Saturday, January 08, 2011

Dokumen Standard a.k.a Standard Kurikulum

Salam semua...

Hari ni, hadir mesyuarat Kokurikulum Sri 1/2011. Agihan tugas untuk semua guru. Berlaku sedikit rombakan organisasi dek kerana pertukaran GPK Koku. Ahlan wa marhaban kepada Ustaz Mohd Azami dari SK KLIA yang baru dilantik sebagai GPK Koku SK Desa Putra.

Tugasan pada tahun ini agak berat. Penolong Setiausaha Kokurikulum dan Guru Bola Sepak pasukan sekolah. Huhuhu... tugas baru! Sememangnya mengharapkan bantuan dari guru-guru yang berpengalaman... ;)

Usai mesyuarat, seharusnya ada In-house Training Pendidikan Islam KSSR. Namun berubah jadual. Sepakat semua guru untuk bergotong royong menukar tikar alas di bilik guru...



Semasa buat sedikit persediaan utk IHT, saya ada membelek DS yang dibekalkan pada awal pendedahan. Saya membuat perbandingan dengan DS yang di muat turun melalui website Bahagian Pembangunan Kurikulum. Ada sedikit perubahan!!!... Maknanya, guru hendaklah merujuk Dokumen Standard atau Standard Kurikulum yang dimuatnaik oleh BPK. Abaikan DS yang diedarkan semasa kursus. Walaupun perubahannya tidak banyak, namun jadikan yang terkini sebagai rujukan...

Sekadar makluman sahaja.

Tuesday, January 04, 2011

Ragam Minggu Pertama

Salam...

Baru berkesempatan untuk menulis. Minggu pertama persekolahan sudah pasti dinanti oleh semua murid dan guru. Masing-masing dengan azam dan semangat yang baru.

Murid dengan beg baru, baju baru, buku baru, kasut baru... segala-galanya baru.

Guru pula dengan Buku Rekod Mengajar baru, Fail Panitia baru, pen merah baru, tugasan baru dan macam-macam lagi.

Program j-QAF di sekolah ni dah masuk tahun ke-7. Kalau dihitung usianya, umpama seorang kanak-kanak yang dah masuk ke Tahun 1.

Semasa sesi Orientasi dan Pendaftaran Murid Tahun 1 baru-baru ni, saya berkesempatan untuk memberikan sedikit info melalui Taklimat Pelaksanaan j-QAF kepada ibu bapa dan waris Tahun 1. Tidak dibuat pada tahun2 sebelumnya.

Di sekolah lama dulu, GB yang bagi taklimat... tiada slaid yang disediakan. huhu...



Atas permintaan Ketua Panitia, saya gagahkan diri untuk siapkan slaid bagi tujuan tersebut. Walaupun kekangan masa dengan jadual kuliah di UKM, namun saya buat yang terbaik.

Alhamdulillah, respon yang baik daripada ibu bapa. Taklimat Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) turut diberikan kepada ibu bapa. Harapannya agar mereka dapat memahami dengan jelas konsep pelaksanaan KSSR dan PBS tersebut.

Hari Sabtu ni, dicadangkan oleh Panitia agar dibuat In-House Training kepada semua GPI berkaitan pelaksanaan KSSR Pendidikan Islam. Seharusnya guru yang menghadiri kursus menyampaikannya. Namun saya diminta agar memberikan pendedahan tersebut, memandangkan saya sebagai Jurulatih Utama... SYMP. ;)

Setakat petang tadi, saya sudah mencetak beberapa dokumen penting yang perlu ada untuk sesi pengajaran dan pembelajaran KSSR. Antaranya:

(i) Dokumen Standard
(ii) Rancangan Pengajaran Tahunan Thn 1
(iii) Contoh Modul Pengajaran
(iv) Cara Penulisan RPH

Semoga dengan adanya semua dokumen2 tersebut akan memudahkan guru yang mengajar, melaksanakan KSSR sebaik mungkin... NO MORE CHALK & TALK... huhu.

Kepada semua, selamat mengajar dan mendidik...


Permohonan Online Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB)

Salam...

"Adalah dimaklumkan bahawa iklan bagi permohonan Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB) Tahun 2011 kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Kedoktoran dan Sarjana akan dibuka mulai 19 Januari 2011 hingga 18 Februari 2011."


Sekian, harap maklum.

Bahagian Tajaan Pendidikan
Kementerian Pelajaran Malaysia


Sunday, January 02, 2011

Kit Transisi KSSR Bahasa Arab Tahun 1

Salam...

Minggu Transisi akan berlangsung selama 2 minggu atau mungkin lebih. Murid Tahun 1 akan didedahkan dengan teknik dan perkara asas dalam setiap matapelajaran sebelum memulakan sesi PnP.

Minggu Transisi ini juga bertujuan agar murid-murid Tahun 1 tidak terlalu terkejut dengan apa yang akan diajar, sebaliknya 'berjinak-jinak' dan 'berkenalan' terlebih dahulu dengan guru dan subjek yang akan mereka belajar.

Untuk modul Transisi Bahasa Arab, guru-guru boleh memuat turun Kit Transisi melalui laman web Bahagian Pembangunan Kurikulum.


Turut disertakan contoh penulisan RPH خطة التدريس sepanjang 4 minggu (sebulan) transisi dilaksanakan, tatacara pelaksanaan dan lembaran kerja. Segalanya telah disediakan, laksanakan saja... mudah, kan?

Untuk semua sahabat pendidik, selamat mengajar dan mulakan azam, tekad dan semangat baru... ;)


Muat turun bahan KSSR

Salam...

Esok akan bermula sesi baru persekolahan, sesi 2011. Pelbagai persediaan sudah pastinya di buat oleh semua ibu bapa, dan juga guru menghadapi tahun baru.

Anak-anak tahun satu akan menjadi perintis kepada kurikulum baru KSSR. Kurikulum yang mengenengahkan banyak benda baru. Jadi, seharusnya semua guru, tak kira la sama ada mengajar tahun 1 atau tidak... perlu tahu perubahan yang akan berlaku.



Guru yang mengikuti kursus perlu adakan In-house training kepada sahabat pendidik yang lain. Perlu dijelaskan segala kekeliruan sebelum melaksanakan sesi persekolahan.

Masing-masing tentunya sedang sibuk memuat turun segala macam bahan-bahan berkaitan KSSR. Dokumen Standard, Contoh Modul Pengajaran, Teknik Penulisan RPH, Rancangan Pengajaran Tahunan, Modul Kit Transisi dan sebagainya.

Bahan-tersebut boleh di muat turun di sini jika masih belum dicari:

1. Laman Web SPI Melaka
2. Laman Web BPK

Untuk makluman semua, pihak BPK tidak membangunkan Modul Pengajaran secara keseluruhannya, dengan alasan supaya guru TIDAK TERIKAT dengan modul yang ada. KSSR menuntut agar guru dapat lebih kreatif dalam membuat persediaan mengajar dan dapat melontarkan idea sendiri yang lebih baik, kreatif dan inovatif.

Penyediaan beberapa modul sama ada semua bidang atau sebahagiannya hanya sebagai PANDUAN, bukan WAJIB DIIKUT. Sekiranya guru mempunyai idea yang lebih baik, sediakan Modul sendiri berdasarkan Dokumen Standard yang ada. Kemudian, dokumentasikan... agar boleh dijadikan panduan untuk orang lain, dan dibuat penambahbaikan pada masa yang akan datang.

Wednesday, November 24, 2010

Permohonan saya di terima...

Salam...

Semalam, sedang rancak bersembang dengan akhi Ruzain, dia bertanyakan status permohonan saya untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana di UKM. Saya maklumkan, saya sedang menunggu surat balas dari pihak universiti.

Namun, saya tergerak utk cuba menyemak secara online. Hasilnya, Alhamdulillah... permohonan saya diterima...


Sebelum ni, ada berbincang dengan isteri... kemampuan saya meneruskan hasrat ini. Cuba timbulkan beberapa masalah atau kekangan yang mungkin timbul:

Antaranya:

1) Masa:

Saya memohon pengajian 'full-time' kerana Fakulti Pengajian Islam tidak menyediakan pengajian secara 'Part time'. Jadi, saya perlu berhadapan dengan kesibukan masa. Waktu mengajar di sekolah, dan waktu belajar di UKM.

Mengikut sahabat saya yang sedang mengikuti pengajian Sarjana di UKM, utk FPI... kelas banyak di sebelah pagi. Jadi lebih selesa jika mengajar di sekolah pada sesi petang. Saya menarik nafas lega... kerana saya memang mengajar di sesi petang.

Namun, sebelum sekolah 'tutup' a.k.a bercuti, saya dimaklumkan oleh Ketua Panitia, kemungkinan saya perlu mengajar di sesi pagi utk tahun 2011. Saya perlu berfikir panjang... inilah mungkin kekangan yang perlu saya harungi... kecuali... saya memohon utk Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa yang ditawarkan oleh KPM. Tapi, kalau ada Cuti Belajar Bergaji Penuh Dengan Biasiswa... lagi la baik... kan?

2) Tugas

KSSR baru bermula. Sebagai Jurulatih Utama Kebangsaan/Negeri, saya mungkin akan terlibat untuk sepanjang kursus penyebaran KSSR ini. Tahun 1, 2011... Tahun 2, 2012... Tahun 3, 2013 begitulah seterusnya. Jika tugas saya dapat diringankan untuk tahun 2011... mungkin saya boleh memberi tumpuan dan fokus kepada pengajian ini.



3) Wang

Nak belajar, kena ada kewangan yang kukuh. Yuran semester, buku-buku tambahan, persiapan untuk pembentangan, dan 1001 macam keperluan. Itu sudah pasti... Tak mengapa, saya akan cuba usahakan, demi sebuah cita-cita yang sudah lama tertangguh... InsyaAllah. Ada yang sudi menjadi penaja??? ;) (Syukran...)

4) Keluarga

Ini bukanlah kekangan atau halangan... tapi cabaran kepada saya. Untuk membahagikan masa yang bernilai untuk isteri dan anak-anak. Saya lihat, ada teman-teman yang sambung belajar, terpaksa mengorbankan sedikit masa bersama keluarga. Tapi untuk seketika waktu sahaja. Mungkin sibuk dengan assignment, pembentangan, apatahlagi musim peperiksaan. Tidak dikira waktu yang terpaksa diuntukkan bagi menyiapkan Disertasi...



Apa pun, saya hanya mengangkat tangan memohon doa daripada Allah... agar sekiranya cita-cita ini menghasilkan jalan yang terbaik kepada saya... maka rahmatilah sepanjang saya belajar nanti. Kita hanya mampu merancang... Hanya Allah jua lah yang menentukan akhirnya... Moga akhirnya itu... yang terbaik. Ameen.

Saturday, October 30, 2010

'Top up' gas...

Salam...

Berbulan-bulan blog ini sepi. Tidak berkesempatan untuk up-date info. Antara kesuntukan masa, sindrom malas, layan 'fb' ... menjadi sebab, ia tidak mempunyai cerita baru.

Hujung tahun, banyak program dan kursus yng bertindan. Semuanya bertumpu di bulan Oktober dan November. Alasannya waran peruntukan baru turun, sama ada dari KPM, BPG, JPN atau PPD. Jadi, banyak program dan kursus yang dibuat pada bulan2 ini.

Di PPD, program Kem Bina Juara, Kem Literasi Al-Quran dah selesai. Alhamdulillah. SKDP menjadi tuan rumah. Namun mendapat kerjasama yang baik dari seluruh fasilitator dari GPI j-QAF seleruh Sepang. Jazakallah. Semoga usaha itu mendapat ganjaran, InsyaAllah.

Diperingkat negeri pula, sarat dengan penyebaran KSSR. Kurikulum Standard Sekolah Rendah. Penyebaran melibatkan semua daerah seluruh Selangor. 2 pakej sudah berlalu iaitu pada 20-22 Oktober 2010 (Pakej 1) dan 27-29 Oktober (Pakej 2) bertempat di Tiara Beach Resort, Port Dickson.


Disebabkan kekurangan bajet, pihak JPS tidak melantik urus setia sepanjang kursus ini. Jadi, JU yang hadir untuk menyampaikan slot terpaksa bertanggungjawab sebagai urus setia dalam masa yang sama. Agak penat... tapi apa kan daya, demi tugas... dan amanah.

Pada hari akhir pakej yang kedua, 29 hb... saya, Ustaz Zubaidi dan Ust Wan Yusof sempat memotong kek hari lahir... ada kek lebih yang ditempah dengan pihak resort. So, kebetulan tarikh lahir kami pada bulan Oktober... potong je lah... ;)


Pakej ke-3 pula bermula Isnin - Rabu (1-3 Nov 2010) di Permaisuri Resort, Port Dickson. Semoga Allah memberi kekuatan kepada kami untuk menjayakan kursus penyebaran KSSR Pend Islam ini. Semoga apa yang disampaikan, difahami dengan baik oleh peserta yang hadir. Kesempatan ini, saya nak rakamkan terima kasih kepada semua peserta (200 org) GPI dan GPI Program j-QAF yang hadir. Jazakumullahu Khairan Kathira.



InsyaAllah, saya akan cuba memuat naik bahan KSSR Pendidikan Islam di dalam blog ini sedikit masa lagi. Ini kerana kesuntukan masa dengan tugasan di sekolah ditambah dengan tugasan luar.

Bila ditanya... seronok ustaz asyik keluar je... asyik kursus di hotel jer... saya jawab, orang nampak seronok... tapi penat dan letih... kita je yang tahu... ;) Rasa perlu sedikit masa utk 'berehat'... 'gas' dalam badan perlu di 'top up' segera... sebelum ia kehabisan...

Saturday, August 07, 2010

Penghargaan di Hari Anugerah Kualiti...

Salam...

Khamis yang lalu, saya bersama beberapa sahabat dari PPD Sepang diamanahkan untuk menjadi Urusetia Sambutan dan Pendaftaran bagi Hari Anugerah Kualiti Pendidikan Islam dan Anugerah Kecemerlangan Institusi Pendidikan Agama, JPS.

Pada masa yang sama, Guru Besar meminta saya agar mewakilkan beliau menerima Anugerah Peperiksaan PKSR. Alhamdulillah, SK Desa Putra telah dipilih menerima anugerah tersebut. Semuanya atas usaha dan kerjasama semua guru, dan usaha berterusan murid SKDP.

Menurut salah seorang GPI di sini, ini kali kedua SKDP menerima anugerah tersebut. Tahniah dan syabas...

Anugerah disampaikan oleh Pengarah Jabatan Pelajaran Selangor, Tn Hj. Sulaiman bin Wak, sambil diperhatikan oleh Ketua Sektor Pendidikan Islam, Tn. Hj. Ariffin Mohd Amin


Menjadi wakil kepada Guru Besar menerima anugerah ini, merupakan satu amanah yang besar. Terketar2 juga tangan dan kaki nih. Mana taknya, kebanyakan yang datang mengambil anugerah ni, dikalangan Guru Besar dan Pengetua. Segan dan rasa kerdil jer... huhu


Anugerah Peperiksaan PKSR


Apa pun, ini satu penghargaan untuk mengiktiraf usaha yang baik dan cemerlang. Semoga usaha ini dapat dikekalkan demi melonjakkan lagi SKDP ke arah yang lebih gemilang...

Kepada semua warga pendidik SKDP... you are the best!!!

Kepada semua murid SKDP... Keep it up!!! ;)

Popular Posts