Tuesday, October 28, 2008

Kem Mukhayyam Bahasa Arab Negeri Selangor 2008

Alhamdulillah, selesai sudah tanggungjawab sebagai Fasilitator KMBA Peringkat Negeri Selangor bagi Tahun 2008. Kem ini sebenarnya melibatkan hampir 300 orang murid seluruh Selangor yang telah dibahagikan kepada dua kumpulan. Kumpulan 1 telah diadakan di Tanjung Bidara Resort, Melaka, manakala Kumpulan 2 di Glory Beach Resort, Port Dikson.

Kem ini melibatkan kumpulan sasaran murid yang lemah menguasai Bahasa Arab dalam program j-QAF. Antara gred D dan E. Untuk menimbulkan minat dan semangat mereka supaya terus meminati Bahasa Arab...

Antara aktiviti yang dijalankan
Taklimat Awal kepada pesertaSesi bersiar-siar di tepi pantai

Antara fasilitator yang bertugas...Keluarga Bahagia

Ustazah Yusila bersama kumpulannya..(kumpulan terbaik)


Sesi Ice Breaking...

Sesi Post Moterm bersama Ustaz Ramli, Ketua Urusetia

Ustaz Hamidi bersama kumpulan 5

Semua fasiltator bergambar di pintu masuk JPNS Jambu Bol sebelum menaiki bas

Para peserta khusyuk mendengar penerangan

Semoga Program yang dilaksanakan ini akan sedikit sebanyak menyuntik semangat kepada semua peserta agar berusaha dengan lebih bersungguh-sungguh untuk berjaya. Tiada kejayaan yang mampu dicapai tanpa USAHA dan TEKAD...
Sesungguhnya KMBA 2008 ini juga telah berjaya menyatukan hati ukhuwwah semua fasilitator yang akhirnya telah membuahkan...sebuah KELUARGA BAHAGIA...
Rasa penat...hilang tanpa disedari. Kepuasan bersama murid-murid yang memerlukan panduan dan tunjuk ajar menjadi hadaf utama. Semoga ALLAH memberkati usaha murni ini.

2 comments:

fa10 said...

dah lama x jumpa zulkhairi...dah kawin kot dia. dulu kpli sekelas ngan dia

Hamidi said...

zukhairi dah kawin..ada sorang anak laki..Irfan naamanya

Popular Posts