Beberapa hari lalu saya ada menulis status di laman sosial Facebook saya,
tadi bawa murid solat asar di surau, bila dah selesai solat ada seorang murid teresak2 menangis... bila ditanya kenapa, jawabnya," saya tak ingat tahiyyat akhir, mesti Allah tak terima ibadat saya, solat saya... saya takut masuk neraka" SubhanalLah, sucinya hati insan kecil ini walau baru 9 thn.
Kisahnya bermula apabila saya dan seorang ustazah membawa sekumpulan murid ke surau untuk kelas al-Quran. Sebelum habis waktu, semua murid menunaikan solat Asar. Semuanya berjalan lancar seperti biasa. Cuma saya terpandang gelagat seorang murid perempuan yang teresak-esak menangis ketiga dalam rakaat ketiga.
Saya memandang ustazah untuk cuba mencari jawapan. Ustazah tadi hanya tersenyum. Saya bimbang, adakah kerana saya 'menghukum' sesetengah murid yang tidak membawa dan menyiapkan kerja rumah tadi?
Jawab ustazah, "Bukan sebab tu ustaz, semalam pun macam ni juga"
"Kenapa, ustazah," cuba mengorek lagi.
"Hatinya lembut..." jawabnya ringkas.
Saya perhatikan, gerak laku dalam solatnya cukup sempurna bagi seorang kanak-kanak seusianya. Ada tomakninah. Bacaannya juga baik... tapi kenapa dia menangis. Cara dia berdoa di akhir solat juga begitu tenang.
Saya cuba mendekati dan bertanya sebabnya. Sambil mengikat tali kasut, esakannya makin menjadi-jadi. Tak keruan saya dibuatnya.
Kemudian, ustazah tadi datang merungkaikan kebuntuan saya.
"Ustaz, hatinya memang lembut. Dia menangis sebab dia tak ingat bacaan Tahiyyat Akhir. Dia kata, dia takut masuk neraka. Dia takut Allah tak terima solat dia tadi... tu sebab dia menangis,"
SubhanaLlah... memang bersih dan lembut hati budak ni, getus saya sendiri.
Ustazah cuba memujuknya supaya terus berusaha, hafaz bacaan tahiyyat... moga-moga Allah terima segala amalannya.
Murid tadi berlalu masuk ke kelas dengan esakannya yang perlahan.
Bertuahnya ibu dan ayahnya... anak sekecil itu sudah memahami erti dosa dan pahala, syurga dan neraka... Alhamdulillah.
Petikan dari laman Dr. Danial Zainal Abidin:
Tekanan jiwa atau stres sering melanda manusia dan solat mempunyai penawar yang mampu meredakannya. Hal ini disebabkan solat mengandungi zikir dan zikir jika dilakukan dengan khusyuk mampu mendamaikan hati. Dalam surah Taha ayat 14 Allah berfirman, “Dan tegakkanlah solat untuk berzikir kepadaku.” Oleh kerana solat benar-benar mendamaikan hati nabi pernah berkata, “Bangunlah wahai Bilal (untuk azan) dan rehatkanlah kami dengan solat.” Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad. Justeru di sisi nabi, solat diumpamakan seperti kekasih hati. Dalam sebuah riwayat oleh Imam An-Nasai, nabi bersabda, “Dan dijadikan cahaya mataku pada solat.”
0 comments:
Post a Comment