Tuesday, January 04, 2011

Ragam Minggu Pertama

Salam...

Baru berkesempatan untuk menulis. Minggu pertama persekolahan sudah pasti dinanti oleh semua murid dan guru. Masing-masing dengan azam dan semangat yang baru.

Murid dengan beg baru, baju baru, buku baru, kasut baru... segala-galanya baru.

Guru pula dengan Buku Rekod Mengajar baru, Fail Panitia baru, pen merah baru, tugasan baru dan macam-macam lagi.

Program j-QAF di sekolah ni dah masuk tahun ke-7. Kalau dihitung usianya, umpama seorang kanak-kanak yang dah masuk ke Tahun 1.

Semasa sesi Orientasi dan Pendaftaran Murid Tahun 1 baru-baru ni, saya berkesempatan untuk memberikan sedikit info melalui Taklimat Pelaksanaan j-QAF kepada ibu bapa dan waris Tahun 1. Tidak dibuat pada tahun2 sebelumnya.

Di sekolah lama dulu, GB yang bagi taklimat... tiada slaid yang disediakan. huhu...



Atas permintaan Ketua Panitia, saya gagahkan diri untuk siapkan slaid bagi tujuan tersebut. Walaupun kekangan masa dengan jadual kuliah di UKM, namun saya buat yang terbaik.

Alhamdulillah, respon yang baik daripada ibu bapa. Taklimat Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) turut diberikan kepada ibu bapa. Harapannya agar mereka dapat memahami dengan jelas konsep pelaksanaan KSSR dan PBS tersebut.

Hari Sabtu ni, dicadangkan oleh Panitia agar dibuat In-House Training kepada semua GPI berkaitan pelaksanaan KSSR Pendidikan Islam. Seharusnya guru yang menghadiri kursus menyampaikannya. Namun saya diminta agar memberikan pendedahan tersebut, memandangkan saya sebagai Jurulatih Utama... SYMP. ;)

Setakat petang tadi, saya sudah mencetak beberapa dokumen penting yang perlu ada untuk sesi pengajaran dan pembelajaran KSSR. Antaranya:

(i) Dokumen Standard
(ii) Rancangan Pengajaran Tahunan Thn 1
(iii) Contoh Modul Pengajaran
(iv) Cara Penulisan RPH

Semoga dengan adanya semua dokumen2 tersebut akan memudahkan guru yang mengajar, melaksanakan KSSR sebaik mungkin... NO MORE CHALK & TALK... huhu.

Kepada semua, selamat mengajar dan mendidik...


0 comments:

Popular Posts