Tuesday, October 14, 2008

Kem Bestari Solat Siri Akhir 2008

Alhamdulillah, KBS terakhir untuk tahun ini telah berjaya dilaksanakan pada hari Sabtu yang lepas (10hb Oktober). Walaupun kedatangan murid tak begitu memberangsangkan, (mungkin masih ramai yang pergi beraya), namun aku cukup puas (alhamdulillah) sebab pendekatan yang aku bawak hari ni cukup terkesan kepada murid.

Biasanya aku akan menggunakan nada yang agak tinggi untuk meminta murid beratur, berkumpul dan mcm2 aktiviti lagi. Murid yang ramai, maklumlah, sukar jugak untuk dikawal. Namun KBS kali ini, approach yang aku guna, berbeza. Aku cuba mengawal suara, layan murid ngan lembut. Sebabnya aku plan nak buat slot motivasi atau tashji' sebelum murid balik.

So, jam 11.30 pagi aku kumpul murid dalam makmal komputer sekolah. Aku mula dengan tayangan Upin dan Ipin versi Raya. Mood raya la katakan...

Lepas tu aku mula citer pasal tanggungjawab orang Islam tunaikan perintah Allah, kuasa Allah, bersegera menunaikan solat, azab meninggalkan solat. Semuanya aku selitkan dengan tayangan video yg aku copy dari sahabat dan download dari internet.

Lepas tu, aku citer pasal menghormati ibu bapa. Aku citer pasal pengorbanan ibu ayah, kesusahan ditanggung ibu melahirkan mereka, kisah anak derhaka dan aku akhiri dengan tayangan video ANAK SOLEH. Rupa-rupanya, ramai dari murid yang menangis teresak2 sepanjang menonton tayangan tuh. Ada gak ustazah2 yg dok belakang pun sama2 menangis. Aku pun cuba membawa mereka mengenangkan kembali kesalahan dan kesilapan yang telah dilakukan terhadap ibu dan bapa...

Ada yang masih teresak daripada makan tengahari sampai la kat surau. Kat surau, senang je kali ni nak kontrol. Dah tak payah jerit2, semua duduk dalam saf tanpa disuruh dan diarah. Mungkin daripada tayangan tadi, masih ada rasa keinsafan...

Akhir sekali, lepas je selesai berdoa, aku minta semua murid berikrar untuk diri sendiri. Sebak aku menuturkan ikrar sambil diikuti oleh murid. Rasanya, KBS kali ni yang paling best aku handle.

Moralnya, murid ni masih boleh dibentuk, kalau kena dengan cara dan gayanya... moga keinsafan yang lahir, akan berkekalan...walau untuk seketika...Ameen...

5 comments:

fa10 said...

tahniah...hebat us. Hamidi

Abu Muazz said...
This comment has been removed by the author.
Abu Muazz said...

syukran..takde la hebat mana pun... biasa jer... orang lain lagi hebat..sampai dapat masuk tv lagi pasal tayang SAJAK KEMATIAN.. tu pun nak bising...hmmm

Abu Muazz said...

syukran..takde la hebat mana pun... biasa jer... orang lain lagi hebat..sampai dapat masuk tv lagi pasal tayang SAJAK KEMATIAN.. tu pun nak bising...hmmm

Abu Muazz said...

syukran..takde la hebat mana pun... biasa jer... orang lain lagi hebat..sampai dapat masuk tv lagi pasal tayang SAJAK KEMATIAN.. tu pun nak bising...hmmm

Popular Posts