Tuesday, September 08, 2009

Gambatte!!! Taufiq Wan Najah


Hari ni, hari pertama semua murid Tahun 6 menduduki UPSR. Setelah bercuti tiga hari, termasuk cuti tambahan Nuzul Quran.

Semoga semua calon dapat menjawab soalan dengan baik. Untungnya, bila peperiksaan diadakan dalam bulan Ramadhan. Banyak berkatnya. Doa orang yang berpuasa akan dikabulkan, InsyaAllah. Selain berdoa, kita juga boleh menambah dengan amalan solat sunat hajat setiap malam sehinggalah keputusan diumumkan.

InsyaAllah, dimana ada usaha, di situ akan ada kejayaan. Yang penting, ikhlas niat. Bukan hanya untuk cemerlang di dunia ini sahaja... bahkan cemerlang di dunia dan akhirat.

Buat anak saudara saya, Aiman... semoga Along dapat cemerlang dapat UPSR dan mumtaz dalam PSRA nanti. Semoga hasrat Along untuk ke Maahad Tahfiz Sains akan tercapai. InsyaAllah. :)

Hari ini juga kami di sekolah dikejutkan dengan seorang murid yang positif Influenza A (H1N1). Murid tahun 4 tersebut dan seluruh ahli keluarganya telah dikuarantinkan, termasuk ibunya yang juga merupakan salah seorang tenaga pengajar di sini.

Abangnya, calon UPSR. Terpaksa dikuarantikan daripada teman yang lain. Semoga beliau dapat menjawab soalan dengan baik.

Jadi, hampir semua guru sesi pagi telah dibekalkan topeng muka, sebagai langkah keselamatan. Semoga semuanya selamat dan dijauhkan dengan wabak yang meragut nyawa ini. Walaupun sebelum ini, ramai guru yang mengelak untuk memakai topeng muka ini, namun setelah seorang murid disahkan positif, maka semua teruja untuk mengenakannya.

Suasana sekolah hari ini juga agak sunyi, kerana hanya murid Tahun 3 yang hadir. Tahun 1 dan 2 dikecualikan hadir berikutan kelas dijadikan bilik UPSR. Inilah peluang untuk guru menanda buku dan menyelesaikan tugas yang menimbun.

Akhir sekali, jom kita tingkatkan ibadah. Ramadhan bakal melambai pergi. Lailatul Qadr, janji ALLAH yang pasti...

0 comments:

Popular Posts