Thursday, September 10, 2009

Pecutan Akhir...

Salam...

Hari ni, hari akhir murid tahun 6 seluruh negara menduduki peperiksaan UPSR. Kertas akhir adalah pada petang ini, Ujian Aptitud yang berakhir jam 3.45 petang. Terserempak dengan guru yang berkenaan, tersenyum!

"Senyum je kak, kenapa? Sebab dapat bonus ke?" "Takde lah ustaz. Soalan spot paper English keluar la ustaz... rezeki budak!"

Sungguh lebar senyumnya. Soalan ramalan keluar. Baguslah. Semoga calon yang bersungguh menelaah dan tekun mengulangkaji apa yang guru beri, akan beroleh keputusan yang cemerlang.

Namun bab soalan ramalan ni, memang rutin setiap kali peperiksaan. Semuanya last minutes. Guru-guru cuba mendapatkan bentuk dan tajuk soalan yang kemungkinan besar akan keluar dari seluruh negara... agar muridnya dapat jawab dengan baik. Guru akan sediakan skema jawapan, maka murid akan menghafalnya.

Maka, jika keluar soalan yang di ramal, maka jawapan setiap murid pasti akan seragam! Pemeriksa kertas nanti, pasti akan tersenyum juga... :)

CERITA-CERITI

Saya pernah bersembang dengan kakak ipar saya, seorang guru Bahasa Inggeris. Dia cukup tidak suka jika calon2 ini diganggu dengan momokan soalan ramalan pada saat-saat akhir. Baginya, ia akan mengganggu penumpuan mereka.

Sehinggakan ada salah seorang muridnya menegur," Teacher, kalau ada soalan spot macam ni, tak payah la kami belajar berpeluh2, jawab gerak gempur sampai tersungkur... tunggu ja time nak periksa, cikgu bagi soalan ramalan... kami hafal yang tu je lah... kan teacher?"

Kakak ipar saya tadi juga, bagitau... ada guru yang menggalakkan murid yang pandai agar mendedahkan jawapan kepada rakan yang kurang pandai, agar ramai yang dapat cemerlang. Ramai dapat A!

Pada mulanya, ramai murid yang dari kalangan kelas pandai agar sukar untuk berbuat demikian. Kerana tidak adil baginya. Dia yang berusaha lebih, senang2 nak bagi orang lain. Namun, setelah di'motivasi' oleh guru-guru agar melakukan 'perkongsian pintar' itu, maka murid yang berkenaan akur. Adilkah itu?

Ada juga, kes di mana digalakkan guru subjek agar sentiasa berada di sekolah, khususnya di kawasan tandas. Sebabnya agar murid senang untuk bertanya jika mereka tidak tahu, dalam perjalanan mereka ke tandas nanti... huhu, semuanya gara-gara nak 'TOLONG' murid. Boleh ke camtu???

Kakak ipar saya amat MARAH dan ANTI dengan cara guru tersebut 'memotivasikan' murid. Beliau akhirnya ditegur oleh segelintir guru lain, yang berusaha untuk menaikkan prestasi dan peratus cemerlang sekolahnya. Kakak ipar saya dilabel sebagai kolot dan ketinggalan zaman.

"Orang lain berebut nak ramaikan murid dapat 5A... dia pulak yang berlawan arus."

Baginya, semua usaha itu umpama menipu murid. Ya... menipu kebolehan sebenar murid. Dan menggalakkan murid agar tidak perlu berusaha gigih kerana akan ada rakan lain akan membantu dalam dewan peperiksaan nanti!


Bila murid dapat keputusan cemerlang 5A, guru dan GB di sanjung. Tapi guru yang terpaksa berusaha melonjakkan prestasi, menyediakan skema jawapan dan soalan ramalan, malah 'memaksa' murid pandai memberi 'bantuan' kepada rakan yang lemah adalah untuk mengelakkan mereka dimarah dan disalahkan... jika keputusan jatuh menjunam... mungkin dek kerana tekanan dan sebagainya. Mungkin la kan...

Kepada semua guru... terpulanglah. Pilihlah hasil yang bagaimana kita ingin lahirkan. Individu yang betul2 berjaya hasil titik peluhnya, ataupun individu yang cemerlang kerana usaha orang lain... jangan sampai terbit pepatah "Bukan yang rajin sahaja boleh berjaya, yang malas pun ada tuahnya"

Fikir-fikirkanlah...

0 comments:

Popular Posts