23. dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya Engkau tidak menyembah melainkan kepadanya semata-mata, dan hendaklah Engkau berbuat baik kepada ibu bapa. jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua Dalam jagaan dan peliharaanMu, maka janganlah Engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah Engkau menengking menyergah mereka, tetapi Katakanlah kepada mereka perkataan Yang mulia (yang bersopan santun).
24. dan hendaklah Engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, Dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil."
"Dah kirim duit untuk ummi di kampung?"...
Soalan yang sering keluar dari mulut isteri tatkala tiba hujung bulan. Terima kasih kerana mengingatkan.
Anak-anak ummi semua dah bekerja kecuali adik bongsu yang masih menggalas amanah di Bumi Kinanah.
"Tak kisah lah... kalau tak cukup sekalipun, jangan langsung tak bagi. RM50 pun memadai. Ummi tentu faham..."
Ingat pesan Angah. Rezeki pasti bertambah jika ada bahagian untuk ummi. Pasti doanya untuk kita tak putus2 agar dimurahkan rezeki lagi. Itulah doa seorang ibu! Sudah pasti...
"Disitu ada berkatnya..."
Saya kagum sikap isteri. Beria-ria mahu bekerja. Alasannya cuma satu... mahu memberikan duit titik peluhnya pada ibu dan ayah. Biar mereka dapat merasakan hasil dari anaknya sendiri.
Isteri selalu menyebut:
"Rasa puas kalau dapat berikan apa yang mak dan ummi suka. Beli apa yang mereka mahu, makan apa yang mereka idamkan, bawa mereka ke mana sahaja mereka nak pergi..."
Tiada kepuasan selain membahagiakan ibu kita tatkala kita atau mereka masih hidup.
Dulu... hanya dengan gaji RM429, abah mampu menanggung kami 6 beradik. Ditambah hasil jualan kuih ummi setiap hari. Segala keperluan kami, abah dan ummi disediakan. Walau dengan apa cara sekalipun. Hatta berjaya menamatkan pengajian di menara gading... Terima kasih, Abah... Ummi...
Namun, selain memberikan duit pada mereka, perlu juga kita jaga hati mereka.
Betullah kata orang, makin berusia seseorang itu, makin sensitif jiwanya. Makin rapuh perasaannya.
Perlu bijak dalam berkata-kata... pandai mengawal emosi dalam berbicara. Ibu menyimpan rasa, memendam dalam jiwa. Sukar diungkapkan... namun tak semena-mena, berjujuran air matanya... Maafkan kami, ummi...
Ummi jauh di kampung. Jarang sekali dapat pulang.
"Dah telefon ummi hari ni? kalau takde benda nak cakap pun... tanyalah khabar..."
Teguran yang tepat ke muka. Pedas... tapi manis ;)
"Jangan la bila nak exam ke, nak interview ke... baru nak telefon..."
Pernah beberapa kali menelefon ummi... tak berangkat. Banyak kali di cuba, masih tak berjawab. Namun lega, apabila mendengar suara ummi di hujung talian... ;)
Buat ummi... maafkan kami anak2 mu. Andai ada terguris perasaanmu kala mendidik dan membesarkan kami. Andai ada kata yang memedihkan. Andai ada perlakuan kami yang meresahkan.
Ya Allah... ampunilah segala dosa ummi... tenangkan hati ummi... jauhkan ummi daripada segala ujian berat yang tak tertanggung olehnya... Ameen, Ya Rabbal 'Alameen...
4 comments:
Assalamualaikum
Betul...setuju. Sikit takpe, nanti ada banyak bagi banyak, asal bagi. Ingatan dan keberkatan itu penting.
Mak ayah ni wali keramat...
ha syg ummi.....ha xkan ade rase kecik ati ngn ummi...ha dh kwin..ha tahu perasaan ummi skrg....tggu nk ade anak sendiri plak...moga ha dpt didk anak seperti mane ummi didik kami....ameen....
Alhamdulillah...TOPIK yg amat menyentuh perasaan yang patut dihayati oleh anak-anak masakini..
Bila dah memiliki title OPAH & ATOK perasaan kita semakin sensitif apatahlagi bagi yang tidak bercareer..Bagi yang bekerjaya mungkin sama juga tapi kesibukan dalam menunaikan tanggungjawab dapat menepis segala kesensitivitian sementara...
Ibu & ayah sebenarnya tidak mengharapkan wang dari anak-anak...cukup sekadar bertanya khabar itu jer dah memadai untuk melunaskan kerinduan yang tak terucapkan....Hanya orang yang merasai akan mengetahui hakikat kerinduan ibubapa terhadap anak-anak..
salam...
al-bazrah: syukran. moga istiqomah dgn amalan tuh... yg penting, ada keberkatan dalam rezeki... ameen
ha: bila dah jadi ibu, baru kita tahu... camana perasaan ummi selama ni. mcamana perangai anak sekalipun... sayangnya... tak pernah berubah.
ummi tice: insyaAllah ummi, saya akan ingat pesan ummi tuh. doakan saya untuk terus berkhidmat dan berbakti pada ummi saya yang tersayang... thanks ummi ;)
Post a Comment