Thursday, August 06, 2009

Seminar Sains Solat 2009

Alhamdulillah, syukur rasanya terpilih ke Seminar Sains Solat Peringkat Kebangsaan 2009 ini. Ia dianjurkan bersama oleh JAKIM dan Universiti Malaya pada hari Rabu, 5 Ogos yang lalu.

Seminar ini bertempat di Dewan Serbaguna, Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Dianggarkan lebih 1,000 peserta mengikuti seminar tersebut. Pelbagai agensi kerajaan, swasta, NGO serta pelajar-pelajar sekolah, kolej dan universiti yang sama-sama menyertai seminar tersebut.

Saya dan beberapa rakan dipilih mewakili JPS, termasuklah Ustaz Zubaidi, Ustaz Afendi, Ustaz Zukhairi, Ustaz Khairi, Ustaz Hazri, Ustaz Azizi, Ustazah Norizan dan Ustazah Raziah.

Perasmian disempurnakan oleh Mantan PM, Tun Abdullah Ahmad Badawi. Kajian solat dan kaitannya dengan Sains telah dicetuskan oleh beliau pada tahun 2005 dengan suntikan sebanyak RM 2 juta kepada sekumpulan penyelidik dari Universiti Malaya.

Sebanyak 8 Kertas Kerja dibentangkan iaitu:

1. "Konsep dan Pengamalan Solat 5 Waktu" - oleh Y.Bhg Dr. Muhamad Uthman El-Muhammady dari ISTAC, IIUM

2. "Solat Daripada Perspektif Sains Kepada Otak" - oleh Y.Bhg. En. Ng Siew Cheok, UM
3. "Solat Daripada Perspektif Sains Kepada Sistem Otot"- oleh Y.Bhg. Dr. Ir. Wan Abu Bakar Wan Abbas, UM

4. "Solat Daripada Perspektif Sains Kepada Komposisi Badan"- oleh Y.Bhg. Prof Madya Dr. Fatimah binti Ibrahim, UM

5. "Solat Daripada Perspektif Sains Kepada Denyutan Jantung"- oleh Y.Bhg. Prof Madya Dr. Wan Azman Wan Ahmad, UM

6. "Solat Daripada Perspektif Sains Kepada Sakit Pinggang"- oleh Y.Bhg. Prof Madya Dr. Fatimah binti Ibrahim, UM

7. "Solat Daripada Perspektif Agama"- oleh Y.Bhg. Prof Madya Dr. Anisah Abd Ghani, UM

8. "Solat Daripada Perspektif Sains Kepada Disfungsi Ereksi (Mati Pucuk)"- oleh Y.Bhg. Prof Madya Dr. Fatimah binti Ibrahim, UM

Memang menarik kupasan dan pembentangan yang diberikan. Dapatan kajian Sains tentang solat sewajarnya didedahkan kepada umum. Selain ia merupakan kewajipan kepada setiap muslim yang mukallaf, namun hasil kajian menunjukkan banyak kebaikan yang diperolehi dalam setiap gerak geri solat itu sendiri.

Saya juga membeli 4 buah buku yang dilancarkan setelah perasmian seminar tersebut iaitu:

1. SOLAT: Kebaikan dari Perspektif SAINS
2. SAKIT PINGGANG: Kaedah Rawatan Melalui Prinsip Pemulihan serta Postur dan Pergerakan Solat
3. Pencegahan Penyakit Jantung Dari Perspektif Holistik
4. Senaman Regangan & Pergerakan Solat




Keempat-empat buah buku tersebut dijual dengan harga RM75 (setelah diskaun 20%). Satu penemuan yang paling menarik ialah bagaimana solat juga boleh merawah pelbagai jenis penyakit seperti jantung, tegang leher dan juga 'mati pucuk'.

Malah, ada dikupas juga bagaimana kedudukan kaki semasa duduk antara dua sujud dan tahiyyat awal dan akhir serta sujud juga sebagai rawatan akupuntur atau refleksiologi secara semulajadi. Apabila jari kaki dibengkokkan atau dilipat, pada ketika itulah, saraf dan darah berperanan mengaktifkan pengaliran darah dengan lebih baik.

Selanjutnya, boleh dibaca di dalam buku tersebut. Sungguh menarik... :) Selamat membaca.

1 comments:

fa10 said...

menarik tu...mesti best dpt hadiri kursus tu...

Popular Posts