Wednesday, January 19, 2011

Monolog seorang Aku...

Alhamdulillah, puji dan shukur aku panjatkan pada-Mu, Ya Allah atas segala nikmat dan rahmat yang Kau kurniakan selama aku hidup di dunia ini.

Tak terlambat untuk aku ucapkan TAHNIAH buat isteri yang telah menerima keputusan dan berita gembira dua hari lepas. Itu yang ditunggu-tunggu sejak 5 tahun yang lalu. Kini baru rezeki dia. Sebelum ini, Allah memberikan rezeki anak kepada kami, pada masa yang sama ada diberi peluang untuk mengisi tempat sama ada KPLI (2006), KPLI j-QAF (2007) dan DPLI-UM (2009). Namun, pada tahun ini juga, Allah kurniakan cahaya mata kepada kami... Alhamdulillah, akur dan shukur pada-Mu Ya Allah.

Namun kini, Allah kurniakan yang terbaik buat kami... Alhamdulillah. Isteri begitu teruja untuk bekerja... katanya, selagi ada hayat ibu dan ayahnya (mertua aku la tu), ingin diberikan sedikit saguhati setiap bulan kepada mereka... mungkin atas niat itu, Allah kabulkan permintaannya.

Tahun 2010, aku mohon bertukar ke Bangi/Sepang dengan alasan untuk melanjutkan pelajaran di UKM. Alhamdulillah, sekarang aku sudah menjadi pelajar sarjana di Fakulti Pengajian Islam. Rezeki isteri aku juga, apabila ditawarkan KPLI j-QAF di IPG Kampus Pendidikan Islam, Bangi. Semua itu kehendakNya. Kami bershukur atas nikmat ini.

Maka, bermula lah siri baru dalam hidup aku...

InsyaAllah, 24 Januari nanti, isteriku akan melaporkan diri di IPG. Sesi orientasi yang akan berjalan selama seminggu. Minggu yang mencabar bagi diriku. Isteriku pastinya akan berada di IPG selama tempoh itu. Biarkan dia di sana... membiasakan diri untuk bergelar pendidik!!! Sebelum mula berkhidmat seminggu selepas itu... yang akan ditempatkan di sekolah yang tak tahu di mana... sekali lagi debaran menanti keputusannya!!!

Apa cabaran aku?

Aku perlu kuatkan semangat!!! Rutin aku bakal bermula seawal jam 5.30 pagi. Mengejutkan anak-anak, mandikan Muazz untuk ke Pra Sekolah. Muazz masuk sekolah jam 7.40 pagi. Kemudian hantar Hajar dan Asma' ke rumah pengasuh sebelum bergerak ke UKM untuk kuliah. Kuliah aku biasanya akan bermula jam 8 pagi hingga jam 11.

Tamat kuliah, aku perlu ambil Muazz dari sekolah yang tamat jam 11.40 pagi. Kemudian aku perlu hantarnya ke rumah pengasuh. Aku perlu 'punch in' sebelum jam 12.45 tengah hari.

Aku tamat sekolah pukul 6.30 petang. Selepas itu, aku perlu bergegas untuk menjemput anak-anak. Lama mereka di sana. 7.30 pagi hingga 6.30 petang. Malam sudah tentu mereka sudah penat. Aku pun sama, semestinya!

Aku mesti melayan mereka pada sebelah malam kerana pagi esoknya sehingga petang mereka akan bersama pengasuh yang bukan UMMI mahupun ABI mereka... Sudah lama aku tidak menghantar anak2 ke rumah pengasuh... Ya, cukup lama... sejak Hajar berumur setahun 4 bulan. Setelah itu isteri jadi suri rumah sepenuh masa, sebelum berhenti sebagai guru di sekolah agama swasta di Subang Jaya.

Aku akan buat semua tugas yang dilakukan oleh isteri... selama seminggu dia berorientasi... ;) Basuh baju, seterika baju (dah lama tak pegang iron nih...) masak-masak (penat pun takpe, sebab minat ;) ), uruskan anak-anak, buatkan air vico untuk Muazz dan Hajar, mandikan anak-anak, pakaikan baju, bedakkan, sisirkan rambut dan segala macam urusan rumah... ni la masanya untuk aku bagi peluang rehat untuk isteri,... huhu. Sebelum ni dia dah uruskan aku dan 3 anak kami. Sekarang giliran aku untuk buat semua itu!!! Mampu ke tidak selama seminggu akan datang ni, we'll see!!!

Anak-anak pasti rindukan umminya... (abinya pun lebih-lebih lagi laaaa...). Yang paling aku tak dapat nak tolong... susukan Asma'. Dia masih menyusu badan. Susu tepung, dia reject!!! Macam mana la aku nak tidurkan dia yang selama ini, dia tidur malam2, dengan susu umminya... huhu, parah aku nanti... kalau la ada apa2 doa yang boleh lenakan dia tidur tanpa mengharapkan sangat 'susu' tu... maklumkan la.

Satu lagi cabaran, Asma' payah nak mesra dengan 'stranger'... nangis je la dia kalau nampak atau bersama orang yang tak kenal... apatahlagi kalau ummi dan abi takde bersama. Kami perlu tawakkal, doa dan harapkan yang terbaik...

Sebenarnya, ini baru permulaan... orang lain, punya masalah dan cabaran yang lebih besar... Anak sakit, anak keluar masuk wad, dan segala macam masalah. Sesungguhnya Allah tidak akan memberi ujian yang tidak tertanggung oleh hamba-Nya...

Ini hanya sebuah monolog... untuk aku kuatkan diri. Semua ini adalah ujian. Ujian yang tidak pernah putus, untuk menguji tahap iman hambaNya. Sebagai hamba, teruskan berdoa, mengharapkan yang terbaik untuk diri dan keluarga...

Kalau ini takdirnya... aku terima dengan redha!!!

3 comments:

Anonymous said...

kkshwa baru baca post ni.. waahhh!!! cabaran yg besar tu.. tahniah buat zaimah.. and for you, ganbatte kudasai!! pasti boleh.. insyaAllah.. :)

Abu Muazz said...

arigatou kak nashwa... huhu, melalui 5 hari 4 mlm yang penuh dgn cerita, emosi dan pengalaman... hhuhuhu

4 mlm tidur bersama Asma' yang tanpa uminya di sisi... kesian, mata pejam, sebut nama 'umi... umi... umi...'

terus tidur dalam esakan... huhu

Anonymous said...

huhuuuuu....sebak tu kalau anak yg sebut cmgitu...

Popular Posts