhir solat juga begitu tenang.

Saya cuba mendekati dan bertanya sebabnya. Sambil mengikat tali kasut, esakannya makin menjadi-jadi. Tak keruan saya dibuatnya.

Kemudian, ustazah tadi datang merungkaikan kebuntuan saya.

"Ustaz, hatinya memang lembut. Dia menangis sebab dia tak ingat bacaan Tahiyyat Akhir. Dia kata, dia takut masuk neraka. Dia takut Allah tak terima solat dia tadi... tu sebab dia menangis,"

SubhanaLlah... memang bersih dan lembut hati budak ni, getus saya sendiri.

Ustazah cuba memujuknya supaya terus berusaha, hafaz bacaan tahiyyat... moga-moga Allah terima segala amalannya.

Murid tadi berlalu masuk ke kelas dengan esakannya yang perlahan.

Bertuahnya ibu dan ayahnya... anak sekecil itu sudah memahami erti dosa dan pahala, syurga dan neraka... Alhamdulillah.



Petikan dari laman Dr. Danial Zainal Abidin:

Tekanan jiwa atau stres sering melanda manusia dan solat mempunyai penawar yang mampu meredakannya. Hal ini disebabkan solat mengandungi zikir dan zikir jika dilakukan dengan khusyuk mampu mendamaikan hati. Dalam surah Taha ayat 14 Allah berfirman, “Dan tegakkanlah solat untuk berzikir kepadaku.” Oleh kerana solat benar-benar mendamaikan hati nabi pernah berkata, “Bangunlah wahai Bilal (untuk azan) dan rehatkanlah kami dengan solat.” Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad. Justeru di sisi nabi, solat diumpamakan seperti kekasih hati. Dalam sebuah riwayat oleh Imam An-Nasai, nabi bersabda, “Dan dijadikan cahaya mataku pada solat.”



Friday, January 14, 2011

Muat Turun RPT Bahan Arab Tahun 4 2011

Salam...

Setelah jenuh melayari laman-laman sesawang untuk mencari dan mendapatkan Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Arab Tahun 4, 2011... akhirnya ketemu jua. Terima kasih kepada Syeikh Nazri atas info tersebut.

Sila klik pada link di atas, atau klik di sini.

Terima kasih kepada semua yang berusaha menyediakan RPT tersebut. Harap pihak BPK dapat memuat turun bahan tersebut secepat mungkin...

Wallahu A'lam.

Sunday, January 09, 2011

Download Modul Pengajaran Pemulihan Jawi KSSR

Salam...

Sila muat turun Bahan / Modul Pengajaran Pemulihan Jawi KSSR Tahun 1, melalui laman web Bahagian Pembangunan Kurikulum, KPM.


Harap Maklum.

Saturday, January 08, 2011

Dokumen Standard a.k.a Standard Kurikulum

Salam semua...

Hari ni, hadir mesyuarat Kokurikulum Sri 1/2011. Agihan tugas untuk semua guru. Berlaku sedikit rombakan organisasi dek kerana pertukaran GPK Koku. Ahlan wa marhaban kepada Ustaz Mohd Azami dari SK KLIA yang baru dilantik sebagai GPK Koku SK Desa Putra.

Tugasan pada tahun ini agak berat. Penolong Setiausaha Kokurikulum dan Guru Bola Sepak pasukan sekolah. Huhuhu... tugas baru! Sememangnya mengharapkan bantuan dari guru-guru yang berpengalaman... ;)

Usai mesyuarat, seharusnya ada In-house Training Pendidikan Islam KSSR. Namun berubah jadual. Sepakat semua guru untuk bergotong royong menukar tikar alas di bilik guru...



Semasa buat sedikit persediaan utk IHT, saya ada membelek DS yang dibekalkan pada awal pendedahan. Saya membuat perbandingan dengan DS yang di muat turun melalui website Bahagian Pembangunan Kurikulum. Ada sedikit perubahan!!!... Maknanya, guru hendaklah merujuk Dokumen Standard atau Standard Kurikulum yang dimuatnaik oleh BPK. Abaikan DS yang diedarkan semasa kursus. Walaupun perubahannya tidak banyak, namun jadikan yang terkini sebagai rujukan...

Sekadar makluman sahaja.

Tuesday, January 04, 2011

Ragam Minggu Pertama

Salam...

Baru berkesempatan untuk menulis. Minggu pertama persekolahan sudah pasti dinanti oleh semua murid dan guru. Masing-masing dengan azam dan semangat yang baru.

Murid dengan beg baru, baju baru, buku baru, kasut baru... segala-galanya baru.

Guru pula dengan Buku Rekod Mengajar baru, Fail Panitia baru, pen merah baru, tugasan baru dan macam-macam lagi.

Program j-QAF di sekolah ni dah masuk tahun ke-7. Kalau dihitung usianya, umpama seorang kanak-kanak yang dah masuk ke Tahun 1.

Semasa sesi Orientasi dan Pendaftaran Murid Tahun 1 baru-baru ni, saya berkesempatan untuk memberikan sedikit info melalui Taklimat Pelaksanaan j-QAF kepada ibu bapa dan waris Tahun 1. Tidak dibuat pada tahun2 sebelumnya.

Di sekolah lama dulu, GB yang bagi taklimat... tiada slaid yang disediakan. huhu...



Atas permintaan Ketua Panitia, saya gagahkan diri untuk siapkan slaid bagi tujuan tersebut. Walaupun kekangan masa dengan jadual kuliah di UKM, namun saya buat yang terbaik.

Alhamdulillah, respon yang baik daripada ibu bapa. Taklimat Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) turut diberikan kepada ibu bapa. Harapannya agar mereka dapat memahami dengan jelas konsep pelaksanaan KSSR dan PBS tersebut.

Hari Sabtu ni, dicadangkan oleh Panitia agar dibuat In-House Training kepada semua GPI berkaitan pelaksanaan KSSR Pendidikan Islam. Seharusnya guru yang menghadiri kursus menyampaikannya. Namun saya diminta agar memberikan pendedahan tersebut, memandangkan saya sebagai Jurulatih Utama... SYMP. ;)

Setakat petang tadi, saya sudah mencetak beberapa dokumen penting yang perlu ada untuk sesi pengajaran dan pembelajaran KSSR. Antaranya:

(i) Dokumen Standard
(ii) Rancangan Pengajaran Tahunan Thn 1
(iii) Contoh Modul Pengajaran
(iv) Cara Penulisan RPH

Semoga dengan adanya semua dokumen2 tersebut akan memudahkan guru yang mengajar, melaksanakan KSSR sebaik mungkin... NO MORE CHALK & TALK... huhu.

Kepada semua, selamat mengajar dan mendidik...


Permohonan Online Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB)

Salam...

"Adalah dimaklumkan bahawa iklan bagi permohonan Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB) Tahun 2011 kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Kedoktoran dan Sarjana akan dibuka mulai 19 Januari 2011 hingga 18 Februari 2011."


Sekian, harap maklum.

Bahagian Tajaan Pendidikan
Kementerian Pelajaran Malaysia


Sunday, January 02, 2011

Kit Transisi KSSR Bahasa Arab Tahun 1

Salam...

Minggu Transisi akan berlangsung selama 2 minggu atau mungkin lebih. Murid Tahun 1 akan didedahkan dengan teknik dan perkara asas dalam setiap matapelajaran sebelum memulakan sesi PnP.

Minggu Transisi ini juga bertujuan agar murid-murid Tahun 1 tidak terlalu terkejut dengan apa yang akan diajar, sebaliknya 'berjinak-jinak' dan 'berkenalan' terlebih dahulu dengan guru dan subjek yang akan mereka belajar.

Untuk modul Transisi Bahasa Arab, guru-guru boleh memuat turun Kit Transisi melalui laman web Bahagian Pembangunan Kurikulum.


Turut disertakan contoh penulisan RPH خطة التدريس sepanjang 4 minggu (sebulan) transisi dilaksanakan, tatacara pelaksanaan dan lembaran kerja. Segalanya telah disediakan, laksanakan saja... mudah, kan?

Untuk semua sahabat pendidik, selamat mengajar dan mulakan azam, tekad dan semangat baru... ;)


Muat turun bahan KSSR

Salam...

Esok akan bermula sesi baru persekolahan, sesi 2011. Pelbagai persediaan sudah pastinya di buat oleh semua ibu bapa, dan juga guru menghadapi tahun baru.

Anak-anak tahun satu akan menjadi perintis kepada kurikulum baru KSSR. Kurikulum yang mengenengahkan banyak benda baru. Jadi, seharusnya semua guru, tak kira la sama ada mengajar tahun 1 atau tidak... perlu tahu perubahan yang akan berlaku.



Guru yang mengikuti kursus perlu adakan In-house training kepada sahabat pendidik yang lain. Perlu dijelaskan segala kekeliruan sebelum melaksanakan sesi persekolahan.

Masing-masing tentunya sedang sibuk memuat turun segala macam bahan-bahan berkaitan KSSR. Dokumen Standard, Contoh Modul Pengajaran, Teknik Penulisan RPH, Rancangan Pengajaran Tahunan, Modul Kit Transisi dan sebagainya.

Bahan-tersebut boleh di muat turun di sini jika masih belum dicari:

1. Laman Web SPI Melaka
2. Laman Web BPK

Untuk makluman semua, pihak BPK tidak membangunkan Modul Pengajaran secara keseluruhannya, dengan alasan supaya guru TIDAK TERIKAT dengan modul yang ada. KSSR menuntut agar guru dapat lebih kreatif dalam membuat persediaan mengajar dan dapat melontarkan idea sendiri yang lebih baik, kreatif dan inovatif.

Penyediaan beberapa modul sama ada semua bidang atau sebahagiannya hanya sebagai PANDUAN, bukan WAJIB DIIKUT. Sekiranya guru mempunyai idea yang lebih baik, sediakan Modul sendiri berdasarkan Dokumen Standard yang ada. Kemudian, dokumentasikan... agar boleh dijadikan panduan untuk orang lain, dan dibuat penambahbaikan pada masa yang akan datang.

Popular Posts