Saya tertarik dengan Tazkirah Ramadhan yang disampaikan di surau beberapa malam yang lepas. Isu yang disentuh, persoalan aurat. Isu yang sering disebut, namun mungkin kurang diambil berat dan bena oleh sesetengah orang.
Mengapa isu ini sering ditimbulkan?
Kesempurnaan dan kecantikan seorang muslim dan muslimah, terletak kepada sejauh mana mampu menjaga batasan Aurat yang telah Allah tetapkan.
Apabila persoalan ini timbul, maka akan tersentap jiwa yang sudah sebati dengan pemakaian yang selesa buat dirinya. Pemakaian baju yang agak 'menarik' dan tudung yang agak nipis, jarang dan singkat.
Disebut, dalam surah Al-Ahzab, Ayat ke 31, ertinya:
dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki Yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak Yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa Yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang Yang beriman, supaya kamu berjaya.
Mungkin persoalan aurat ini remeh bagi sesetengah orang. Bagi yang telah bertudung, mungkin baginya aurat telah ditutup sepenuhnya. Alhamdulillah.
Namun, kita perlukan kesempurnaan.
Apabila aurat dipersoalkan, pasti menyentuh aspek pemakaian tudung, pakaian yang sopan, pemakaian stokin dan sebagainya.
Di sekolah, setiap kali tiba kelas Al-Quran, saya akan pastikan semua murid perempuan memakai tudung. Jika tidak dibawa dari rumah, kami sediakan beberapa helai di dalam bilik j-QAF.
Apabila ingin membaca Al-Quran, aurat perlu dijaga.
Namun, aspek pemakaian tudung dikalangan murid, masih belum dapat dipraktikkan dengan baik. Memerlukan masa. Sentiasa perlu diberi nasihat dan teguran. Mereka masih muda, masih ditahap 1. Selain ustaz dan ustazah yang sentiasa ingatkan, ibu bapa juga tak kurang peranannya.
Kekadang, bila mereka dipuji... cantiknya awak hari ni. Kan manis jika sentiasa bertudung... esoknya dan seterusnya, insyaAllah mereka akan terus mengenakan tudung ke sekolah.
Cuba lihat, kenapa buah yang baru berbuah muda, dibungkus dengan kain atau plastik? Sebabnya untuk mengelakkan daripada diserang serangga dan ulat perosak. Sudah pasti untuk mendapatkan hasil tuaian yang cantik, segar, sihat dan masak ranum.
Begitu lah juga dengan kita, manusia. Perumpamaan antara buah yang dibalut, dengan tubuh badan kita yang diselaputi pakaian yang menutup aurat.
Pernah, beberapa bulan lalu, murid Tahun 5 (batch pioneer j-QAF- Group 01/05) membuka tudungnya semasa berlatih bola jaring bersama guru PJK. Saya agak terkilan, lalu meminta seorang ustazah menasihatinya... Ini mungkin kerana guru yang melatih juga tidak memakai tudung, murid tersebut terikut-ikut. Wallahu 'Alam.
Soalnya, murid di sekolah, ada yang beri nasihat dan teguran. Moga ibu bapa teruskan peranan di rumah pula. Semoga generasi yang kita ingin lahirkan, generasi yang mampu menongkah arus kehidupan yang semakin mencabar ini.
3 comments:
Bila kita sebut saja fasal AURAT WANITA memang banyak nak diperkatakan..DAN apa yang ustaz cakap tu memang dah cukup padat..
Cuma ummi nak tambah je sikit..Jarang sekali cikgu-cikgu nak tegur kalau murid-murid tidak mengenakan tudung tapi kalau murid-murid tak siapkan kerja rumah or malas membuat kerja sekolah sudah tentu guru-guru akan melenting dan akan mengambil pelbagai tindakan drastik ke atas mereka..Erm..mengapa ya?
betul tu ummi... tak mengapa, sebagai murabbi... kita bukan saja mengajar, malah mendidik dan mentarbiyyah.
Biarlah apa yang kita tegur, masuk dan lumat ke dalam hati mereka. bagi saya, mereka di tahap sekolah rendah ni la perlu dilentur dan dibiasakan memakai tudung dan menutup aurat dengan sempurna.
Agar tidak mencipta pelbagai ALASAN apabila melangkah ke alam menengah.
Tugas menegur, menasihati dan mendidik mereka mempraktikkan nilai2 Islam ni, adalah tugas semua guru... sama2 kita galas amanah ini dengan sebaiknya...
Yang penting, guru perlu jadi IDOLA yang terbaik... ROLE MODEL
tapi kan sayang kenapa di forum perdana atau mana2 forum agama seperti al kuliyyah atau halaqah , tidak bincangkan topik mengenai aurat? ini yang saya musykil sebab tak pakai tudung tu dah memang dosa besar sebab setiap saat malaikat akan tulis dosa dia tak tutup rambut.. tapi perempuan zaman ni macam tak kisah dah ambil remeh je.. dan ada yang lagi teruk ..mereka kata tak wajib pakai tudung??? naudzubillah !!.. mereka ni berlagak pandai dan tak takut pada Allah
Post a Comment