Sunday, February 22, 2009

Perihal Sambung Belajar

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, saya masih diberikan ruang dan kesempatan, sihat tubuh badan, jasadiyyah dan 'aliyyah untuk menulis pada entry kali ini. Walaupun keterbatasan waktu dengan tugasan yang menimbun, saya gagahkan juga, kerana inilah minat saya...menulis.

Beberapa hari lepas, saya mendapat emel daripada seorang rakan yang sama-sama belajar di UM suatu ketika dahulu. Beliau sudahpun memperolehi Master dan kini bertugas sebagai seorang pensyarah di USIM. Dalam emel tersebut, beliau memaklumkan akan berlepas ke Khourtum, Sudan pada bulan Mei ini bagi menyambung pengajian ke peringkat PhD. Noor Azma namanya. Memang kuat study. Pemikir yang kritis dan kreatif. Saya ucapkan selamat belajar dan menggali sebanyak ilmu untuk anak bangsa.

Esok juga, salah seorang GPI sekolah saya, Kak Siti Huzaimah akan menyambung pengajian di Institut Perguruan Bahasa Melayu Malaysia. Beliau mengambil Kursus 14 minggu dalam bidang Pengajian Islam sebagai langkah untuk menyambung ke peringkat Sarjana Muda di Open University. Tahniah kak Siti, moga terus berjaya...kami pasti merinduimu.

Rakan GPI j-QAF, Kak Faten Ainun dan Zulfa, yang kini sedang bercuti tanpa gaji mengikut suami yang menyambung pengajian di UK. Walaupun hanya menemani suami, besar pahalanya tu. Pengalaman berada di tempat orang pun, best juga. Ada peluang, sambung la juga ye...

Sabahat baik saya yang sama-sama bertugas sebagai GPI j-QAF, Yusri dan Zubaidi kini sedang berusaha keras mengikuti pengajian Master dalam bidang Bahasa Arab dan Pengajian Islam di UM. Semoga Allah akan mempermudahkan kalian berdua.

Ramai lagi sahabat sepersekolahan dulu yang kini berada di timur tengah, eropah dan sebagainya untuk meneruskan dan mengejar cita-cita... Rizal Muwazir dan Umi Fazara masih di UK... Ini membuatkan saya begitu teruja untuk sama-sama mengikut jejak langkah mereka. Sesungguhnya, selagi kita mengejar ilmu, semakin banyak yang kita tidak ketahui. Semoga cita-cita saya akan termakbul suatu hari nanti...

Buat Azral yang juga berada di perantauan, moga selamat dan tenang di tempat orang. Doakan saya juga apabila ziarah ke Mekah, ye.

Buat isteriku, Zaimah sayang... abang doakan akan dapat habiskan Master dalam bidang Hadis tu tak lama lagi. Kuatkan semangat, cekalkan hati. Semoga cita-cita dan impianmu akan tercapai. Semoga anak yang sedang dikandung akan terbias dengan semangat yang ada dalam dirimu. InsyaAllah, bulan 8 ni naik pentas terima scroll pada Konvokesyen kat UM nanti. Lepas tu boleh la abang sambung belajar pulak.

Akhir sekali, buat semua teman dan sahabat yang sedang dan akan menyambung pengajian masing-masing, saya doakan kalian semua akan berjaya dalam kehidupan masing-masing. InsyaAllah, saya akan menjejak langkah kalian suatu hari nanti, InsyaAllah.

10 comments:

fa10 said...

salam midi..
alhamdulillah..tuntutlah ilmu sebanyak yg boleh...dulu cadangnya nak buat master kat sini...tp skrg husband kata hold dulu sbb dia rasa berat skit buat phd..klu sama2 blajar anak terabai pulak...buat kat mesia ajer la nanti..insya allah

Abu Muazz said...

salam kak faten:
insyaAllah, niat yang baik moga-moganya akan dipermudahkan jalannya.

Anonymous said...

Salam...
Terharu la pulak. InsyaALlah... ada rezeki kita sambung. Dok ngan org2 yang menuntut ilmu sebenarnya menguatkan lagi semangat buat kita.

Abu Muazz said...

salam zulfa...

takpe, ada rezki leh sambung,.. dah ada kat sana...amik je peluang tu ye. all the best, salam buat suami

Nazri Samsudin said...

Hamidi,
Zaujah ana tengah buat MA Bahasa Arab di UIAM dengan biasiswa KPM (selepas 6 tahun mengajar), tunggu jelah peluang untuk kita dibuka nanti..

Apa yang penting sekarang ni, kita asah tajam2 KEMAHIRAN DAN PENGALAMAN MENDIDIK..

Abu Muazz said...

Nazri,

InsyaAllah, ana pun tgh risik peluang kat JPA sekarang, dgrnya dah bukak, tapi kena lantikan 2005. Huhu, lepas peluang la gamaknya.

Betul tu, asah biar tajam!!!

Ibnu 'Uthman said...

Utk PPPS, tawaran biasiswa (dgn cuti belajar) hanya melalui KPM sahaja iaitu Hadiah Latihan Persekutuan (HLP). Biasiswa JPA hanya untuk kakitangan gunasama yg berkhidmat di pelbagai jabatan. Jadi kena tunggu iklan di www.moe.gov.my.

azmi said...

salam. lama x dgr berita??? aku pun la ni tgh sambung beljar jg kat usm. marilah sama2 kita menuntut ilmu.

Abu Muazz said...

salam...

miji: mmg ana selalu intai kat website tu...dia nak lantikan 2005, ambo lantikan 2006.. kena tunggu lagi la

azmi: tahniah Mi... moga berjaya yer. Teruskan usaha

Unknown said...

Assalam...menyokong peejuangan kalian dan saya pun bercita-cita until further study...persoalan saya. .lebih baik sambung bhgn pendidikan @ bhgn biasa?

Popular Posts