Sunday, January 16, 2011

Bebanan Tugas Punca Guru Tidak Kreatif?

Salam...

Sesi persekolahan 2011 sudah masuk minggu ke-3. Seharusnya semua berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Ditangan kita kini sudah ada Dokumen Standard atau Dokumen Kurikulum dan Huraian Sukatan. Selain Rancangan Pengajaran Tahunan, Contoh Modul Pengajaran dan semestinya Buku Rancangan Pengajaran Harian.

Ada dikalangan sahabat yang bertanyakan saya tentang RPT Bahasa Arab Tahun 4, sesi 2011. Ini kerana penggunaan Buku Teks Baru, menuntut kepada RPT yang baru.

Tiada sebarang RPT yang di'temui' sehinggalah ada pautan yang dibuat oleh Lujnah Bahasa Arab Negeri Sembilan. Tahniah dan terima kasih atas contoh RPT tersebut. Pasti melegakan ramai guru Bahasa Arab Tahun 4.

Mengikut Akh Mior di dalam blognya, RPT tersebut hanyalah contoh yang tidak perlu diikut sepenuhnya. Ia disediakan berdasarkan keperluan dan kesesuaian sekolah. Guru ada hak untuk menyediakan sendiri berdasarkan taqwim pengajaran di sekolah.

Semasa mengendalikan Kursus KSSR Pendidikan Islam kepada guru-guru tahun lalu, soalan favourite yang sering ditanya adalah berkaitan Rancangan Pengajaran Tahunan Pendidikan Islam Tahun 1, sama ada akan dibekalkan atau tidak selain Dokumen Standard. Pelbagai qaul dan pendapat yang saya terima untuk menjawab persoalan tersebut. Ada yang mengatakan RPT tersebut akan dimuat naik (upload) di dalam laman BPK, malah ada juga yang menggalakkan guru sendiri yang menyediakannya.

Persoalan ini mungkin timbul kerana sebelum ini, RPT Pendidikan Islam dibekalkan oleh pihak KPM. Daripada Tahun 1 sehinggalah Tahun 6. Kadangkala ada sekolah lewat menerimanya walaupun beberapa minggu sesi persekolahan bermula.

Nampak riak kebimbangan, kerisauan beberapa guru yang menghadiri kursus apabila ada cadangan yang meminta agar guru yang mengajar, menyediakan sendiri RPT tersebut. Dengan berbekalkan panduan daripada Dokumen Standard yang telah diagihkan.

Sebenarnya, DS telah membantu untuk menyediakan RPT dan RPH. Jika dilihat dalam kolum Standard Pembelajaran, guru boleh memilih berapa banyak SP yang ingin diajar pada hari/minggu tersebut, bergantung kepada kesesuaian murid. Mungkin SP yang dipilih hanya 2-3, atau mungkin juga 3-4 SP. Semuanya guru boleh tentukan.

Selain itu, cadangan agar guru-guru diminta menyediakan sendiri RPT dan Modul Pengajaran adalah untuk memberi peluang kepada guru berkreatif dan tidak terikat dengan apa yang ada. Perlu diingatkan di sini, Modul Pengajaran yang didapati melalui laman-laman web adalah satu inisiatif pihak terbabit untuk membantu guru-guru, tapi ia hanyalah CONTOH PANDUAN sahaja. Bukannya perlu DIIKUT SEPENUHNYA.

Guru berhak berkreatif dan mengenengahkan bakat serta kemahiran yang mereka ada. Pihak BPK sering mengingatkan guru-guru agar menyediakan pengajaran mengikut kesesuaian sekolah masing-masing. Guru lebih mengenali murid-murid mereka, jadi mereka tahu tahap murid tersebut. Ini kerana bagi pengajaran KSSR, tiada lagi aras dalam Hasil Pembelajaran. Standard Pembelajaran menuntut agar semua murid di dalam kelas mampu menguasai semua Standard Kandungan yang ingin di ajar.

Namun ada juga menyuarakan pandangan, kesibukan dengan tugasan lain di sekolah tidak memberi peluang kepadanya untuk berkreatif. Apatahlagi membuat sendiri RPT tersebut.

Ikut mana yang ada je lah!!! Tak sempat... !!! Takde masa...!!!

Adakah persoalan bebanan tugas guru di sekolah, menjadi punca guru tidak mampu berkreatif?

Sebagai guru, hanya kita saja yang mampu merungkaikannya...



2 comments:

miorjqaf said...

Tahniah di atas penulisan entri ini akh Hamidi..

Sememangnya bebanan tugas guru sering dijadikan alasan dan sebab untuk kita terkongkong dari mencambahkan buah fikiran bagi meningkatkan kualiti kerja kepada yang lebih baik dan cemerlang.

Disinilah perlunya pengurusan masa yang seimbang, pengurusan stress yang berkesan serta gerak kerja kolaborasi yang berkesan. Kerja akan jadi mudah sekiranya perkara-perkara tersebut dapat dipraktikkan dengan baik.

Wallahu'alam..

Keep it up!. :)

Abu Muazz said...

Salam akh Mior,

Terima kasih atas komentar ni. Sebagai pendidik, kita kena sentiasa bersedia dgn perkara2 baru yg dapat memotivasikan murid2. Pernah seorang guru meluahkan rasa bosan dan jemu untuk jd seorang guru.

Perasaan jemu dan bosan mula terbit sejak 3 tahun bergelar guru. Kini usia profesion perguruannya dah mencecah 13 tahun. Agaknya apa jadi dalam tempoh 10 thn yg lalu?

Guru yg bosan, mustahil dapat menciptakan suasana belajar dan pengajaran yg baik, apalahlagi menghiburkan. Azamnya kini nak tukar kerjaya, mgkin sbg pengurus atau pengarah. Semoga guru itu terus mendidik dgn jayanya sebelum cita-cita sebenarnya tercapai...

Itu hanya sebuah kisah... kalau minat, segalanya indah! Tapi kalau bosan... aahhhhh... kelam gelita jawabnya.

Semoga akan lahir ramai insan bergelar guru yang kreatif, bijak, inovatif dan terbaik... InsyaAllah

Popular Posts